BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

a p e i t u

Assalamualaikum.

Pernahkah anda terfikir beratnya hidup? Pernahkah anda terfikir untuk meluahkan sesuatu tetapi tidak tahu dimana tempat yang paling sesuai. Pernah tak anda terfikir ingin melakukan apa saja tanpa batasan. (saya tidak maksudkan yang negatif ok).

Beratkan kalau nak difikirkan, berat sungguh hingga tak tertanggung. Mungkin sebab itulah wujud pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Kerana apakah ini? HAHA bukan kerana apa atau sesiapa, tetapi sekadar ingin meluahkan. Terfikir.

Manusia itu ada akal, oleh sebab itu pelbagai yang ada. MAnusia itu ingin merasa semua, sebab itu wujudnya masalah. Masalah keluarga, masalah kawan, masalah pasangan atau masalah dengan sesiapa sahaja.

Memang lumrah kita memerlukan kawan, tapi berapa orang sepatutnya, seorang? dua? 10000? or what. HAHA. Tidak ada had dalam berkawan. Sebab itu wujudnya juga pepatah "berkawan biar seribu berkasih"...HAHA full it urself...Kawan ni wujud dlm pelbagai kawan, ada kawan sebab die memang takde kawan, and pada mase itu cume ada anda, atau die memang memerlukan kawan.

Kawan adalah segala-galanya semasa kita berjauhan dari ibubapa. Mereka juga yang membawa kita kejalan yang benar, itu kalau yang dipilih itu adalah kawan yg boleh pakai. Kalau tak hhmm...hampeh, jadi hantu jugak. Aku juga mempunyai ramai kawan, terlalu ramai.

Kenapa perlu wujud perasaan cemburu dalam berkawan eh? Tak paham betul aku. Kenapa dalam syok-syok berkawan boleh wujud jugak perasaan keji tu eh. Tah....Aku tak kata sesiapa dan tidak juga ditujukan kepada sesiapa. Tapi melalui pengalaman dan juga pembacaan. Hah..saje nak tunjuk kata memang rajin membaca kan. Blah weh...blah....

BEtul lah..kalau anda tanye diri anda sendiri or difikir-fikir balik memang perkara ini adalah biasa, dan bukan lagi dianggap luar biasa. Kalau anda tengok cerita Nur KAsih episod malam ni pun ade benda2 ni sume. CEmburu. Kenapa kita tak boleh nak buang jauh2 benda yang boleh merosakkan hubungan yang suci ni. Kenapa kita tidak boleh berfikir sebaiknya sebelum kita merebakkan benda2 ni sume. Semua ni sebab iblis. Suke sangat tengok anak adam bermusuhan antara satu sama lain.

Tidak bolehkan kita melakukan sesuatu dengan aman, bak kata pepatah " ku sangka cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengahhari". uhh...whateva..Tapi semua ini adalah kemestian, sebab antara yang baik itu akan wujud atau terselitnya buruk. Kita yang harus berfikir, mane yang baik dan mane yang buruk.

Kita tidak aka pernah rasa cukupkan dalam sesuatu hal. Tidak akan rasa senang dengan apa yang ada, walau mempunyai segala masih mahu cari yang terbaik, masih mahu miliki yang terbaik, itu bagus, tapi tidakkah syukur dengan apa yang ada itu lebih afdal??... "Tepuk dada tanya selera". Ape yang penting..hargai apa yang ada depan mata anda....tolong...

Wednesday, July 29, 2009

percutian itu sangat indah

Pada 25hb Julai yang lalu telah pergi menrehatkan diri bersama teman2 seperjuangan, destinasi yang dituju adalah Pantai Pasir Lanun, Mersing...Antara yang pergi adalah me n my honey, moreyum,pija,muaz, yani ( kaza's gul), paan,jie,adip,nash,lan n aja,munim,itik( adalah nama samaran), ina,yana,anis,zeema,ipin,kedo,y,shamsi,nuzli,kaza n arun. Gambar-gambar lakaran mereka ada disertakan dibawah. Selamat membosankan diri dengan gambar2 yang bersepah. Xtually ade dekat 500 keping picca tp nak letak sume takut korang muntah....HAHA. Jadi saya skipkan kepada beberapa bahagian sahaja.




