BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 30, 2009

FRUSTENEDpushingaroundME

Sunday, March 29, 2009

earth hour

semalam 28-3-09 earth hour...

Dalam TV,radio sume cite pasal earth hour..
tapi tak ramai yang amik port benda nie..
taktau la nape..nak kata takde tv nak tgk, takde radio nak dengar mustahil..

pukul 8.30 semalam kua makan kat chicken delite ( tmpt tu lg hehe...), kitorg kuar sebab nak menggelapkan umah kitorang, sokong suara kerajaan untuk bumi sendiri jugak, walau tak ramai yg membantu, sekurang2nya aku dah berbakti pada negara, yang lain kenapa tak buat pun aku tak paham, pdahal bukan lama pun 1 jam jer..

Masa kuar otw g tempat makan lalu parit raja, takde banyak pun kedai yang mnyokong earth hour, cume semalam terperasan pasaraya SAKAN tu jer yang buat. hmmm...agak kecewa...alasan diorang nanti takde keje nak buat..gelap lah...takut lah...bisnes tak jalanlah..btw ini sume atas diri masing2..sape yg buat credit to them..(thnks sebab sokong)..clap...clap...clap....9.30 mlm balik rumah, terus menyiapkan PSM yang akan disubmit isnin nie...(tak sempat nak amik gambar ape2...mase tu bateri fon kong....)

bumi semakin panas....

masa semakin pantas berlalu....

adakah masih ada waktu utk aku.....

hmmm..fikirkanlah.....

Saturday, March 28, 2009

keletihan

Dah beberapa hari menjauhkan diri dari memblogging..Semuanya adalah kerana jadual aku yang terlalu padat, sehingga tidak dapat mencuri even setengah jam di hadapan lappy nie.

Mane nak berperang dengan test2 lagi. Mane nak siapkan projek2 yang bertimbun (ceh..mengalahkan engineer yg diiktiraf plak), betulllah...Buzy sangat nih..Hujung2 sem nie la nak cover semua. Sekarang nie pulak giat dengan penggantian kelas pada waktu malam. lagilah buat aku sibuk same naik dengan Mesyuarat Agung yang sedang dijalankan...

Ni cerita lepas habis kelas ganti hari Rabu 25/3/09 malam...Lepas kelas terus g makan kat Chicken Delight.





Melantak apa yang patut, pekene eskrim kat situ..sedap!! Apetah name die, Lupe plak.tapi mewah la ala-ala banana split..Makanan kat sini pun boleh tahan murah dan sedap. Sape2 yang nak makan ayam tapi dah bosan makan ayam kat KFC bolehlah berkunjung ke Chicken Delight. Anda pasti tidak akan dikecewakan (ceewah promote kedai orang). Tengah2 duk tunggu makanan aku secara tidak sengaja telah men'catch' gambar moreyum (gambar yang kedua dari kiri diatas) berlatarbelakang wallpaper merah, dapat idea nak melawan gambar passport di blog nashrex yang sejak kebelakangan ini sangat malas untuk mengapdate blognyer..

gaya bergambar bersama model Remaja




setelah ditacap

Moreyum pesan lepas edit bagitau , die nak print gambar ini untuk men-renew lesen die yang bakal mati. Aku rasa bila JPJ tengok gambar nie sure aku kene temuramah di Rancangan Majalah 3 ataupun 999 kerana telah men-pandai2kan diri mengubah background yang sebenar yang diluluskan kerajaan yang sebelum ini berwarna biru kepada merah. Tapi cantik pulak tengokkan..(wah..wah..dah pandai angkat diri nmpk).



