BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 27, 2008

usia yang bakal ditinggalkan memberi sebuah kenangan

lagi 2 paper nak abis final sem nie...fuhh...lahi 2 pun bleh meltkan otak aku yang tersedia beku.....susahnye...camne la aku bleh decide nak amik degree dlu..nak buat camne maybe ade hikmahnye sume nie...ape2 pun kuatkan la semangat nak abiskan nak bagi abah ngn mama segulung ijazah hasil titik peluh aku hempas pulas blaja perah otak dan hasil duit yang dorang dah taburkan sepanjang aku kat cni..insyaAllah..Moga2 Allah tunjuk jalan ke arah itu...Amin,....bestkan kalau blaja nie macam blaja mase skolah rendah ke skolah menengah ke....mase tu dunia bagai aku yang punye...blaja main2..main2 apetah lagi.....lagi gempak la..macam2 jadi kan...masa zaman tur..itu sume kenangan...time tu la blaja cinte,,time tu la tau lepak..time tu la tau nak buat benda2 haram..Nauzubillah....biar la kenangan tinggal kenangan, tapi yang tak boleh nak lupe tetap aku bawak aku semat baik kat dalam kotak hati....terima kasih diatas segala..terima kasih diatas yang telah diberikan...terima kasih kerana membahagiakan...terima aksih kerana mengajarnya..kerana dengan ilmu itu akan lebih memahami kehidupan...agar bahagia yang ditemui dalam diri masing2......mase tak penah nak berundur...malah makin bergenjak ke depan..tak penah walau sedetik ia nak kite toleh ke belakang..jadi belajar lah utk hadapi...walau kadang2 terbayang..walau kadang2 terasa ingin kembali tapi itu sume mustahil..itu sume tak mungkin pasti....yang depan adalah lebih afdal...lebih kepada yang realiti...sume yang terjadi adalah pengajar...yang tue mungkin dan dapat buat perangai tue....yang dah matang mungkin dapat berfikiran matang..dan yang pasti aku tetap hayati aku tetap hargainya.......

Friday, April 25, 2008

BLOGGER

Penangan blog
Oleh Ziauddin Sharuddinzia@nstp.com.my

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.
Blog media baru berpengaruhKIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.
Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.
Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun. Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan. Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku. Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya. “Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan. Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik. Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

Tuesday, April 22, 2008

SEBELUM INDAH ITU BERTUKAR GANTI

kesunyian ini terlalu, tapi memang pahit untuk ditelan..walau aku rase jauh tapi ia adalah jelas, pintu mahligai biarkan aku bermain dengan getaran, adakah sampai aku terlepas segala siksaan, damn it!!...hati aku masih beku masih bisu..biar aku rase indah ini biar aku nanti pedih ini, kosong.....kosong......kasih melambai...harus kusambut.....jiwaku menyentuhnya...teriknya sampai aku sendiri tak tahan menahan cahayanya..berdoa..biar terlepas segala siksaan. dengan sayap impian ingin aku selak bahagia..apa jua milikku ingin ku tahu..dalam dakapan senja aku renungi sinar nya, berat rasa aku nak lepaskan rasa indah ini..ingin ku tatap..dingin nya hembusan bayu, lemah longlai langkahnya macam memahami hatiku,harus aku hadapi harus aku tatapi kerana yang terjadi itu masih belum pasti dan yang telah terjadi itu telah dipastikan..

TIGA MALAM TANPA BINTANG

tiga malam tanpa bintang,pulangkan lah senda tawa..hari ini aku meniti hari, hari yang aku sendiri tak pasti akan ade lagi esok untuk aku atau tidak..tidak aku pasti jawapan yang bakal aku warisi, apa yang patut aku fikir tak mampu aku fikir, kadangkala mengenang itu lebih berat dari kenangi. ape yang hendak aku nyatakan belum tentu akan aku nyatakan di bumi yang nyata ini, ini kisah aku dan dia, kisah yang aku sendiri tisak pasti, kisah yang sepatutnya tidak berkisah, malam2 mimpiku membawa 1001 mimpi yang aku tak pasti nak ditafsir atau biarkan ia menafsiri, sampai bile kite nak kejar bayang2 sendiri, sampai bila kite nak biar yang tak pasti berlalu pergi, sampai bile kite nak yang soalan itu sama dengan jawapan...hati mainkan peranan yang diperanankan itu adalah hati, jangan ditangis selalu mungkin itu sementara.pandang langit yang biru blum tentu buat fikiranku tenang ditiup angin yang aku tak pasti adakah ini yg dikatakan sepoi2 bahse. aku tak pasti, penantian satu penyiksaan kan, saat menanti itu lebih beban dari yang dinanti. hati aku beku, hati aku sayu, hati aku mati, hati aku tetap hati. harus dinanti atau harus ditunggu?...di dalam kesunyian, aku rase gelombangnya, gelombang yg aku dirikan sendiri, tapi tak terluah dengan perkataan, haruskah aku yg sentuh sinar kasih itu, yang dekat tapi hati aku terasa terasing,aku akan tunggu singkapan itu akan ku nanti saat menjadi nyata........