Ini adalah time waktu bertolak, janji pukul 9 berkumpul dekat umah Honey, tapi jam 10 baru sume ade, start gerak dari Parit Raja n terus melalui jalan Kluang ke destinasi. Ade 7 biji kereta yang membawa tentera2 semua ke destinasi. Separuh perjalanan terpaksa berhenti sebentar sebab kereta yang dipandu munim ade problem, dorang cakap tayar kete die gelong, so tunggu dalam 10 minit then meneruskan perjalanan. Dalam jam 2 sampai ke town mersing, singgah makan. Lapar giler dowh, pagi sblm tolak makan roti sadin jer yg dibelikan oleh buah hati. Tak sempat nak catch gambar makan, lapar dah eh....Afta dat meneruskan perjalann.

Sampai jer kami di Pantai Pasir LAnun ni dalam pukul 3 ptg. Selesai menyetelkan chalet sume,masing2 balik chalet dulu, sebab letih. Merehatkan diri sebelum nak terjun dalam lauttt.......
Sampai dah menggigil dah sume baru nak naik dari pantai, dah nak maghrib pun, balik mandi solat sume pegi chalet dak laki coz bbq dorang buat kat ctu. Best!!!! bbq ade ikan, ketam n ayam.....Kitorang melahap tahap dewa la malam tu sebab banyak giler seafood yang ipin beli duit hasil perkongsian kitorang. Makan tahap tak ingat dunia.Tengok la picca kat bawah, makan ke melantak tue...

Afta makan2 ape lagi, time berposing lar, actually gamba posing nih banyak giler, tapi sebab nak letak terlampau banyak terpaksa la main pilih2 jer...

Kitorang datang picnic ni memang sekadar suka2,takde ape2 aktiviti yang dirancang pun, memang masing2 nak lari dari kesibukan sehari-hari.Jadi tak mengatur ape2 aktiviti. Jadi aktiviti pertama yang ade adalah karaoke, masing2 melantak lar, menyumbangkan lagu....

Ini adalah aktiviti kedua, tapi memang dah lewat pun, dalam kul 1 dorang ajak g kelong memancing...Bagi kaki pancing memang menunggu berjam2 tu tak menjadi masalah la, tapi bagi yang pegi hanya dengan tujuan meneman memang bosan tahap dewa, aku g kejap jer, dah ajak buah hati balik sebab dah ngantuk giler. Dekat 2jam kat situ ikan tak dapat yang dapat natang kat bawah ni, taktau nak namekan ape coz memang tak penah tengok, itupun yang dapat itik, jadi juara joran malamtu dimenangi oleh itik....HAHA
Esok paginye sebelum kitorang terjun pantai buat kali keberapa tah, kitorang siapkan dulu sarapan pagi, menunya adalah sandwich sadin, nescafe panas dan tea 0. HAHA. Laku giler ah sandwich belum siap dah berderu yang datang mintak, yela dari pagi berendam...

Afta dat, ape lagi aktiviti yang tak perlu dirancang....terjunnnn......


Dah menggigil baru ingat nak naik then terus siap2 coz nak check out. Kitorang dapat jemputan lunch dari ipin kat umah die kat Endau, jadi sume siap2 nak g umah ipin....Mak ipin sediakan kitorang Kari ayam, sayur kubis goreng,ikan goreng dan air laici...Sedap!!!!



Dah siap makan gerak balik. Sebelum balik nashreq bawak kitorang singgah kat gerai jual keropok2. Ade jual sata. Tak sempat nak beli sebab ramai sangat, malas nak tunggu, but ini experience kedua bagi aku la makan sata,sedap tau sata mersing. Nanti nak ajak buah hatai pegi mersing la semata2 nak beli sata je...HEHE Arghh ni yang tak best ni coz masing2 akan sibuk dengan aktiviti seharian balik. Tak bestnyer.....Actually memang fun la percutian nih.Thnks to semua yang beri kerja sama....Luv u guys...

