khamis.26/3/09

-tiada apa2 yang menarik pada hari ini.Seperti biasa hanya menjalani kehidupan seperti biasa-


jumaat.27/3/09

Pagi cuma ada satu kelas iaitu Lab traffic and highway. Diarahkan menjalankan satu Lab yang keseluruhannya terpaksa disearching sendiri,tapi seronok kerana ini adalah lab yang terakhir. Sedikit tidak sedap badan. Balik rumah dah dekat pukul 1 tghari. Merehatkan badan yang tidak sedap. Petang ni petir sangat dasyat bunyinya, seriau aku mendengarnya. ( dapat berita, kat hostel dalam UTHM bumbung hostel diorang ade yang tercabut, pastu menghempas beberapa bijik kereta yang bersusun diparkir, pecah cermin kereta). Bayangkan macammane hujan pada waktu itu,dengan kilat sabung-menyabung tak henti2...TAKUT!!!!...

Malam ada kelas ganti Alam Sekitar. Start pukul 8.30-10-00 mlm. Balik singgah KFC beli whipped potato. Balik makan dan tidur...Esok paginya banyak yang perlu di settle down..

chaww...





Wednesday, March 25, 2009

untuk si bakal

SUARA WANITA

Macam yang kita tau, memang wanita mempunyai suara yg lunak dan lembut.Itu satu anugerah yg diberikan oleh Allah Ta'alla kpd kaum Hawa.( jadi kite terime dengan hari terbuka dan bukan riak). Namun begitu kelunakkannya hanya di benakan untuk suami (bakal suami) dan ketika berbicara dengannya:-

1) Cakaplah dengan hubby dgn percakapan yg menyenangkan.
( camne eh..camnie eh.." abang,abang penat? Abg nak minum? )
wah..wah..ayat tak tahan..
2) Ushekan mencari percakapan yg sedap di dengar dan baik pula maknanya.
3) Usahakanlah memberikan sepenuh perhatian ketika hubbybercakap dengan anda.
4) Gune panggilan yg mesra dan di sukai oleh hubby apabila hendak berbicara.
(anda lebih arifkan)
5) Gune kata-kata yg menunjukkan kemanjaan apabila hal itu diperlukan dan sesuai.
( ha...derive sendiri..)

selamat mencube..


bercinta

Umur aku bakal menjangkau 25 tahun. Rasanya dah sedekad aku mengenal erti apa itu cinta, apa itu rasa rindu apa itu kata setia dan yang paling penting aku tahu siapa itu LELAKI. Macam2 jenis yang ade (macam jual ikan kat pasar, macam2 ada!! ) Kalau nak diceritakan kisah cinta mau berbuku tak habis2. Bukan riak tapi itu semua ketentuan Tuhan, Dia bagi aku lalui semuanya....

Bak kata pepatah tak lengkaplah hidup tanpa cinta (adeke pepatah camni mengarut la kau cik dena woi). Tapi hakikat memang akan ada seseorang lelaki disebalik seorang wanit..cewahh!!! . Betulkan? setuju tak semua wanita2 diluar sana??? hehe...Dalam hadis pun penah berkata..kita imbas sedikit.


Demikianlah wanita dijadikan Allah utk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan utk menghiasi bunga-bungan.Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak indah utk didiami.Kaum lelaki pasti gelisah sebagaimana Nabi Adam A.S pernah dilanda gelisah.Meski pun hidupnya dipenuhi kenikmatan di syurga.Lalu baginda memohon kpd Allah agar dijadikannya seorang teman,agar boleh berbicara,bersenda gurau.Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S ,barulah terisi jiwa Nabi Adam A.S .Ternyata wanita cukup perlu dlm kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kpd sutingan kupu-kupu utk nerialisasikan proses pendebungan.Tampa permaisuri siapalah lelaki yg bergelar raja.Tanpa isteri siapalah lelaki yg digelar pemimpin dan tanpa perempuan siapalah yg akan digelar sebagai seorang ayah..? Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasullallah S.A.W tidak mendapat dorongan yg amat diperlukannya utk terus bangkit,memberikan semangat kekuatan dlm menyebarkan risalah Allah..NurIslam.Tanpa Aisyah barangkalai banyak hadis Rasullallah S.A.W tidak sampai kpd umat islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahra' barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasullallah S.A.W yg amat di sayanginya.Tanpa Mashita barangkalai tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kpd keimanan meskipun maut berada dihadapan matanya.Tanpa wanita siapalah lelaki krn setiap lelaki dtgnya drpd perut yg digelar seorang wanita.



Dah bersyarah panjang plak, kenapa aku tetiba nak cakap pasal benda nie, tetibe aku terfikir, indahnye dunia Allah aturkan, syukur Alhamdulillah...semuanya yang pahit yang manis aku lalui dengan hati yang terbuka, Allah beri aku kekuatan untuk lalui semua..Alhamdulillah...Aku dikurniakan perjalanan hidup yang mampu aku lalui. Tanpa masalah yang membebani aku..

Balik ke perkara asal,

Sebenarnye, banyak yang tersurat dalam kepala, pernah tak anda terfikir, bagaimana kehidupan anda kelak? Adakah seperti yang anda rancang? Adakah anda akan berkahwin dengan jejaka pilihan anda (atau dipaksa kawin mcm zmn dlo2??Ohh!!! tidak !! mama abah jgn terlintas nak bt camtu kat ank daremu ini ye) Adakah Allah akan kurniakan permintaan anda, yang kononnya ingin jumlah anak bersama pasangan mu seperti yg telah dirancang? kembar? ohhh sweeettt.... (mengarut dah cik dena nie) Adakah anda akan bekerja,jadi bos, umur menjangkau 40 dah ade salon,ade butik, ade stesen minyak sendiri seperti yang anda rancang bersama pasangan ada? adakah anda akan sempat untuk melihat kecomelan bakal cucu2 anda??? ...hmmm..Kalau diikutkan macam2 kan yang berlegar difikiran anda tentang masa depan..Macam2..kadang2 boleh gila kalau terlebih fikir..Sebab tue aku penah baca satu cerita (lupa samada online atau buku) menyatakan diharamkan untuk kita manusia kejadian Allah membayangi segila2nya apa yang terdapat disyurga, bagaimana kejadian selepas kita dinilai di padang Masyhar......oohhh.....berat2..buleh gila...

Pernah semua diatas melingkari otak aku, sebab aku jenis orang yang suka membayangi sesuatu..(jangan lencong tau) Tapi apa yang pasti kuasa Allah itu Maha Agung, sukar untuk akal kita menjangkauinya. Oleh yang demikian, Biarlah Allah menentukan segalanya, aku sebagai hamba hanya berserah moga dapat aku lalui semua.



Balik ke point 1st.

Disini aku hanya ingin nyatakan, bila umur kita menjangkaui sempadan2 untuk berumah tangga, aku pun terasa.....NAK KAWIN>>>>>>>> (heh! nape gtl sgt nih) nak ade rumah sendiri, hidup ngan hubby, nak buat brekfast pagi2 utk hubby, nak basuh baju dlm 1 washer machine ade mix baju hubby dan aku, nak diner mlm2 ngn hubby pastu dengar pujian dr hubby " sedap ayg msk mlm nie" (lagha2), nak iron baju keje utk hubby,ade orang yg mengimamkan aku dan yang paling penting tiap2 hari nak tengok muke hubby bile bangun tido..haha...best2....insyaAllah semua itu tidak lama lagi...


Apa pun yang terjadi,atau bakal terjadi redhalah, dan ketahuilah Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Doakan yang baik2 untuk aku dan kita semua..Nanti kawin aku jemput k..Haha..

Perasaan...





Tuesday, March 24, 2009

alangkah


pernah tak anda terasa ingin..dan yang menyampaikannya adalah dalam keadaan yang paling romantis...
sukar untuk kite tolak perasaan yang sebenarnyer melencong jauh ke alam yang tak wujud..(nie akibat ter-addict tengok cite mengarut juli julia la nie...)


(haa...jangan nak kate aku ngegade..suke ati haku la nie blog aku...)
arghhh....

buang ia jauh...


p/s: jangan dilayan sangat aku nie...
( tulisan berwane pepel kerana ini adalah entry cinta)


Sunday, March 22, 2009

dah kubilang

telah ku khabarkan hari-hari mingguku sepi tanpa dia disisi..
pada waktu2 sebeginilah aku belajar...
belajar tentang rindu..
belajar tentang ape itu jauh..
belajar ape itu was-was...
belajar ape maknanya harus setia..
belajar,belajar,belajar dan belajar...
(terjiwang lah pulak padahal bejauh tak sampai seminggu itupun boleh kol, bukan kata sehari sekali,dah 2 minit sekali tepon aku mesti berbunyi)..
haha..saje jer nak manje2 nak ngade2..(sibuk jer korang...)..
malam ini dia pulang..
pulang membawa sinar untuk hari2 esokku..
wah!! memang berflower2 ayat aku..
(penah bercite2 nak jadi penulis novel...pergghh..)

Saturday, March 21, 2009

buhsan


codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"
WIDTH="400" HEIGHT="335" id="myMovieName">PLUGINSPAGE="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer">

marathon punyer

rabu 18/3/09

Hari berjalan macam biase,smooth jer...cume aku yang tak mungkin akan smooth..la la la bosan dengan kerja..ha ha..( opss pitching lari lor). hari ini tidak ada yang menarik just buzy dengan tugasan.

khamis 19/3/09

Kejadian yang agak mencabar minda aku jugak la, pagi ini kami dikejutkan dengan kejadian pembunuhan yang terjadi betukl2 dibelakang rumah aku (argghhh benda ini yang aku paling tak suke)..nak berita selanjutnya baca suratkhabar nanyang siang pau bertarikg 19/2/09. Motif pembunuhan belum dapat dikenalpasti, tapi menurut jiran aku yang juga wartawan pencen maybe disebabkan oleh kes dengan Along ( Along tue bukan lah abang atau kakak kepada si mati dan bukan juga yang katun A.L.O.N.G along..tpi adalah orang perseorangan yg boleh dipinjam duit) haha...boleh lagi buat lawak..haha..

p/s: jangan pinjam duit kat along, pinjam duit kat kawan2 takpe.hehe..

jumaat 20/03/09

Jumaat hmm...lagi takde apee2..kelas hari ini just sampai pukul 10 jer, balik ape lagi melantak...pastu tid0..
(hari nie abang balik kampung, hmm..mesti hari2 minggu aku berlalu dengan kebosanan ...( kenapa aku tak balik??? hm.pelik2 tah.))

p/s : post di atas adalah post paling buhsan..
tah kenapa takde idea @ selera nak menulis....
sorry...

Tuesday, March 17, 2009

kalut


Utk segala yg terjadi..ku pohon ampun sejuta kemaafan..

Attchmn kt bawah nie ade sedikit rase jiwang..Aku kan menjadi malam malam mu..Kan menjadi mimpi mimpi mu..Dan selimuti hatimu..yang beku..Aku kan menjadi bintangbintang mu..Kan slalu menyinarimu..Dan menghapus rasa rindumu..yang pilu..Aku bisa utk menjadi apa yang kau pinta..Untuk menjadi apa yang kau impikan..Tapi aku tak bis menjadi diriNya..Aku kan menjadi embun pagi mu..Yang menyejukkan jiwamu..Dan membasuh hatimu..yang layu. Tinggalkan sejenak lalumu..Beri sedikit waktu..Kepadaku..untuk meyakinkan mu..

p/s : utk si dia yg terase hati..ko mohon sejuta kemaafan..

hanya aku aje yg paham.

isnin cuti..

16-03-09

Ia sebenarnyer bukanlah hari cuti umum atau hari kematian sesiapa, tapi ianya adalah umum kepada budak2 4 BFF jer..(jgn marah).Actually kitorang sebenarnyer ade kelas tapi dibatalkan at last. 1 hari kelas takde, kalau ku tahu dah ku balik kampung halaman.Ape2 pun Amin....hari isnin la hari yg paling malas untuk berbuat ape2 kan, coz 2 hari memanjakan diri di tempat tidur.

Macam tau2 la pulak TNB nie,kitorang takde kelas,letrik la pulak xde,dari pukul 11 sampai 6 ptg..(dah buntu taktau nak buat ape,dalam hati berkata.."klu ade kelas kan bagus"..hehe..). Ari ni masak sardin ngan ayam chiken delight (moreyum beli),petang dalam pukul 4 g U kejap,nak g library amik buku yg reserved aritu diorang dah call cakap buku dah ade,terlajak kat U pegi jumpe Dr Ishak (penyelia PSM aku) konon2 bertanyekan pasal repot and technical paper coz kitorang ade presentation PSM pada 14-4-09 (takut..takut..taktau nak mohong ape nanti).

Malam siapkan slide untuk effective communication. Rabu ade presentation.


*n0 yang dibulatkan diatas adalah kerana silap, aku tak perasan sepatutnyer bulan 4, tengah2 edit baru perasan salah bulan..hehe


Gambaran2 di atas adalah melambangkan banyak sungguh projek2 aku yang bakal dilahirkan.Banyaknye keje tapi taktau nak mula yang mane dulu, at last macam nie la, terbiar jer last minit baru nak sibuk2. ( biase la student kan,suke buat keje last minit,kalau tak bukan student namanya).

K la nak sambung buat slide,esok nak bincang skit pasal present..

chaowww.....


Monday, March 16, 2009

ThNKs t0 Nieja

Neway..nak thnks to nieja coz die yang bagi software to edit picture2 kat bawah nie just look nice..

jLn-jLn cari MkN

Semalam dah rancang baik2 ngan budak kelas, kononnya nak pegi breakfast kat Kluang railway.. last2 yang pegi just aku,Moreyum and Anis. Semua cancel alasan tak boleh bangun pagi. (lain kali sorry taknak dah rancang ape2..) sob..sob...Best, tue actually tempat feberat aku ngan abang. Sem lepas kitorang selalu breakfast kat situ, tapi sem nie buzy sikit sebab ade banyak sangat projek. So takde mase sangat nak breakfast jejauh nie.


Bun sambal die sedapp....walau nampak simple jer..rugi sape tak try..


Pastu balik terus OTW g BP Mall, takde niat pun nak shoping ape2 just nak beli barang dapur je, last2 terbeli pulak 3 helai baju. Nasib..nasib..hehe..(jalan jer padahal banyak lagi keje aku yang tertangguh).




Sunday, March 15, 2009

Servis Kereta+Makan-makan

Hari jumaat hari tue, seperti biasa aku belum stabil nak berada dirumah sewaku sendiri, even baru pukul 3pm (housemate aku ada kelas), aku pun ajak buah ati teman servis kereta kat BP. Hujan renyai-renyai " B, sedapnyer kalau pegi hi tea dlu kan" ..."ayang nie, makan jer..nak mkn kat mane?".."hmmm...kat Rengit nak tak b?"...." okey..hehe.."..

Kitorang pun pergilah makan kat Rengit ( kat BP Mall). Aku pun order la Honeydew Passion and Samosa Sardin, and abang order Coffee and Ubi ( ectually tadi mase kat bilik menunggu, tgh tunggu baby aku diservis, aku baru terdengar kakak dalam bilik tue cakap kat kawan die, "sedapnyer kalau hujan2 nie makan ubi kayu cicah kopi kan", mase tue abang g toilet..teraturkan Allah SWT atur perjalanan, relate sungguh..dah abang pulak yang order sekarang..aku senyum jer..)


Aku sebenarnya tidak berapa diizinkan oleh doctor untuk menjamah ubi kayu sebab angin.....(migrain+angin..) tapi disebabkan degil dan teringin dah kubantai menghabiskan sebiji kueh ubi kayu yang abang order. Malam tue ape lagi, angin la satu badan, sampai ke kepala. Dah menangis2 call abang. Nasib baik ade Anis housemate aku yang membantu aku melegakan sedikit kesakitan..


Kejadian pelik

Semenjak 2 menjak nie rumah kitorang mengalami kejadian yang boleh buat bulu roma aku berdiri bila mengenangkan kejadian tersebut, pakaian aku hilang, aku menjemurnya di luar rumah dan esoknya di dalam rumah. Pelik kan!! aku jemur pakaian itu ditingkap depan rumahku, esok paginya ketika aku bangun pagi aku turun dah takde..(naik bulu roma aku, dalam rumah pun boleh hilang, jahanam...). 3 kali pakaian aku hilang, dah paling mencabar minda aku kenapa kesemuanya kaler hitammm....Arggghhh!! dah ler sume tue feberet aku.. Jadi semenjak kejadian aku aku menjadi sedikit fobia untuk duduk di rumah even waktu itu masih ada matahari memancarkan cahayanya. Satu malam tue housemate aku 2 2 ade kelas ganti, aku dah gelabah nak buat camne nie, malam2 aku keseorangan berteman hujan yang agak lebat, so aku cari idea...ajak abang makan PiZZA hUT then beli barang-barang dapo skit at BP MALL. (gedung membeli belah yang agak popular jugak dikalangan student2 UTHM).

Hehe..selesai jer makan dan bercanda, dalam pukul 10pm, housemate aku semise bagitahu diorang dah kat rumah. Yee...dah boleh balik..

Reunion

Tarikh : 08/03/09
Hari : Ahad
Tempat : Dewan SMTNT, Nibong Tebal
Jemputan : Kesemua x-student SMTNT 86-09

Hanya ini sahaja gambar-gambar yang ada dalam koleksiku, yang lain sume ada kat kamera kawan2 tak sempat nak amik. Actually dah begitu lama kitorang tak jumpa, sampai dah ade yang dah kawin dah beranak pinak dah pun, kitorang belajar tahun 2000-2001 sekarang dah 2009, korang bayangkanlah dah berapa lame kitorg tak jumpe.Kitorang berempat nie dlu adalah pembawa masalah kepada sekolah ini. haha...Terbeliak bijik mate cikgu kaunseling tengok kitorang datang....haha..

Kesibukan yang melanda

Berape lame tinggal mengapdet nie..sebabnyer aku balik kampung…coz ade sebab yang terpaksa aku balik awal dan terpaksa memonteng lab pada ari jumaat..thnks kwn2 tlg cover baik punye…
sekarang nie tinggal lagi berapa bulan nak exam..jadi buzynye mengalahkan pak perdana menteri nak menyelesaikan masalah2 negara. Hari tu balik naik bus S&S international malam jumaat sampai stesen bus Butterworth pukul 6.30 am, konon nak balik bm naik teksi la, cek2 purse ade cash RM6 je, tanye2 drebar teksi tu pegi BM die hantam aku RM20 ..mak aih!!! mahal giler
..@#$#% die ingat aku nie pelancong kut, memandangkan muke aku ala2 pelancong korea kan..(sebabnyer baru bangun dari tido..hahaha) call la mama gtau suh amik kat ctu…sunyi giler..nasib baik boleh tunggu kat dalam KTM punye tempat menunggu…




Yes!! Aku dah kat kampung yang sebenarnya adalah bandar.hehe.. pagi sempat balik kampung atuk aku, coz kitorang dah lama tak balik.Jadi jakun sebentar dengan siblingz melihat basikal tua ini..



Nama pun kampungkan so kena la catch gambar pun ala-ala suasana kampung..hayatilah..hehe


Malam itu aku dan keluarga sempat menjamah makanan kat tempat baru. Amandari namanya. Anyway boleh tahan jugak. Tapi mahal nak mampus, kari kepala ikan harganya RM70,sayur asparagus RM28 kalau mama beli kat Jusco balik goreng baru RM10 boleh tambah berapa kali pulak tu..(nasib baik sedap). Tak sempat nak catch gambar makanan, im sorry (tagline amer)..dah lapar sangat.


Live dari sini

Hari ini macam biasa bangun pagi ada kelas pukul 8 am, aku siap kul 7.40 am, tup2 g kelas hampeh betul start kelas pukul 8.30 am( penat jer aku berhempas pulas bangun sikit punya la awal) ..hmm.. dah sampai kelas dibagitahu la pulak kelas bukan kat makmal metologi dah di tukar pulak kat makmal bahse( heh..buat aku tak paham bahse jer). Nasib baik ade kemudahan untuk bergerak, kalau tak patah kasut tumit aku ni pi mai pi mai…

Hari nie panas sangat, biasenye 2 3 minggu asyik hujan je. Kuasa Allah .W.T, Dia boleh buat hujan, panas, mendung dan sebagainya..Subhanallah..abih kelas kul 12 mcm biase g makan dlu dengan Anis and Moreyum. Ingat nak g PC Fair cuci2 mate( cuci2 mate tgk barang la b bukan tgk orang) suke melatah hehe..hmm..takde ape yang menarik pun, baliklah lagi bagus..sempat suh Anis snap gambo..



(background tak mau-mau...hehe)

Semalam


Assalamualaikum…bertemu kembali kita di alam maya ini. Semalam buzy sangat.Walaupun semalam 1 ari takde kelas tapi buzy menyudahkan PSM..(hehe bukan aku nak tunjukkan kerajinan aku tapi memang hakikatnye aku memang nak kene siapkan PSM tu even aku dilanda kemalasan yang amat tinggi). semalam aku dapat tau kelas ptg cancel melalui status arun; merangkap ketua tak bertauliah kelas kitorg..hhee..ape lagi melompat kegirangan la aku rase sebab semalam 1 hari aku cuti,tapi tak nampak macam orang tengah mencutikan diri beliau pun,(klu cikgu BM aku tgk sure die sue aku..). sekarang dah masuk bulan 3 makne kata lagi 1 month lebih kitorg akan menghadapi peperiksaan.huh!! cepatnya masa berlalu….
Dari pagi mengetuk keyboard sampai petang…call Dr ishak ( penyelia psm aku; die nak kata garang xde la garang sangat tp susah la nak describe die nie tengah marah ke ape..nanti ade mase aku snap gambo die tunjuk kat korang, korang tlg aku describekan die nie camne eh..hehe) *&^%$ -takde keje- ..*ok sambung blk..die suh aku jumpe die pukul 5.30 pm, aku pun pegi la jumpe tak sampai 10 mnt pun jumpe die cakap die ade meeting ( kalau aku tau esok jer aku jumpe, meng abihkan duit minyak aku jer ) hmm..balik umah dah dah dekat kul 6 pm, bantai makan nasi lemak ngn moreyum sambil tgk cerita “ASSALAMUALAIKUM cinta” then ape lagi tgu cite feberet aku la SPA Q. Tengah2 aku mentelan nasi lemak tue, ” jap nak amik sambal belacan”.. aku “??????” (dlm ati ble mase plak si moreyum nie tumbuk smbal belacan???) rupenye tadi die singgah umah Pak Dwi, bini Pak Dwi bagi sebotol sambal belacan katanya dia tak pandai makan sambal belacan. ( ohh..Pak Dwi tu penyelia PSM Moreyum, duduk berjiran dengan kitorang).


*1st time aku tengok sambal belacan dibotol kacakan. Rasenyer perghhh masin giler…

Malam ape lagi lepas menyucikan diri sume bkak lappy start mengetuk keyboard la..(dah rase macam secretary pencen dah aku nie).siapkan assignment effective comm jap pastu kuar makan ngn ”buah ati” la..hehe; dia ngadu sakit pinggan, mane tak sakitnya tiap2 ari dibantainya main badminton,konon nak buat sukan feberet la tue. (alamak entry mengundang parah!!) hehe..kitorang g makan mcd..uhh…makanan feberet aku tuh! (macihh b banje ayg makan semlm, nanti banje lagik eh..). balik dah kul brape + makan, + sembang, + gosip + bercinte hehe…dah kul bape so balik dah ngantuk tahap gaban, takleh nak buat ape dah..so bantai tido terus…

ahhh…..

saat paling indah…waktu tido..tapi saat paling genting nak bangun pagi esoknye plak…

arghhh…. !@#$%^&^& tensiooonnnn…

Hari ini dalam sejarah

by de way..saje nak cakap hari ini dalam sejarah..arini 2hb mac adik aku dapat masuk SEK MEN SAINS kat tepi pusat serenti ehhh….pusat serenti kat mane tah name tempatnye tu yang pasti agak-agak sengah jam jugak la dari umah aku, (umah aku kat Bukit MertajaM) mama ngan abah anta pagi tadi kul 9 pagi sekarang dah dekat pukul 11.34 mlm mama bape kali kol aku cakap airmate die dah bape kali nitik mengenangkan adik aku sorang tue camane agaknyer…name pun anak bongsu (yg last sekali dalam family..hehe mcm korang taktau bongsu tu last kan…saje je nak menguji bahse)…dah ler tak penah jauh dari mama, tak penah g mane2 tanpa mama la…tup2 nak kene duk jauh tanpa perhatian dari seorang ibu, mestilah bengkak jer hari si ibu mengenangkan anak yang selama ini dalam perhatiannya tetibe takde..padahal leh pg tgk tiap2 ari (memandang ibu aku tu h0usewife hehe…) dan yang paling leganya..nasib baik boleh balik tiap2 minggu…buatnye ade macam sesetengah sekolah asmara…eh mcm pelik jer…asrama la haaa…asrama penuh tue sebulan sekali baru boleh balik aku rase mama aku tu boleh daftar masuk ratu kebaye balik ler sebab berat badan dah ideal untuk kategori kebaya…waahhahaaa…sorry mama…(lap u huhu….) yang lebbay mengembirakan aku lagi minggu nie aku balik…yeeaaa!!!! penang aku cabar kau!!! oppss…terlebey sudah….macam heroin r0syam noor plak rasenyer…( opss…mampus aku klu ‘buah ati’ bace…jangan risau tiada siapa yang dapat mencurik hatiku ini even rosyam noor tue syg..wahaha )… aku tak sabar nak balik nak tengok gak keadaan sekolah tue, nak pesan itu dan ini smlm asyik pesan kat adik aku tu dalam hpon jer…”jangan lupe barang2 simpan”…dijawabnyer “hmmm…” “no tipon salin letak dalam beg duit”…die rileks jer macam aku plak yg nak masuk sek asrama…memandangkan takleh nak bawak hpon g sane…dibantainyer abah aku menukarkan duit syiling sebanyak rm50 untuk adik aku tue untuk die berkomunikasi bersama-sama keluarga dengan menggunakan public phone yang terdapat di bloknye. kata mama aku terdapat lebih kurang 114 batang pondok talipon yang terpacak kat sane yang dibolehkan untuk mereka melempiaskan rindu kepada keluarga…waaa..ayat aku macam nak buat sajak pulak…haha….itu ajelah crite arinie..okeylah dah lenguh dah jari jemari aku nie..sambung esok la eh..banyak keje nak buat lagi nie…

hehe…

selamat malam…nak siapkan PSM jap…banyaknyer keje!!!!!!!!

damn..