BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 10, 2009

tagged dari telefon bimbit

Boleh pulak macam nie kan...ditagged di telef0n bimbit. Nyatakan sebanyak mungkin yang anda tidak boleh hidup tanpa:

"suke2 hati jer nak tanye.."

Dan jawapannya aku nyatakan di feberat web aku nih( bacelah weh)....


  • Allah (sebab Dia aku diberi nyawa untuk melakukan semua yg aku lakukan)
  • Adik-adik (sebab mereka adalah nyawa aku tanpa salah sorang dari mereka hidup aku tidak bermakna)
  • Mama dan Abah (sebab aku sangat bangat dorang)
  • amiru zaman (takde sape nank hiburkan aku nanti)
  • henf0n
  • make-up (tanpa make-up aku buruk)
  • high heel...(make me like budak..)
  • internet.
  • kereta.
  • duit
  • makanan sebab nanti kene gastrik mengelupur aku.
  • minuman nanti tercekik..
  • bla..bla...n blah la woi..

"weh banyak la nak cakap, tak terpikir dah otak aku nie"

Nak dipendekkan cerita macam2 ler...

" ko pikirlah sendiri "...

penat menyelubungi

Minggu nie betul2 terasa kebuzian yang melanda.Sebab minggu nie kitorang terpaksa menyudahkan technical paper bersama report Projek Sarjana Muda (PSM),kerana ini adalah minggu yang terakhir untuk kitorang mengsubmitnya kepada penyelia dan panel2 yang dah ditetapkan.

"Sungguh penat"

Tapi merungut pun tidak ada gunanya kan, kerana memang kene buat pun. Alhamdulilah minggu ini semuanya berjalan dengan lancar sekali, walau adelah jugak sedikit sebanyak halangan dan dugaan,tapi berjaya ditempuhi. (cewwah! macam main jungle tracking pulak). Minggu ini sibuk...sibuk....sibuk...dan sibuk...(asyik tulis entry sibuk jer cik dNa ini kan, dah tahu sibuk tak payah la tulis entry)....

"eh..eh...suke ati haku la..."

Tidak sabar rasanya mahu mencutikan diri, memanjakan diri di atas tilam peribadi, bermanjakan mama dan abah di rumah, bestkan...Hmmm macam lambat saja lagi, ialah exam start 20/4 abih 6/5...lepas tu ade short sem la pulak..Bila la gamaknya mahu merasa semuanya, dilayan bak puteri.....(Nak dilayan macam puteri??? hmm...mimpilah).


"Rindulah.."


Rindu???...rindu dengan siape yer? Atau rindukan ape? Atau rindu bile? atau rindu bagaimana? haha...sebut giler sebanyak 5x baru aku beritahu gilerkan ape,bagaimana,siapa atau dimana. Jika sudah, anda bolehlah meneruskan bacaan anda ke perenggan dibawah.

cik dNa ini sebenarnya sedang rindukan:


  • Berehat dirumah sambil goyang kaki 12 jam di atas katil.
  • Belaian dari .....(haha belaian sape???) hee..belaian dari kedua orang tua ku....
  • Gelak ketawa, tendang terajang adik2 aku.
  • Nak berdua2an dengan si dia.
  • Nak menonton televisyen di rumah.
  • Nak balik kampung tanpa balik Parit Raja lagi.
  • Nak bersuka ria tanpa memikirkan assignment yang nak disiapkan.
  • Rindu nak rileks tanpa study ape2 dah.
  • Nak drive balik Penang dan tidak payah mengingati lagi jalan di Parit Raja.
  • dan banyak lagi....

Kata orang belajarlah sampai negeri cina..Belajar2lah...Belajar...dan Belajar...Ilmu itu penting. Kalau nak gaji beribu-riban,belajar dlu tinggi2 nanti tidak susah. Hmm...sampai bila nak belajar nie. Dah botak dah aku nie sebab belajar...

" Ah tipu..."

Tak apelah, bersusah dahulukan, semoga Allah senangkan aku pada masa hadapan. InsyaAllah....Semoga kita yang berjuang ini dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T pada masa hadapan kerana kesusahan kita sekarang. Jangan merungut tau.

Sudah agak lama tidak memonton televisyen, tah ape yang aku dah terlepas, mungkin sudah banyak...Rasanya berhenti disini dulu kerana semakin mengarut.

# siapkan PSM #

+chaww+