Sunday, April 13, 2008

RAHSIA MENAMBAT HATI WANITA

sebenarnya wanita tidak mengharapkan anda melakarkan nama mereka di langit biru atau menempah iklan untuk menyatakan anda sayang mereka. tetapi yang pasti mereka mengharapkan anda melakukan beberapa perkara yang boleh membahagiakan hati mereka.

p/s: perasaan datang ngn tibe2..

Saturday, April 12, 2008

ADAM HAIRIS MENJELMA

ini adam hairis...tak silap aku ini hari yang ke 20 die melihat bumi ciptaan Allah ini...ini anak cousin aku...ini adalah cicit pertama atuk dan nenek aku...huh...teruja nye..dah dapat baby..kan..kecik jer..tak besar mane pun, bile aku renung adam,,,terpikir..yang sekecil2 nie...tak lame lagi akan jadi sebesar2 alam...hehe...kuasa Tuhan..Subhanaallah.....sukar nak dipikir dek akal kite kan..yang pasti kite hanya berdoa untuk kesejahteraan jer...amin....aku memang suke baby..cute....dalam2 duk pangku adam tu..sore mama mencelah dicelah2 kotak pkranku yg ligat berpk...." haa....bile lagi nak timang yg sendiri?" huuh...termangu aku....soalan apakah itu. cepumas ke soalan perangkap..." nanti kejap la ma...stdy pun duk tekapai2 lagi nie.." nak bagi anak makan ape nanti..." hehe...sume org gelak denga jawapan aku...hee..

WEEKEND...*xlame lagi peksa

Eeee....LAPONYe....niat hati bangun pagi nie nak stdy...
semalam kul 2.30 am dah tido sebab telan ubat flu...dah teraddict..ngantuk sangat dah tak bleh nak stay up..jadi aku pun mengambil keputusan untuk tido..actually pagi nie janji nak makan kat kluang..mmm....maybe lupe kut...or sibuk..takpelah lain hari kan bleh pegi lagi...so, pagi nie bangun awal sambung lagi study..bile la nak abis stdy nie..terasa macam nak duk umah goyang kaki, makan dan tido tengok tv dan main...huhsss....memang aman dunia masa tue..dan kalau situasi tu benar2 berlaku mesti salahkan diri gak...sebab berat badan dah naik la ape la...cam tu la jadi manusia..tak penah nak bersyukur dengan ape yang ade tau nak komplain jer...rase berdose sangat menjalar dalam diri...huhuhuhu....banyaknye dose...Ya Allah ampunkan la dose hambamu yang hina ini....mase 2 3 ari lepas ujan lebat sangat sampai U bleh banjir sekejap la..dengan kilat ssabung menyabung..takutnye..rase macam nak kiamat..tu Allah baru bagi rase macam...kalau dah memang tibe waktunye taktau la..lagi Maha dasyat la yang bakal menjelma...bertakafur.............besarnya kebesaran Allah....

Friday, April 11, 2008

KEJADIAN ANEH


kejadian nie memang aneh...
jadi mase aku ngn abg nak g makan dunkin donut kat jb...
tah macammane aku bleh ilangkan sandal more`yum lagi sebelah yg duk dlm kete...
ade toyol kut dlm tu...
ee.....aku dah bape ari pk...

p/s : soorryyy more... i ganti dat sandal later k....hmmm...

CEKIK DARAH



this situation happened, bile aku ngan abg mkn kt restaurant near carefour last nite.
ape tah name kedai die..ade la selera2 kampung..
dah lapa sangat...singgah je la kedai mane yg dpn mate...
masuk la restaurant yg bleh kate nmpk gah gak ler...
mule2 tu memang agak tekejut gak la tgk menu harga yang dipaparkan.....
time diamkan je la....sedap kut sampai mgkn akan menjilat kaki....
ode la ayam masah dry chilled, tomyam ayam, and sayur campur....
dah makan...makan....makan.....time nak paid...
knowing what?
sumenye rm 28.90.....
bayangkan la....sepinggan sayur campur tu yang sorang makan harga die rm10 ....
kat menu bukan main lagi 'harga berpatutan'...mak aii....
patut la sangat....kalau aku makan rase macam nak tambah nasi lagi satu pggan takpe la...
ni sayur campur pun tah ape2 jenis sayur die lempar dalam kuali tu goreng kat kitorg......
aii...nasib2.......
tobat...tak pi dah....




