BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 22, 2009

:: buah hati ::

Hari ini mood tidak berada dalam keadaan baik. Mengalami hari yang paling menyeksaan. Diserang penyakit yang tidak akan pernah lari dari hidup aku sebagai seorang wanita. Walaubagaimanapun, nampak saje muka buah hati sakit hilang. Hehe...Boleh pulak macam tu yer. Jimat duit mummy dengan abah. Kakak sakit jer panggil buah hati datang ubat tanpa perlu berjumpa dengan doktor-doktor pakar diluar sana. Kesian mereka kalau ada 10 orang macam aku ni mesti tak ramai lepas ni yang taknak amik jurusan kedoktoran. Takut rugi patient takde.


Hari ni aku ade kelas Statik dan Dinamik, belajar dengan buah hati yang baru pulang dari Mersing mestilah berkobar-kobarkan. Tapi rasa sedikit terganggu dek kerana kesakitan yang melanda. Namun aku gagahkan jugak demi buah hati tercinta. Cewah...Boleh jalan...HAHA (jeles..)



".....sayang...nak abang bawak gi klnk??.."
..."takpe la abg..ayg mkn ubat n nak tido jer..."


*OPSS!!! IKLAN*


Habis kelas kami berdua lunch bersama. Ini lunch 1st kitorang setelah seminggu berjauhan. Fuhh...Amatler seksa rasanya. Tapi selepas makan aku dapat hadiah istimewa. Hadiah bajet nak pujuk ler tue. Dah tinggalkan orang lame-lame..



*jangan jeles...dapat waffer ice cream....*

Nasib baik tak demand kan. Kang mintak Caldina ke,mintak banglo 14 tingkat ke, atau mintak tukar handphone 'blackberry' ke. Eh best jugakkan kalau camtu. Kalau lah aku macam tu sure die bawak aku kemana jer die melangkah takut buah hati demand pulak karang. HAHA. Tak ade la, tak sanggup pun nak buat.

Malam semalam dalam pukul 7.30PM, tak keluar lama pun. Keluar pun sekadar teman adik makan, dak takde sape nak bawak kesian pulak biarkan die makan sorang-sorang,dah ler jadi pak guard yang betul2 bertoleransi untuk aku. Aku bangun untuk ke kelas die baru masuk tido. HAHA ..bagus2..Dalam kepayahan kugagahi jugak keluar menemaninya.Sebelum pulang singgah klinik sebab dah tak tertahan dah diri nak menanggung kesengsaraan. Doktor pesan....

".....you sudah ada kemajuan...."

blurr..."why doc??"...

"Yea loh sudah 2 month you tidak datang sini for injection kan...."

"....AaaaAhh....saya cuba thn and juz take da medicine you gived...tapi ini hari saya tak mampu suda doc.."

"ok...ok...tak apa..but kalo bole cuba ya...dis inject not good for young lady like you..."

"yup..i try"....

Sudah doktor nie. Dah sakit takkan nak tahan. Hmm..lantak ko lah docktor nak cakap ape.Aku tengah sakit. Lepas ke Klinik Nge, singgah sebentar untuk membeli burger. Bukan untuk aku yer, untuk pak guard aku nie ha. Takut tengah-tengah malam lapar pulak. Aku dah tak mampu nak teman beli burger, so untuk langkah-langkah keselamatan baik beli siap-siap.

Sampai jer rumah terus baring. Seksanya hanya Allah yang tahu. Patut lah orang yang paling dan patut kite hargai pertama-tamanya adalah ibu. Ini baru kepayahan mengharungi kecil peratus kesakitan wanita, belum lagi sakit nak melahirkan. Seksa....seksa.Dalam pukul 12 tghmalam macam tue, terjaga dari tidur sebab terasa sangat sakit perut, call buah hati n know sumting i dapat dengar kembali nyanyian dari si kekasih.Rindu itu.

Kuakui aku telah larut

Larut ke dalam

Kamu yang kucintai

p/s:: camne nak beranak nie....takut....