Tuesday, June 23, 2009
c o n t e s t " b i b i r m e n a w a n "
Karier??. Ohh Tidak..Sekadar suke-suki sahaja. Bermula dengan di paksa mengupload gambar oleh salah seorang adikku Boboy.
edit by: buah hati
Ini pun telah di tacap sedikit oleh si buah hati. Puas jugak la pujuk mintak permission sebab nak masuk contest nih. Nasib baik lepas. Thanks dear. Banyak jugak lah syarat-syarat yang dikenakan. Wah, dah macam nak masuk askar pulak. Eh pehal ko, dah libat askar nih! Ah sudah. Pastu start le keje-keje mengupload gambar di Website Lipice. ( http://www.lipice.com.my/). Nah. Dah selesai mengupload ingatkan dah sudah, dah kene mencipta slogan la pulak berkisarkan dengan Lipice nih.
Nampak tak?..nampak tak?..ehe...perah punye perah, guling punye guling, hantuk punye hantuk. Mati akal aku nak mencipta ayat-ayat palsu nih. Nah. Tercipta lah sebentuk ayat yang tatabahasanya agak tunggang langgang.Berbunyi begini.
Dengan Lipice Sheer Color membuatkan aku
tampil yakin walaupun dengan hanya satu calitan.
Wah wah wah. Sudah. Jangan rasa nak muntah pulak. Aku kat sini mati kutu tau nak fikir 13 ayat tuh. Argh malas nak betulkan. Malas nak fikir panjang, serah diri dengan menekan enter. Dah. Selesai, bermula dengan saat itu orang awam dah boleh mengundi. Undilah. Undilah. Promote dekat blog. Promote dekat Friendster. Promote dekat YM. Akhirnya bintang aku menjadi besar. Bergemerlapan. Kerja undi mengundi ini akan tutup pada 31hb mei 2009. So aku tawakal je la. Takde lah berharap sangat. Masuk pun sekadar suka-suka. Kata orang sekadar berbahasa-basi. Huh. Apetu?. Ehe. Tah...
Nak dijadikan cerita, pada 11hb Jun yang lalu, aku telah dihubungi. Oleh siapa? ..Hmmm oleh seorang perempuan berbangsa cina, katanya dari Karangkraf.
" hye Diana, im May Chew. want to tell u dat u are the 1 of finalist of the Lipice contestant"
Hah. canggitu la bunyinyer. Hah. Dah menang ke?. Sebab time die tipon tu pagi lagi, so tengah mamai lagi. Cakap punye cakap, blum lagi la. Apara. Esaited tak bertempat. Baru terpilih antara 2000 orang yang berdaftar. But yang tinggal just 12.Yang 12 nie dah dikira pemenang. Masing-masing dah ade hadiah, tapi belum tahu sape Grand Winner, or bla...bla...May chew si penghandle majlis bagitau, ade beberapa sesi photograhy yang perlu dihadiri. Semuanya area-area KL. Jauh giler.
Casting pertama di Shah Alam. Karangkraf Sdn Bhd. Macam-macam halangan jugak waktu tue. 19hb jun. Casting start pukul 10 am, test takleh tunda. So telefon pihak penganjur untuk menkhabarkan hal demikian. Dapat pelepasan casting dah bertukar ke pukul 2. Pagi tue aku terpaksa menjawab test 2 untuk Statik dan Dinamik dulu. Afta test dalam pukul 10 bertolak ke Shah Alam bersama dengan buah hati. Agak letih jugak, sebab malam dah berhempas pulak untuk test, pagi ingat boleh qadha tidur. Nak buat camne pengorbanan certain2 time tue perlu. Ahakz. Sampai sana around 1.30 pm. Kesian buah hati. Patner tak dibenarkan masuk. So terpaksalah die menunggu aku di lobby sahaja. Kesian giler. Lame giler die tunggu aku. Sorry cayang lame giler die kene tunggu. 2 jam mekap artis tu menconteng muke aku. Hasilnya muka aku jadi begini.
So start la casting dengan Lisa Surihani. Ammbasador kepada Lipice. 12 orang kesemua finalis pun ade. Tak sempat nak catch sorang-sorang gambar. Sorry eh. Buzy skit. Macam-macam gaya kene post. Letih. Patut la artis, model-model kurus giler. Nak amik shoot untuk satu majalah jer pun memakan masa sehari. Padahal nak buat sekeping jer pun. Pastu dari pagi sampai petang sarapan, lunch sume hanya dengan sekeping Domino's Pizza.Hah.