Friday, April 4, 2008

SAYONARA..

we finish olready class wit Mr Azmi..
the person who giv us idea to make dis blog...
i will still keep write in this blog even no mark or no force from him...
the person who alwayz make us laugh..
i know sumtimes our attitude make him down..
but he always patient wit us...
Mr Azmi jugak make me somebody wit rajin selak dic nak cari word...
(klu dlu ckp ssh nak selak dic skrg dah mcm selak novel) cecey...
sure ade yg ckp aku bodek nie...gerenti lah...
anyway hanya aku dan Dia je yang tau..
fuh...juz amin je la...anyway sir...even we dun hav class togede..
but we will keep touch wit u...
coz u the best...
sporting lec...
redhakan ilmu mu wahai guruku....

MONEY


thanks Mr Azmi for dis...

LOVESICK


ANIS always ask me..
y moreyum now???
angau ke...
lain mcm jer skrg....
hmm.....see by ursef...how more`yum now like before tak???


TEKENE KO...

HAA...more n intan tekene.
they want me to take their pic..
then i take la...
huhu...see the result..
MEmanG BENGANG!!!!

MY FEELING


MOVIE


last nite i saw this muvi...
best giler...
even that movie dah lame kat pasaran...
not enough time to thief time to show...
lawak giler...

&^%$#@*!@#

//PERSETANKAN HAL ORANG LAIN//

BAD DAY COZ OF ME OR HIM

Actually all because of me or him????
dunno...
why dis situation always happened...
not only for short time...
but always happened..
is dat because of me????
people said...
relation are always hav their increase n decrease situation...
all are look how we conduct dis situation...
eventhough...i hope all dot me our work worst...

p/s : i am sorry if all coz of me

Wednesday, April 2, 2008

THANK YOU

THanks sir..
thank you for teach me write blog..
thank you for impress ma feeling..
thank you for teach me better in speaking...
thank you for being sporting...
thank you for being our greatest lec..
thank you for the lesson..
thank you for ur ideas...
thank you for ur time....
thank you for giving support...
thanks for ur knowledge...
thank you coz share everything wit us...
thank you for ur words..
thank you for everything...
we appreciate it...

QUESTION

cinta gune konsep bumbung...
di dalam bumbung ada lingkungan yang membinanya...
bumbung takkan berdiri sendiri tanpa pacakan kayu, alang dan kekuda..
pacakan-pacakan tu takkan sempurna kalau tak ada bumbung..
bayangkan juluran tiang, mesti bahyekan...nampak hodoh...
tak pun basah kuyup bile ujan...kene panas....
macam tu gak ngan kasih syg..
hormat,persefahaman,trust adalah semua pancangan tu...
cinta tu mcm bumbung yang menutupinya...

BLUR

want to talk but dun no the fact..
want to write but fun no what to write.
want to feel but not the feel situation..
want to knoe..but dunno what to knoe..
want to think but dun ni what to think..
what to taste but dun no what to taste...
this is the real feeling sumtimes we dun no the important of them...

THAT PERSON IS YOU

I bet you've tied a million shoes
and dried a million tears
and given out a million hugs
as a lec, through the years.

what ANIS FEELING TO EAT...


eager huhh.....!!!

BReKFASt AT kLUANG




kLUANG RAIL STATION CAfE...
GUYs go there..
the best place for eat...
serious ....


FiNd UR OWn..


OTAK LELAKI DAN OTAK PEREMPUAN

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukandan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawahdalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)


Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…
Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada

permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

KATA AKU

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan takde ungkapan yg dapat nak menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, adakala salah di mata yang lain. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa,dan kebenaran harus dijadikan hakikat dan mencorak adalah kita dengan bantuan dariNya...

DEFINISI CINTA

ADA YANG BERTANYA..
"...ADAKAH DIA MENCINTAI AKU..."
ape beza sayang dan cinta
bagi aku cinta, tak boleh main-main. cinta perlu komitmen. bukan main campak buang semacam. perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin. tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

LUV SITE

....dalam erti SETIA
"dalam perjalanan,kepercayaan adalah sesuatu yang sangat rapuh"
hayati perasaan yang diri anda dilayangkan kata telah tidak wujud kata percaya, tapi aku tahu itu hanya kata, aku yakin pada kata hati, aku yakin pada dia, aku tahu kata dan ertinya aku,walau dia pergi membawa kata yang buat aku terkilan, patut atau wujud rasa terkilan, bersama impian yang tidak mampu aku ciptakan aku bawa diri dan keyakinan



TADAA..

Fuhh..
for how long I'm not write in this carpet...
all coz works dat i have to complete 1st...
sir 1st thing sorry coz not attend ur class last day...
surely...I'm not feeling well...
like in hell....
sorry sir...