BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 25, 2009

:: c u z z y' s s o n ::

WELCOME TO AHMED FAKLISH ASHFEE



Ini anak kepada kak Azza dan Abg Firdaus. My cuzzy.
Congratulations!!!
from: Auntie dNa

:: s a b a r d a l a m 1 h a r i ::

Memang dalam hidup mesti sabar. Orang cakap sabar itu separuh dari iman, tidak sabar maka tidak lengkaplah iman. Jadi untuk menjadi muslim atau muslimah yang dituntut islam maka perlulah bersabar dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan. Kenapa perkara ini yang diperkatakan? semua ini berpunca dari dia. Dia yang buat aku tidak sabar.Ini kisah sabar yang wujud dalam diri aku untuk satu hari nie.


  1. Nak menghabiskan habis belajar.HAHA. Memang..memang tak sabar nak habis belajar, dah separuh botak dah sebab duk mentelaah buku jer 24 jam. Penat lah.Cepat la...Cepat la...bulan 6 tahun 2010. Lamenye lagi.
  2. Nak balik Bandar Perda. Nak balik jenguk mummy, abah dengan adik2. Rindunyer kat diorang. Eleh..tau sebenarnyer eager sangat nak balik tidur di atas katil sendiri dalam suasana bilik sendiri. Arghhh....Nak balik..
  3. Nak shopping.Ini memang pelik. Aku tak pernah rasa sabar bile berkenaan dengan shopping nie. Selalu tak sabar kalau dengan shopping. Sekarang pulak tengah giler online shopping lagi buat aku tak sabar tiap-tiap balik kelas nak browse carik baju cari pape jer lah kat online shopping.
  4. Tunggu pukul 5.30 PM dan 6.30PM. Sebab nak tengok cite Aqso dan Madina. Lepastu habis cite Aqso dan Madina nak tengok Matahari pulak.
  5. Tunggu housemate balik. Tunggu moreyum balik lamenye cuti. Dah-dah ler tu moi baliklah. Tapi jangan lupe balik nanti bawak balik laksa sarawak ke ape2 yang patut. Jangan ngegade nak balik dengan tangan kosong. Pindah kang!
  6. Tak sabar tunggu nieja update blog. Nieja update ler blog. Cepat la...cepat la...
  7. Tunggu mama kol.Mama kol akan tanye buat apa, ok ke study dan ayat yang tak sabar nak dengar, cepatlah abis belajar mama tak sabar nak pi tempah bunge telur nie.AHAKZ
  8. Tak sabar nak tidur. Sebab apa? HAHA sebab esok boleh bangun awal dan jumpa balik buah hati.
  9. Tunggu buah ati kol. HAHA ini wajib, even baru lepas 5 minit berbual dah tak sabar nak tunggu panggilan seterusnye dari si die...(Arghh...ngegade..eehhh...suke ati aku la..). TAk sabar nak tunggu die tanye,

"Hye sayang...Buat ape nie syg?.."

Hehe..entry gatal. Sekarang tengah sibuk, sibuk dengan kelas-kelas yang terpaksa dihadiri. Ha? terpaksa ker?. Eh taklah..dengan rela hati la.( Dengar dek lecturer kecik ati). Banyak sangat tutorial,projek yang terpaksa dibuat secara rushing, coz kelas short sem nie tak lame pun dekat 1 bulan setengah jer. Jadi nak kejar bagi habis semua tajuk terpaksa la rushing kan. Its ok. You can do it. Slow2.

Namanya student memang macam nie kan rentak hidup. Ada tension ada compression. Jadi perlu dilalui dengan tenang. Mane nak dihadap kerenah subjek yang nak kene ingat, kerenah lec2, kerenah kawan-kawan lagi. Alahai...Macamnie lah selagi kita berada diperingkat nie, kuatkanlah semangat. Selalu jugak kawan2 yang dah keje nasihat. Dorang cakap bile dah start keje lagi pressure die besar. Iye ke? Mungkin kut. Syukur lah setakat nie semuanya dapat diatasi dengan bantuan Allah. Semoga Allah lancarkan perjalanan hidup. Aminn...