- Keluar menonton wayang bersama
- Melepak bersama pasangan di Starbuck sambil bercerita tentang2 cinta
- Bercerita tentang majlis perkahwinan yang tah berapa lame lagi nak ade
- 'Catch' gambar pasangan dan anda sambil diperhatikan orang sekeliling dengan orang berkata dalam hati nak kata foreigner kulit...hmmm...
- Gelak tak henti2 konon2 bahgie ...
- Pimpin tangan pasangan
- Masuk semua kedai yang ade di Mall
- Harap masa tak berlalu begitu pantas sebab nak 24jam dengan pasangan
- Pakai baju same kaler nak bagi orang tengok sehati ler konon ( but kitorang memang selalu tersame kaler baju, sumpah )
- Bercerita tak habis-habis...
- Tanye pasangan samada lapar atau tidak padahal ketika itu sendiri yang giler lapar
- Makan cover sebab pasangan di depan, Ah...aku meccekik jer..pasangan dah paham dah..
- Senyum sampai ke telinga sebab ade pasangan kat sebelah
- Buat2 garang bile ade orang tengok ke arah kite (hmmm...ade hati nak senyum kat pakwe aku sekeh kpale kang)
- etc
Wednesday, June 10, 2009
m a l a m m a l a m a k u
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 11:57 PM 0 lewd c0mments
Tuesday, June 2, 2009


Oh. Suka disini nak aku khabarkan, pada 2hb jun yang lalu, aku dan rakan2 telah membuat plan nak celebrate bertday my BF ehe...Aku dan adik telah membeli 2 jenis Pizza Hut, Kek hari Jadi dan etc. Tidak sempat nak begitu grand sebab pada masa nie kesihatan dah terkacau bilau skit, time nie pun dah flu giler. Jam 12 malam, ceritera bermula. Kami menjalankan tanggungjawab masing2. Mensusun hidangan makanan di tepi bilik Paan dan JieJie, credit t0 JieJie kerana telah menrajinkan diri mensapu diluar dan membentangkan tikar. Dengan bantuan dari Lan, yang telah mentipu si bertday boy, dengan mensuruh bertday boy menolongnya kerana konon2nya kunci kereta si Lan ni tertinggal dalam keta, nak suh korekkan la konon. Kami yang diluar nie yang berdebar2 menunggu mangsa.
Dan akhirnya....SURPRISEEE!!!!!!!!!! Ha amik ko. Terkejut beruk la si mangsa..Eheh...Happy bertday sayang.....Semoga panjang umo murah rezki. Macam2 yang jadi malam tue, penuh muka kitorang dengan kek, dah jadi macam mask pulak.
Disini aku sertakan sesiapa yang terlibat.Terima kasih di atas bantuan kalian yer. Sorry curik gambar dalam frensta masing-masing.




create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 8:07 PM 3 lewd c0mments
Monday, May 25, 2009
:: c u z z y' s s o n ::

create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 8:25 PM 3 lewd c0mments
:: s a b a r d a l a m 1 h a r i ::
Memang dalam hidup mesti sabar. Orang cakap sabar itu separuh dari iman, tidak sabar maka tidak lengkaplah iman. Jadi untuk menjadi muslim atau muslimah yang dituntut islam maka perlulah bersabar dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan. Kenapa perkara ini yang diperkatakan? semua ini berpunca dari dia. Dia yang buat aku tidak sabar.Ini kisah sabar yang wujud dalam diri aku untuk satu hari nie.
- Nak menghabiskan habis belajar.HAHA. Memang..memang tak sabar nak habis belajar, dah separuh botak dah sebab duk mentelaah buku jer 24 jam. Penat lah.Cepat la...Cepat la...bulan 6 tahun 2010. Lamenye lagi.
- Nak balik Bandar Perda. Nak balik jenguk mummy, abah dengan adik2. Rindunyer kat diorang. Eleh..tau sebenarnyer eager sangat nak balik tidur di atas katil sendiri dalam suasana bilik sendiri. Arghhh....Nak balik..
- Nak shopping.Ini memang pelik. Aku tak pernah rasa sabar bile berkenaan dengan shopping nie. Selalu tak sabar kalau dengan shopping. Sekarang pulak tengah giler online shopping lagi buat aku tak sabar tiap-tiap balik kelas nak browse carik baju cari pape jer lah kat online shopping.
- Tunggu pukul 5.30 PM dan 6.30PM. Sebab nak tengok cite Aqso dan Madina. Lepastu habis cite Aqso dan Madina nak tengok Matahari pulak.