26hb Jun pula, perlu menghadirkan diri di Hotshoes kat Kelana Jaya. Berpusing kami mencari tempat. Payah giler. Akhirnya dengan berrujukkan peta yang dibekalkan telah menjumpainya. Apakah tempatnya itu?. Studio yang dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa cina Chris, seorang guru kucing jalan. HAH? WTF...(sile baca dalam whathefunny yer). Catwalk ler. Orangnyer tidaklah setinggi model, katik aje, bertubuh kurus giler, jalan ala2 model, bapak lembut...Nama pun guru catwalk kan pinggang mestilah lembut. Bak kata buah ati dan adik2 aku yg turut menemani aku kesitu guru ini mempunyai sepasang kaki ayam katik. HAHA. sorry Chris ( die bace mampus aku kene sue). Start catwalk dalam pukul 7.30 malam. Diajar untuk catwalk pada final di Times Square esoknya. Berakhir kira-kira pada pukul 9 malam. Terus bawak dorang makan, kesian adik2 aku, datang dari Penang belum menjamah hape2 lagi coz berkejar dari pudu ke Kelana Jaya. Makan di Restoran mamak yang berhampiran sebab dah malas nak cari kedai jauh2. Masing-masing dah letih gile.
Selesai menjamu selera, kitorang patah balik masuk KL untuk mencari tempat penginapan yang berhampiran dengan Times Square. Sebabnya esok pagi tepat pukul 7 pagi aku diperlukan berada di Times Square.
27hb Jun. 7 pagi. Times Square. Akan bermula sesi2 berdebar-debar. Dihantar oleh buah hati ke Times Square dan die terus pulang untuk mensambung tidur bersama adik2ku. Huh jeles giler, aku pagi2 kene terpacak kat Times Square nih. Dah la semalam pukul 4 baru tidur sebab bawak adik2 pusing Uptown. Takpe2. Pengorbanan. HAHA. Start dengan tengok pentas. Tempat nak catwalk, Chris datang dalam pukul 8 terus start latihan catwalk yang diajar semalam. Letih dowh. Sangat. sampai pukul 10 jugaklah pi mai pi mai ulang alik. Pizza lagi. Tak lame lagi tinggal tulang aku. Bekfast dan Lunch hanya dengan Pizza. Tepat pukul 10 kitorang dimake up oleh jurumekap handalan. Handal ke?. Tah ler..But not bad. Cantik. Tak setebal mase casting kat Karangkraf hari tuh. Lame jugak lah make up. Lenguh pale2. Habis make up mase untuk tukar baju dan rambut.
Orang ramai mula meramaikan majlis. Ramai giler sebab aritu hari sabtu dan jam menunjukkan pukul 2.30 ptg. Mesti ramai. Huh perut dah kejut muka dah semakin pucat nasib baik ditempek make up kalau tak sure macam tengkorak hidup sebab darah tak jalan. Pengacara Ann dan Ikhwan dari Hot fm jadi host. Para2 juri dah mule memenuhi meja2 yang disediakan. Dengan soalan2 yang bakal ditanya.
3.00 ptg bermulanya acara majlis. Catwalk seperti yang diajar dah dipersembahkan. Alhamdulillah berjalan lancar. Masa untuk soalan bagi sorang2. Kene kat aku yang bertanya adalah Belinda Chee iaitu host rancangan Quickie on 8tv. Soalan apakah utk aku???. Soalannya ....Sebutkan satu ciri perubahan pada diri anda dan mengapa?..Tudia. Berkecai otak nak memikirkan jawapan dengan dikerumuni orang ramai nih. Tapi berbekalkan pengetahuan dan pengalaman jawapanku berbunyi.....
thanks Ms Belinda for dat question...
Perghh....dasyat ayat tunggang habih...nak tegelak pun ade. tapi bantai je la. Ini antara gambar2 semasa ditempat kejadian. Diharap tidak jemu ya sebab tak sempat nak edit gambar. Pakai masuk je nih.
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 1:31 PM 14 lewd c0mments