Sunday, July 26, 2009

juZ arrived from oliday wit ma cLassMate
besh giler...
i update later k

Sunday, July 19, 2009

i feel like to join this contest

search for more clear at http://www.lux.com.my/
~ juZ f0r fuN ~
siapa bilang gadis bertudung itu banyak pantang larangnyer...wah..wah wah....

a w a r d


Hari ini mood saya sangat baik walaupun kepala saya masih pening memikirkan kerja yang banyak tertangguh. Saya berbesar hati hari ini nak memberi award ini.
Award ni saya nak berikan kepada beberapa orang rakan blog saya, Saya serahkan award ini kepada:
3.Huda
5.Ciare
6.Chika
7.Munik
dan juga kepada sesiapa yang ingin memiliki award ini dengan senang hati saya berikan..HEHE..

Saturday, July 18, 2009

b o s a n

Semalam
Sa
ngat membosankan dan sangat menyakitkan hati. kerana apa? kerana sebab sedang menerai..ape tu? mentry la..mentry untuk memindahkan data ke dalam software tak boleh..sebab apa? sebab software tu dah out of date. Hampeh betul!.

Punye cube punye, lari sana lari sini, kejar sana kejar sini, rupanya itu masalah die. Apsal tak cakap awal2..software ni pun satu. Okeh! dah mule merapu. tapi sampai saat ini masalah ini belum selesai.

Semalam pergi ke dinner makan yong tau fu dan fresh oren. Sedap!! menu diet..HAHA. dan setelah selesai makan singgah sebentar ke Guardian menghabiskan duit. Eh tidah lah. Memang berkehendakkan Eyeliner ini..




liquid eyeliner by Maybelline


tapi tidak terdapat di Guardian parit raja ini, jadi oleh kerana tiada pilihan terpaksa juga mensambar hanya yang ada iaitu ini ( gambar petama dibwh), terpaksa le saya berubah selera sebentar kepada Fasio. Bagus kah? nanti saya try dan anda kaji keberkesanannya yer..Oleh kerana saya sedang sangat bosan dan saya juga ingin anda merasainya, dan di bawah ini telah saya upload picca2 testimonial saya semasa menggunakan Eyeliner Fasio ini. HAHA selamat muntah..
















Haa...nasib baik sudah tamat. Saya pun sudah tidak tahan, lihatlah wajah saya tanpa make up, sangat buruk okeh!..So sedarlah miss diana jangan berlebih-lebihan dan bergedikz2 ketika tidak ber make up kan..hehe..
Oh ingin berkongsi bersama anda, pernahkah anda melihat orang mendrive kereta seperti gambar dibawah? Saya bet, mesti tidak ada kan...ini bukan suke2 tau ini memang kenyataan dia mendrive kereta begini, inilah akibatnya dari 5pg drive sampai 5pg esoknya...anyway thnks lurve alwaz at ma side.


Thursday, July 16, 2009

r a i n e d

Apakah sebenarnya itu?. Arghhh....Pepatah budus dari aku. Actually sukar nak diluahkan dengan kata-kata, agak sukar jugak nak diluahkan dalam hanya menekan button lappy, sebab segalanya dari hati, dari perasaan. Alangkah indahnya ada Doraemon, bleh mintak supaya dia buat hanya satu perasaan sahaja yang wujud. Ah persetan semua fantasi.

Indahkan kalau mimpi itu wujud di alam realiti. Indah kan kalau yang kita lalui itu adalah dari proses rancangan. Tapi semua itu sungguh mustahil untuk kita dapat, sebab Allah Maha Besar, Allah yang tentukan. Tapi aku syukur, sebab diberi kesempatan untuk bernafas dalam bumi yang sangat indah ini.

Apa sebenarnya semua ini??? ah...tidak ada apa2 pun. saje suke2 nak merapu. Saje suke2 nak ngade2 kat blog sendiri. Dah lame tak buat benda2 ngade2 nih. HAHA jangan nak marah, jangan nak tak suke. Suke hati i lar...HAHA.

Anda bagaimana??? bagaimana apa??? saje nak tanya...nape??? tak ble???

Hidup nie ada macam-macam yang akan jadi. Kita sebagai yang bakal menghadapi harus redha. Jangan amik mudah sesuatu benda, dan jangan pandang rendah juga akan sesuatu perkara. Kenapa aku cakap camtuh eh??? HAHA...saje ngade...

Dah ler...i need sum reality...

