BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 13, 2009

Ah cuti..cuti

Sudah lama rasanya tidak menblogkan diri, merajukkah aku? kecewakah aku? keterlaluankah aku? ahh...apadia nie..takde kene mengena langsung dengan perkara-perkara di atas. Sebenarnya hanya ingin merehatkan diri dari segala beban yang telah lama aku pendam kerana apa? siapa? atau apakah itu diana????. Ahh...tidak kerana apa,sesiapa atau apapun cuma ingin merehatkan diri dari segala beban dari pelajaran yang lepas.

Sekarang sudah masuk cuti semester untuk tahun yang ke-4. Jadi tiba masanya aku menrilekskan diri, dari semua kerja2 yang akan membebankan kepala otak dan anggota badanku, harus aku ambil peluang ini sebaik-baik mungkin semua ini adalah kerana semua ini tidak lama. Cewahh.. ini adalah kerana cuma seminggu sahaja aku dapat melakukan aktiviti ini, habis seminggu ini aku terpaksa berhempas pulas semula untuk 2 subjek yang aku lakukan pada short sem. Argghhh!!!! ape nie, orang cuti aku pulun belajar...sabar2...sabar itu half of iman...nak abih cepat kan, so kene lah pulun...

Tinggal lagi setahun aku akan menamatkan pengajian, huh..macam tengah menggalas batu besar dibahu selagi belum habis, tapi nasib baik tuntutan islam...belajarlah hingga ke negeri china...( China tunggu aku datang...!!!!)...Habis belajar nak sambung tak? hmmm....takpelah itu kita fikirkan kemudian..biar Allah yang tentukan ade rezeki tidak kemana..

Aku kini berada di kampung halaman. Lagilah buat aku berat nak memblog. Bukan sebab sudah kurang berminat, tidak pernah terlintas langsung hilang minat itu, tapi habis masaku bersama mama, abah dan adik2. So, tidak berkesempatan nak menketuk keyboard. Tidak sempat nak mereka ayat dah dengar jeritan manja si mama, Kak! meh kejap, tlg mama ini, itu......namun aku tidak pernah jemu, jeritlah ma, jeritlah aku suka akan jeritan itu. ( wah...bodek nampak kakak...ahakz3...) No lah, ianya ikhlas lah mama....

Pada 10hb mei yang lepas kan hari mama, malam tu Boboy dan Ijam telah membelikan mama card dan sekuntum bunga yang semua itu aku duitnya aku yang sumbangkan kepada mereka, "belilah apa aje" wakil dari kami hadiah buat mama pada hari ibu. Padahal, petang tu mama cakap...

"Ha, tak payah nak buat2 surprise beli kek ke ape"...

Alamak, camne tau nak buat surprise nie, kitorang buat bodo jer, macam tak dengar. Paginya bunga dan card untuk mama.

Aku lahir dari perut mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mama
Bila lapar, yang suapkan aku..mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mama
Mama kata, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mama
Bila nak bermanja… aku dekati mama
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mama
Bila nakal, yang memarahi aku… mama
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mama
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..mama
Bila takut… yang tenangkan aku.. mama
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mama

Aku selalu teringatkan ..mama
Bila sedih, aku mesti talipon… mama
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mama
Bila takut, aku selalu panggil.. “mamaaaaaaa! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mama
Bila nak exam, orang paling sibuk juga mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mama
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ..mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mama
Yang selalu berleter kat aku.. mama
Yang selalu puji aku.. mama
Yang selalu nasihat aku.. mama
Bila nak kahwin..
Ohai...belum lagi tue..hehe


Semua ini untuk mama. Semua kasih dan sayang untuk mama.Terima kasih mama sebab lahirkan kakak, berikan kakak penghidupan yang cukup sempurna. Terima kasih mama untuk semua. Kakak hargai segalansya, akan kakak cuba untuk balas jasa selagi nyawa dikandung badan akan kakak cuba bahagia mama setinggi yang mampu.



Rasanya sampai disini dahulu coretan aku untuk tatapan kalian. Nanti kita bertemu lagi, masa untuk tonton tv.