- Tunggu housemate balik. Tunggu moreyum balik lamenye cuti. Dah-dah ler tu moi baliklah. Tapi jangan lupe balik nanti bawak balik laksa sarawak ke ape2 yang patut. Jangan ngegade nak balik dengan tangan kosong. Pindah kang!
- Tak sabar tunggu nieja update blog. Nieja update ler blog. Cepat la...cepat la...
- Tunggu mama kol.Mama kol akan tanye buat apa, ok ke study dan ayat yang tak sabar nak dengar, cepatlah abis belajar mama tak sabar nak pi tempah bunge telur nie.AHAKZ
- Tak sabar nak tidur. Sebab apa? HAHA sebab esok boleh bangun awal dan jumpa balik buah hati.
- Tunggu buah ati kol. HAHA ini wajib, even baru lepas 5 minit berbual dah tak sabar nak tunggu panggilan seterusnye dari si die...(Arghh...ngegade..eehhh...suke ati aku la..). TAk sabar nak tunggu die tanye,
"Hye sayang...Buat ape nie syg?.."
Hehe..entry gatal. Sekarang tengah sibuk, sibuk dengan kelas-kelas yang terpaksa dihadiri. Ha? terpaksa ker?. Eh taklah..dengan rela hati la.( Dengar dek lecturer kecik ati). Banyak sangat tutorial,projek yang terpaksa dibuat secara rushing, coz kelas short sem nie tak lame pun dekat 1 bulan setengah jer. Jadi nak kejar bagi habis semua tajuk terpaksa la rushing kan. Its ok. You can do it. Slow2.
Namanya student memang macam nie kan rentak hidup. Ada tension ada compression. Jadi perlu dilalui dengan tenang. Mane nak dihadap kerenah subjek yang nak kene ingat, kerenah lec2, kerenah kawan-kawan lagi. Alahai...Macamnie lah selagi kita berada diperingkat nie, kuatkanlah semangat. Selalu jugak kawan2 yang dah keje nasihat. Dorang cakap bile dah start keje lagi pressure die besar. Iye ke? Mungkin kut. Syukur lah setakat nie semuanya dapat diatasi dengan bantuan Allah. Semoga Allah lancarkan perjalanan hidup. Aminn...
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 7:48 PM 3 lewd c0mments
Friday, May 22, 2009
:: buah hati ::
Hari ini mood tidak berada dalam keadaan baik. Mengalami hari yang paling menyeksaan. Diserang penyakit yang tidak akan pernah lari dari hidup aku sebagai seorang wanita. Walaubagaimanapun, nampak saje muka buah hati sakit hilang. Hehe...Boleh pulak macam tu yer. Jimat duit mummy dengan abah. Kakak sakit jer panggil buah hati datang ubat tanpa perlu berjumpa dengan doktor-doktor pakar diluar sana. Kesian mereka kalau ada 10 orang macam aku ni mesti tak ramai lepas ni yang taknak amik jurusan kedoktoran. Takut rugi patient takde.
Hari ni aku ade kelas Statik dan Dinamik, belajar dengan buah hati yang baru pulang dari Mersing mestilah berkobar-kobarkan. Tapi rasa sedikit terganggu dek kerana kesakitan yang melanda. Namun aku gagahkan jugak demi buah hati tercinta. Cewah...Boleh jalan...HAHA (jeles..)
Habis kelas kami berdua lunch bersama. Ini lunch 1st kitorang setelah seminggu berjauhan. Fuhh...Amatler seksa rasanya. Tapi selepas makan aku dapat hadiah istimewa. Hadiah bajet nak pujuk ler tue. Dah tinggalkan orang lame-lame..

*jangan jeles...dapat waffer ice cream....*
Nasib baik tak demand kan. Kang mintak Caldina ke,mintak banglo 14 tingkat ke, atau mintak tukar handphone 'blackberry' ke. Eh best jugakkan kalau camtu. Kalau lah aku macam tu sure die bawak aku kemana jer die melangkah takut buah hati demand pulak karang. HAHA. Tak ade la, tak sanggup pun nak buat.
Malam semalam dalam pukul 7.30PM, tak keluar lama pun. Keluar pun sekadar teman adik makan, dak takde sape nak bawak kesian pulak biarkan die makan sorang-sorang,dah ler jadi pak guard yang betul2 bertoleransi untuk aku. Aku bangun untuk ke kelas die baru masuk tido. HAHA ..bagus2..Dalam kepayahan kugagahi jugak keluar menemaninya.Sebelum pulang singgah klinik sebab dah tak tertahan dah diri nak menanggung kesengsaraan. Doktor pesan....
".....you sudah ada kemajuan...."
blurr..."why doc??"...
