BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 18, 2008

+MUNASABAH TAK BERPERASAAN+


Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila aku akhirnya menemui insan yang betul, aku akan tahu bagaimana untuk bersyukurdengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Seluruhcinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati sendiri. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidupuntuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut,carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindu seseorang sehingga kita ingin mengapainya dari mimpi, dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan kita seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan kkita bahagia menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang disekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup supaya apabila kita mati nanti, diri sendiri yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.


P/S : sorry ayt tunggang langgang bila aku bace balik pun aku tak paham ape sebenarnye yang hati aku cube sampaikan...

0 lewd c0mments: