BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

percutian itu sangat indah

Pada 25hb Julai yang lalu telah pergi menrehatkan diri bersama teman2 seperjuangan, destinasi yang dituju adalah Pantai Pasir Lanun, Mersing...Antara yang pergi adalah me n my honey, moreyum,pija,muaz, yani ( kaza's gul), paan,jie,adip,nash,lan n aja,munim,itik( adalah nama samaran), ina,yana,anis,zeema,ipin,kedo,y,shamsi,nuzli,kaza n arun. Gambar-gambar lakaran mereka ada disertakan dibawah. Selamat membosankan diri dengan gambar2 yang bersepah. Xtually ade dekat 500 keping picca tp nak letak sume takut korang muntah....HAHA. Jadi saya skipkan kepada beberapa bahagian sahaja.




Ini adalah time waktu bertolak, janji pukul 9 berkumpul dekat umah Honey, tapi jam 10 baru sume ade, start gerak dari Parit Raja n terus melalui jalan Kluang ke destinasi. Ade 7 biji kereta yang membawa tentera2 semua ke destinasi. Separuh perjalanan terpaksa berhenti sebentar sebab kereta yang dipandu munim ade problem, dorang cakap tayar kete die gelong, so tunggu dalam 10 minit then meneruskan perjalanan. Dalam jam 2 sampai ke town mersing, singgah makan. Lapar giler dowh, pagi sblm tolak makan roti sadin jer yg dibelikan oleh buah hati. Tak sempat nak catch gambar makan, lapar dah eh....Afta dat meneruskan perjalann.

Sampai jer kami di Pantai Pasir LAnun ni dalam pukul 3 ptg. Selesai menyetelkan chalet sume,masing2 balik chalet dulu, sebab letih. Merehatkan diri sebelum nak terjun dalam lauttt.......
Sampai dah menggigil dah sume baru nak naik dari pantai, dah nak maghrib pun, balik mandi solat sume pegi chalet dak laki coz bbq dorang buat kat ctu. Best!!!! bbq ade ikan, ketam n ayam.....Kitorang melahap tahap dewa la malam tu sebab banyak giler seafood yang ipin beli duit hasil perkongsian kitorang. Makan tahap tak ingat dunia.Tengok la picca kat bawah, makan ke melantak tue...

Afta makan2 ape lagi, time berposing lar, actually gamba posing nih banyak giler, tapi sebab nak letak terlampau banyak terpaksa la main pilih2 jer...

Kitorang datang picnic ni memang sekadar suka2,takde ape2 aktiviti yang dirancang pun, memang masing2 nak lari dari kesibukan sehari-hari.Jadi tak mengatur ape2 aktiviti. Jadi aktiviti pertama yang ade adalah karaoke, masing2 melantak lar, menyumbangkan lagu....

Ini adalah aktiviti kedua, tapi memang dah lewat pun, dalam kul 1 dorang ajak g kelong memancing...Bagi kaki pancing memang menunggu berjam2 tu tak menjadi masalah la, tapi bagi yang pegi hanya dengan tujuan meneman memang bosan tahap dewa, aku g kejap jer, dah ajak buah hati balik sebab dah ngantuk giler. Dekat 2jam kat situ ikan tak dapat yang dapat natang kat bawah ni, taktau nak namekan ape coz memang tak penah tengok, itupun yang dapat itik, jadi juara joran malamtu dimenangi oleh itik....HAHA
Esok paginye sebelum kitorang terjun pantai buat kali keberapa tah, kitorang siapkan dulu sarapan pagi, menunya adalah sandwich sadin, nescafe panas dan tea 0. HAHA. Laku giler ah sandwich belum siap dah berderu yang datang mintak, yela dari pagi berendam...

Afta dat, ape lagi aktiviti yang tak perlu dirancang....terjunnnn......


Dah menggigil baru ingat nak naik then terus siap2 coz nak check out. Kitorang dapat jemputan lunch dari ipin kat umah die kat Endau, jadi sume siap2 nak g umah ipin....Mak ipin sediakan kitorang Kari ayam, sayur kubis goreng,ikan goreng dan air laici...Sedap!!!!



Dah siap makan gerak balik. Sebelum balik nashreq bawak kitorang singgah kat gerai jual keropok2. Ade jual sata. Tak sempat nak beli sebab ramai sangat, malas nak tunggu, but ini experience kedua bagi aku la makan sata,sedap tau sata mersing. Nanti nak ajak buah hatai pegi mersing la semata2 nak beli sata je...HEHE Arghh ni yang tak best ni coz masing2 akan sibuk dengan aktiviti seharian balik. Tak bestnyer.....Actually memang fun la percutian nih.Thnks to semua yang beri kerja sama....Luv u guys...