BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 14, 2009

Kemalangan dilebuh raya Rawang




(Sumber: harian Metro 14/04/09)
SUNGAI BULOH: Allahyarham Muhammad Ismail, 27, yang terkorban dalam nahas bas ekspres terbabas di Kilometer 443 Lebuh raya Utara Selatan di Bukit Beruntung, dekat Rawang, awal pagi semalam, membeli cincin dan gelang di Jitra, Kedah, untuk perkahwinannya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.Dia membawa cincin dan gelang terbabit untuk ditunjukkan kepada tunangnya, Sharifah Fauziah Syed Arif, 26.Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Muhammad yang bekerja dengan ibu angkatnya di Kuala Lumpur terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan lima penumpang dan seorang pemandu bas ekspres itu.Kakak mangsa, Rabiatul Adawiyah Ismail, 34, berkata arwah pulang ke Kampung Lubuk Batu di Jitra, Sabtu lalu, bagi menguruskan perkahwinannya yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur.Dia berkata, arwah bersama ibu, Zubaidah Zain, 57, pergi membeli cincin dan gelang perkahwinan di Jitra, kelmarin.“Arwah membawa cincin dan gelang itu ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres, jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.Dia yang menetap di Pauh, Perlis, tidak sempat bertemu arwah dan hanya menghubunginya kelmarin sebelum adiknya pulang ke Kuala Lumpur.“Dia tidak bersembang banyak, cuma ada mengajak saya menemaninya menempah kek perkahwinannya nanti,” katanya.Bagi tunang Allahyarham, kemalangan mengerikan itu sangat menyedihkannya, apatah lagi mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh lebih sebulan.“Kami sepatutnya berkahwin 31 Mei depan, namun semuanya musnah awal pagi tadi (semalam),” kata Sharifah Fauziah yang lemah akibat terkejut dengan berita tragis terbabit.Menurut Sharifah Fauziah, arwah meminta menunggunya di Hentian Bas Puduraya kira-kira jam 6 pagi.“Selepas sejam menunggu, bas yang dinaikinya belum tiba. Panggilan telefon juga tidak dijawab lalu saya pulang ke rumah dan mengetahui ada kemalangan membabitkan bas ekspres dari utara melalui berita di televisyen.“Tidak lama kemudian saya menerima panggilan keluarga arwah memberitahu Muhammad seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan itu,” katanya yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, HSB, semalam Sharifah Fauziah, seorang eksekutif di sebuah syarikat insurans baru mengikat tali pertunangan dengan Muhamad, awal Januari lalu.Sementara itu, bagi G Sivaneswaran, 26, teman rapat kepada C Magentharan, 26, antara mangsa yang maut dalam kemalangan itu, berkata dia tidak menyangka sikap mangsa yang bersungguh-sungguh untuk menghadiri majlis pertunangannya di Sungai Petani, Kedah.“Dia beritahu tidak akan hadir pada majlis perkahwinan saya nanti dan hanya ingin menghadiri majlis pertunangan, seolah-olah sudah mengetahui ajalnya akan tiba,” katanya sebak.Menurutnya, ketika membeli tiket bas itu, mangsa inginkan tempat duduk di tingkat atas, namun diberitahu sudah habis.“Rupa-rupanya dia antara enam penumpang yang maut akibat duduk di tingkat bawah bas akibat terkena hentaman kuat daripada besi pembahagi jalan yang terpelosok dalam bas,” katanya yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.Dia yang pulang ke Kuala Lumpur sehari lebih awal menerima panggilan telefon daripada bapa mangsa yang meminta mencari anaknya di Perhentian Bas Klang kerana sehingga jam 8 pagi, Magentharan tidak sampai.Namun, pencarian itu berakhir apabila dia menonton siaran berita di televisyen mengenai kawan baiknya sejak 10 tahun lalu terbunuh dalam kemalangan itu.Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi membabitkan bas AB Ekspres itu, enam penumpang termasuk pemandu utama terkorban apabila bas terbabit terbabas apabila dikatakan cuba mengelak sebuah kereta berhenti secara mengejut.Bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Changlun ke Kuala Lumpur-Klang itu merempuh 16 besi penghadang lebuh raya dan 11 daripadanya menembusi bas yang turut terkena penumpang di tingkat bawah.Akibat rempuhan terbabit, bas itu terseret 20 meter ke bahu kiri lebuh raya sebelum terbalik.Sebelum itu, pemandu kedua, Fauzi Muhamad, 33, bertukar giliran dengan pemandu utama ketika berhenti rehat di Hentian Simpang Pulai.Kemalangan itu menyebabkan pemandu utama yang tidur di bahagian belakang maut dipercayai terkena besi penghadang.Lima penumpang di tingkat bawah turut maut akibat tersepit dan seorang daripadanya tercampak keluar. Selain Muhammad dan Magentharan, mereka yang terbunuh ialah Mohamad Fauzi Awang, 57, dari Kampung Siam, Alor Setar, Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang, Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah, dan pemandu bas utama, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Fauzi cedera ringan di kaki kiri dan menerima beberapa jahitan manakala seorang wanita yang tidak diketahui identitinya berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh (HSB).


"Why i care bout this story???"

Sebab wanita yang tidak diketahui identitinya berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh (HSB) tu adalah kawan aku, kawan yang dulunya same2 berjuang dengan aku mase dekat Polimas Jitra dulu yang kami gelar dia sebagai kak fiza. Dugaan berat nak diterima sebagai kawan. Apetah lagi keluarga dan tunangnya nak menerima berita ini kan. Aku dikirim gambar oleh seorang kawan yang telah melawat Kak Fiza di Hospital, tapi aku tidak sampai hati nak bagi untuk tontonan kalian. Terlalu sadis. Terlalu aku rasa kesakitan bila menatap gambar, dikhabarkan oleh seorang kawanku, jari manis kak fiza putus,sudah disambung tapi tidak tahu lagi berfungsi atau tidak dan yang aku lihat melalui gambar kepalanya ditebuk tiub dan berlaku pendarahan yang teruk dikepala. MasyaAllah.........


Ape2 pun aku disini hanya berdoa mintak Allah S.W.T panjangkan usianya, aku mintak belas kasihan anda2 yang membaca tolong doakan kesejahteraan Kak Fiza...

Thnks......