BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 17, 2009

miss him



Puisi Hamba
Esok hari...
tiada lagi...
suramnya hati utk ku pergi...
meninggalkan bulan dan suria...
itu umpama kamu semua...
diri ini diterpa hiba...
tika fajar berubah senja...
Terima lah puisi hamba...
pengganti ku bila tiada...
sukar untuk ku berkata...
selamat tinggal semua...
aku ini sering berdoa kepada yang Maha kuasa...
agar kita satu semula...
sayang ini bukan masanya...
Sejauh mana aku kembara....
memori ku digalas bersama...
esok hari tiada lagi suramnya hati untuk ku pergi....
terima lah...terima lah.. terima lah..

"Abang pergi tidak lama, sebelum ayang rindu abang dah balik"

p/s:...ehekz2 windu..

dah sampai masa balik


Tepat jam di dinding rumah ku pukul 10.30pagi, kami bertolak ke airport Penang. Menghantar siapakah?. Siapa lagi aku la nak balik semula ke Parit Raja. Sebab cuti dah habis,tak best.....tak best....taknak...taknak balik...( dipaksa...) Ape nak buat terpaksa berjauhan semula dengan keluarga demi menuntut ilmu. Kerja dituntut Allah tue diana. Kuatkan semangat, semua itu dituntut islam. Belajar sampai ke negeri cina..

Pulang ke Parit Raja ditemankan oleh adikku Ezax. Kenapakah bawak adik sekali? Sebagai peneman di rumah sewa, kerana aku keseorangan. Rumetku tengah enak di Kuching. Jadi sebagai untuk menjaga keselamatan diriku. Abah telah mengupah seorang bodyguard. arghh...giler...hehe...

Okeylah..aku nak menkemas rumah sebentar. Dah berabuk dah rumah nie. Nanti bertemu lagi.

aku suka semua+rindu dia

Berada di rumah adalah pekara yang amat mengembirakan. Aku percaya bukan terjadi hanya pada aku tapi mungkin pada semua. Haha....Betul kalau tak percaya cuba tepuk dada tanya la sapa2 pun. Ayat apakah ini go to....opsss! Gembira sungguh hati aku, seminggu berada dalam pelukan ibu. Sempat mensambut hari ibu bersama mama dan keluarga. Wah! macam tidak mahu balik rasanya.



Tapi dalam-dalam ketika aku gwmbira hati aku masih dilanda sunyi, sepi dan was-was. Kerana apa diana? cuba nyatakan kenapa. perghh...pergi mampos la..cakap la terus kenapa, suka nak menpanjang-panjang ayat. Aku sunyi kerana buah hati aku akan menpergi jauh dari hati selama seminggu ke Mersing. Kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Kenapa aku tidak bersama? Wah...wah...kerana kau bukan siapa2..(sape yang berani cakap camtu, aku potong lidah kang!) kerana aku tidak ada kene mengena dengan sesi ke sana. Buah hati ke sana kerana menjalani survey camp atau dengan lebih paham lagi menjalankan lab ukur. ( kenapa tak buat dalam UTHM jer...) suke bawak buah hati aku jauh di kawasan yang line berkomunikasi kitorang ada masalah. Mana ada line tipon kat situ oi!!!. Susah la aku nanti! Gilalah aku nati woi! Tidak mendengar jenaka lawak kering dari sang kekasih. Keluar kau diana...mengarut.....Betoi la woi!! Nasib baik ada kawan yang mempunyai line Celcom di sana. Dengan telefon bimbit dialah kami menempiaskan rindu bertanya khabar bla..bla...dan bla...



Rindu....
Rindu serindu rindunya...





Abang..pulanglah..

ku merinduimu sayang..

ku menunggu di sini....

Haha...poyo..pergi kau...Hehe..betul...aku rindu dia...



kasihan atau kasihhan

Sudah agak lama tidak menceritakan apa2 tentang perkembangan harian di blog kesayangan aku ini. Semua adalah gara-gara aku ingin menisteri-rehatkan diri dari dibelenggu huruf-huruf dan nombor-nombor di atas keyboard yang minta untuk ditekan. (poyo..).



  • Habis sudah pergolakan kami dengan buku2 aku dan Moreyum rumetku dengan izin dari buah hati ( cewaahhh...0VER U)..Kami menghabiskan masa dengan lebih tepat lagi release tension makan secara besar-besaran. Sushi Time!!!!!!


  • Pada 8hb yang lalu, aku telah dikhabarkan yang short sem hanya akan bermula pada 18hb mei, wah!!! peluang baik, dapat bermesra-mesraan dengan......(haha...nak pusing2 la tue) mesraan bersama keluarga lah. Jadi apelah dengan pantasnya menelefon buah hati yang pada masa itu telah jauh pulang ke Bangi. Menkhabarkan perihal ingin pulang ke kampung. Dibebel sebentar..." ha, tu la kan abang dah ajak balik semalam taknak....." ( bukan taknak la abg, mase tue taktau lagi baru dapat jadual hari ini...). Ape lagi terus ke Parit Raja untuk meninjau tiket untuk pulang ke kampung, nak balik hari tu jugak!!!!.....Yea dapat tiket, tapi terpaksa bermalam di KL dahulu kerana tiket untuk ke Penang takde yang single seat. So pada pukul 8.30mlm 8hb mei aku bertolak ke KL dihantar oleh MOreyum teman serumahku. Esoknya dia pun akan terbang pulang ke Kuching.
  • Esoknya 9hb aku dihantar oleh buah hati ke Puduraya untuk pulang ke kampung halaman. Yahooo......weh! macam dah lame tidak pulang, padahal baru minggu lepas aku pulang. ( poyo..).




Saturday, May 16, 2009

~im home~
rehat jap eh letih

Wednesday, May 13, 2009

Ah cuti..cuti

Sudah lama rasanya tidak menblogkan diri, merajukkah aku? kecewakah aku? keterlaluankah aku? ahh...apadia nie..takde kene mengena langsung dengan perkara-perkara di atas. Sebenarnya hanya ingin merehatkan diri dari segala beban yang telah lama aku pendam kerana apa? siapa? atau apakah itu diana????. Ahh...tidak kerana apa,sesiapa atau apapun cuma ingin merehatkan diri dari segala beban dari pelajaran yang lepas.

Sekarang sudah masuk cuti semester untuk tahun yang ke-4. Jadi tiba masanya aku menrilekskan diri, dari semua kerja2 yang akan membebankan kepala otak dan anggota badanku, harus aku ambil peluang ini sebaik-baik mungkin semua ini adalah kerana semua ini tidak lama. Cewahh.. ini adalah kerana cuma seminggu sahaja aku dapat melakukan aktiviti ini, habis seminggu ini aku terpaksa berhempas pulas semula untuk 2 subjek yang aku lakukan pada short sem. Argghhh!!!! ape nie, orang cuti aku pulun belajar...sabar2...sabar itu half of iman...nak abih cepat kan, so kene lah pulun...

Tinggal lagi setahun aku akan menamatkan pengajian, huh..macam tengah menggalas batu besar dibahu selagi belum habis, tapi nasib baik tuntutan islam...belajarlah hingga ke negeri china...( China tunggu aku datang...!!!!)...Habis belajar nak sambung tak? hmmm....takpelah itu kita fikirkan kemudian..biar Allah yang tentukan ade rezeki tidak kemana..

Aku kini berada di kampung halaman. Lagilah buat aku berat nak memblog. Bukan sebab sudah kurang berminat, tidak pernah terlintas langsung hilang minat itu, tapi habis masaku bersama mama, abah dan adik2. So, tidak berkesempatan nak menketuk keyboard. Tidak sempat nak mereka ayat dah dengar jeritan manja si mama, Kak! meh kejap, tlg mama ini, itu......namun aku tidak pernah jemu, jeritlah ma, jeritlah aku suka akan jeritan itu. ( wah...bodek nampak kakak...ahakz3...) No lah, ianya ikhlas lah mama....

Pada 10hb mei yang lepas kan hari mama, malam tu Boboy dan Ijam telah membelikan mama card dan sekuntum bunga yang semua itu aku duitnya aku yang sumbangkan kepada mereka, "belilah apa aje" wakil dari kami hadiah buat mama pada hari ibu. Padahal, petang tu mama cakap...

"Ha, tak payah nak buat2 surprise beli kek ke ape"...

Alamak, camne tau nak buat surprise nie, kitorang buat bodo jer, macam tak dengar. Paginya bunga dan card untuk mama.

Aku lahir dari perut mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mama
Bila lapar, yang suapkan aku..mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mama
Mama kata, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mama
Bila nak bermanja… aku dekati mama
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mama
Bila nakal, yang memarahi aku… mama
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mama
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..mama
Bila takut… yang tenangkan aku.. mama
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mama

Aku selalu teringatkan ..mama
Bila sedih, aku mesti talipon… mama
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mama
Bila takut, aku selalu panggil.. “mamaaaaaaa! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ..mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mama
Yang selalu berleter kat aku.. mama
Yang selalu puji aku.. mama
Yang selalu nasihat aku.. mama
Bila nak kahwin..
Ohai...belum lagi tue..hehe


Semua ini untuk mama. Semua kasih dan sayang untuk mama.Terima kasih mama sebab lahirkan kakak, berikan kakak penghidupan yang cukup sempurna. Terima kasih mama untuk semua. Kakak hargai segalansya, akan kakak cuba untuk balas jasa selagi nyawa dikandung badan akan kakak cuba bahagia mama setinggi yang mampu.



Rasanya sampai disini dahulu coretan aku untuk tatapan kalian. Nanti kita bertemu lagi, masa untuk tonton tv.

Monday, May 4, 2009

VOTE FOR ME


andai ada rezeki alhamdulillah...
ahakz...ahakz...
kepada anda...same2lah membantu saya yer...vote..ianya adalah percume...
kerjasama anda amat saya hargai...
just go to http://www.lipice.com.my/ and click contest go to gallery and search for dyan_mei@yahoo.com
VOTE...VOTE JANGAN TAK VOTE