Monday, July 13, 2009

nakmo3....


Kenapa saya baru naik tangga hanya beberapa kerat tapi terasa capek sangat????? Arghh....saya rasa saya semakin temukkkk!!!!!!


NAKMO!!!!!!! saya mau begini sentiasa....



Perlukah saya menelan pil, ber xcercise saya malas, tak cukup mase...tulunn!!!!!!

...s t o r y b o a r d...


Pada 10hb lalu,atas urusan kerja melangkahkan kaki ke Shah Alam bersama dia. Bertolak dari Batu Pahat pukul 5pg ( orang sume bantai tido lagi aku dah kene bangun mandi, aishh!! rugi2..)


dan ini muka penat selepas abih keje..(make up done by Khir Khalid)


Start casting kul 9pg selesai sume agak petang jugak la..giler lame..disebabkan terlalu lapar, kerana pagi tadi hanya makan nasi lemak (wah2...pagi2 lagi ko dah melantak nasi lemak eh miss dna...cakap nak diet ) hehe..sambung balik..disebabkan lapar ye la makan pagi kul 7.30pg, terus meredah jam yg teramat sangat ke SOGO. Ape tu sogo??? hee...


Haa...inilah bentuknya SOGO pada hari itu...( teka mane satu aku.???) Ha..jangan nak memandai takdela....Sampai2 terus naik foodcourt, sebab dah lapar tahap gaban. Kesian dekat orang yang tunggu aku nih, sampai tertidur beliau.


Haa..ni la feberet aku kat SOGO ni..Kueh teaw...( betul ke eja nih..bantai je la..) Alamak gambar tebalik, lantaklah mls nak edit..Sedap!! kalau korang g SOGO try la...Kedai yang jual rojak buah sekali tuh.. Sorry gambar makanan lain malas nak amik..



After, menghabiskan mase beberapa jam jugaklah di SOGO kami terus ke SINI...

Mane lagi..Taman Tasik Titiwangsa la..Ala tempat orang duk bercintan cintun tue...tapi kitorang datang bukan untuk berjoging atau sekadar bermadu kasih ja..kitorang nak bantai makan ini...


(Makan lagi) HEhe...bulan syawalkah sekarang??? Oh tidak. Jangan bimbang. Anda masih sempat untuk berpuasa ganti. Ketupat dan rendang ni kitorang beli kat SOGO tadi, taktau nak makan kat mane tu yang datang sini. HAHA. Orang sume bantai joging hilangkan lemak, kitorang membanyakkan lemak..




Dah dekat nak maghrib kitorang solat dan rehat sebentar kat masjid berdekatan. Tidur jap. Letih bangat.Sebab nanti nak drive terus balik Batu Pahat.Lepas isyak baru tolak tapi sebelum balik singgah uptown dulu dan balik....

Sunday, July 12, 2009


Nantikan siri pendek yang akan ke udara bila-bila masa sahaja....

Thursday, July 9, 2009

Blurrr...

Today 9hb Julai, bermakna sudah 3 hari membuzykan diri di sekolah, HAH?? sekolah?? bukan la di U. EHE...Buzy skit coz sedang mensettlekan pelbagai perkara and today lapang skit so bleh menekan2 lappy hupdate blog. HAHA.

Sume sihat??? HEHE...mesti sihat. Macam saya.Semester baru mesti sume baru. Eh!! sorry2..mesti azam baru. Lagi 1 sem nak horray. Tak sabar sangat, coz nak sgt duk umah goyang kaki sambil menonton bersama mama dikala semuanya tiada dirumah. HAHA. best2 indah sangat.

Actually banyak nak cerite, tapi taktau nak start coz kepala serabut pk PSM tak settle2 lagik. Nanti2 eh..kite update slow2.

Dalam hati berangan2 sangat dah lame sebnarnye. Teringin sangat nak bukak online butik tapi tengah menfinding mane nak carik supplier. Tunggu la nanti. Ade rezeki ade la kan. Oklah. Nak berehat sebentar bersama Kitkat. Daaa....

Sunday, July 5, 2009

i'm back h0me

ESOK
6hb julai 2009
isnin
Akan bermula satu detik dimana pelajaran itu akan jadi bahan utama hidup si pelajar