"Yea loh sudah 2 month you tidak datang sini for injection kan...."
"....AaaaAhh....saya cuba thn and juz take da medicine you gived...tapi ini hari saya tak mampu suda doc.."
"ok...ok...tak apa..but kalo bole cuba ya...dis inject not good for young lady like you..."
"yup..i try"....
Sudah doktor nie. Dah sakit takkan nak tahan. Hmm..lantak ko lah docktor nak cakap ape.Aku tengah sakit. Lepas ke Klinik Nge, singgah sebentar untuk membeli burger. Bukan untuk aku yer, untuk pak guard aku nie ha. Takut tengah-tengah malam lapar pulak. Aku dah tak mampu nak teman beli burger, so untuk langkah-langkah keselamatan baik beli siap-siap.
Sampai jer rumah terus baring. Seksanya hanya Allah yang tahu. Patut lah orang yang paling dan patut kite hargai pertama-tamanya adalah ibu. Ini baru kepayahan mengharungi kecil peratus kesakitan wanita, belum lagi sakit nak melahirkan. Seksa....seksa.Dalam pukul 12 tghmalam macam tue, terjaga dari tidur sebab terasa sangat sakit perut, call buah hati n know sumting i dapat dengar kembali nyanyian dari si kekasih.Rindu itu.
Kuakui aku telah larut
Larut ke dalam
Kamu yang kucintai
p/s:: camne nak beranak nie....takut....
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 7:35 PM 2 lewd c0mments
Thursday, May 21, 2009
"rindu nyanyian kamu..."
Pasti jugak pelik kalau terjadi dalam dunia realiti nie kan. Cuba korang bayangkan keluar dating, tengah-tengah tunggu buah hati sampai, dibelakang kamu datang si kekasih membawa sejambak bunga dan menyanyi-nyanyi sambil berguling-guling. Kamu dengan pantas berpusing-pusingan dengan si kekasih, sambil diperhatikan oleh orang ramai. Mereka hanya tersenyum tersipu malu dan merelakan sahaja. Ah pergi mampos! Kalau korang buat dah sah ada yang menangkap kalian berdua dibawa ke wad gila, atau boleh sahaja ditahan oleh JAIP ke JAIS ke dan disaman.HAHA
Yang pasti di dunia yang nyata ini tidak salah kita wujudkan perasaan rindu itu, cuma pasti berlandaskan agama ( wah nak berceramah lah pulak). BEtullah! Rindu-rinduanlah bersama pacaran kamu tapi diharapkan kamu tidak mengajak pasangan kamu menari-nari ala hindustan di taman bunga atau di taman KLCC pasti kamu akan dipanjang hina lagi keji. HAHA.
Okeylah tengah menghitung jam menunggu kamar??? penghuni kamar hatiku lah...pulang.......
Lagi beberapa jam. Kita sambung kisah cinta kita di episod akan datang ya. Assalamualaikum...
p/s: rindu kamu...
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 11:47 AM 4 lewd c0mments
Tuesday, May 19, 2009
entry PANAS!
Kenapa perlu terjadinya STRESS dalam kehidupan sesebuah kehidupan itu yer? Bagaimana yang dikatakan STRESS itu yang sebenarnya. Wah..Wah..Wah..nak jadi pakar psikology pulak yer miss Diana.Semua ini dengan tetiba aku fikirkan. Dan untuk mengenalpasti benda nie dengan lebih lanjut, aku telah mencari maklumat khas untuk orang-orang yang terasa dirinya berada dalam STRESS atau sendiri mencari STRESS itu.
- Siapa yang mudah terdedah?
- individu yg suke bersangka buruk
- kaki gaduh
- kerap runsing
- terlalu serius
- tidak baik dengan rakan atau orang disekelilingnya.
- Punca stress itu?
- punca dalaman ( ada hati yang kotor)
- pegangan hidup yang negatif
- pengurusan kendiri yang lemah ( selalu cari kelemahan org lain bg menutup kelemahan diri sendiri)
- Individu yang alami stress akan?
- Menunjukkan reaksi perasaan - seperti tarik muke,mudah marah, merasa kecewa tentang hal yang tah ape2.
- sukar buat keputusan dengan baik
- kurang kreativiti
- pelupa
- untuk menangani....
- perbanyakkan baca Al Quran.
- sembahyang itu tiang agama stress ke ape ke jangan lupe.
- melakukan yoga
- bersyukur dengan apa yang ada
- Jangan lepas geram sendiri
- banyakkan zikir
- selalu tersenyum walau kita sakit hati dengan sesiapa
- dll
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 9:32 PM 2 lewd c0mments