BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 15, 2009

Semalam


Assalamualaikum…bertemu kembali kita di alam maya ini. Semalam buzy sangat.Walaupun semalam 1 ari takde kelas tapi buzy menyudahkan PSM..(hehe bukan aku nak tunjukkan kerajinan aku tapi memang hakikatnye aku memang nak kene siapkan PSM tu even aku dilanda kemalasan yang amat tinggi). semalam aku dapat tau kelas ptg cancel melalui status arun; merangkap ketua tak bertauliah kelas kitorg..hhee..ape lagi melompat kegirangan la aku rase sebab semalam 1 hari aku cuti,tapi tak nampak macam orang tengah mencutikan diri beliau pun,(klu cikgu BM aku tgk sure die sue aku..). sekarang dah masuk bulan 3 makne kata lagi 1 month lebih kitorg akan menghadapi peperiksaan.huh!! cepatnya masa berlalu….
Dari pagi mengetuk keyboard sampai petang…call Dr ishak ( penyelia psm aku; die nak kata garang xde la garang sangat tp susah la nak describe die nie tengah marah ke ape..nanti ade mase aku snap gambo die tunjuk kat korang, korang tlg aku describekan die nie camne eh..hehe) *&^%$ -takde keje- ..*ok sambung blk..die suh aku jumpe die pukul 5.30 pm, aku pun pegi la jumpe tak sampai 10 mnt pun jumpe die cakap die ade meeting ( kalau aku tau esok jer aku jumpe, meng abihkan duit minyak aku jer ) hmm..balik umah dah dah dekat kul 6 pm, bantai makan nasi lemak ngn moreyum sambil tgk cerita “ASSALAMUALAIKUM cinta” then ape lagi tgu cite feberet aku la SPA Q. Tengah2 aku mentelan nasi lemak tue, ” jap nak amik sambal belacan”.. aku “??????” (dlm ati ble mase plak si moreyum nie tumbuk smbal belacan???) rupenye tadi die singgah umah Pak Dwi, bini Pak Dwi bagi sebotol sambal belacan katanya dia tak pandai makan sambal belacan. ( ohh..Pak Dwi tu penyelia PSM Moreyum, duduk berjiran dengan kitorang).


*1st time aku tengok sambal belacan dibotol kacakan. Rasenyer perghhh masin giler…

Malam ape lagi lepas menyucikan diri sume bkak lappy start mengetuk keyboard la..(dah rase macam secretary pencen dah aku nie).siapkan assignment effective comm jap pastu kuar makan ngn ”buah ati” la..hehe; dia ngadu sakit pinggan, mane tak sakitnya tiap2 ari dibantainya main badminton,konon nak buat sukan feberet la tue. (alamak entry mengundang parah!!) hehe..kitorang g makan mcd..uhh…makanan feberet aku tuh! (macihh b banje ayg makan semlm, nanti banje lagik eh..). balik dah kul brape + makan, + sembang, + gosip + bercinte hehe…dah kul bape so balik dah ngantuk tahap gaban, takleh nak buat ape dah..so bantai tido terus…

ahhh…..

saat paling indah…waktu tido..tapi saat paling genting nak bangun pagi esoknye plak…

arghhh…. !@#$%^&^& tensiooonnnn…

Hari ini dalam sejarah

by de way..saje nak cakap hari ini dalam sejarah..arini 2hb mac adik aku dapat masuk SEK MEN SAINS kat tepi pusat serenti ehhh….pusat serenti kat mane tah name tempatnye tu yang pasti agak-agak sengah jam jugak la dari umah aku, (umah aku kat Bukit MertajaM) mama ngan abah anta pagi tadi kul 9 pagi sekarang dah dekat pukul 11.34 mlm mama bape kali kol aku cakap airmate die dah bape kali nitik mengenangkan adik aku sorang tue camane agaknyer…name pun anak bongsu (yg last sekali dalam family..hehe mcm korang taktau bongsu tu last kan…saje je nak menguji bahse)…dah ler tak penah jauh dari mama, tak penah g mane2 tanpa mama la…tup2 nak kene duk jauh tanpa perhatian dari seorang ibu, mestilah bengkak jer hari si ibu mengenangkan anak yang selama ini dalam perhatiannya tetibe takde..padahal leh pg tgk tiap2 ari (memandang ibu aku tu h0usewife hehe…) dan yang paling leganya..nasib baik boleh balik tiap2 minggu…buatnye ade macam sesetengah sekolah asmara…eh mcm pelik jer…asrama la haaa…asrama penuh tue sebulan sekali baru boleh balik aku rase mama aku tu boleh daftar masuk ratu kebaye balik ler sebab berat badan dah ideal untuk kategori kebaya…waahhahaaa…sorry mama…(lap u huhu….) yang lebbay mengembirakan aku lagi minggu nie aku balik…yeeaaa!!!! penang aku cabar kau!!! oppss…terlebey sudah….macam heroin r0syam noor plak rasenyer…( opss…mampus aku klu ‘buah ati’ bace…jangan risau tiada siapa yang dapat mencurik hatiku ini even rosyam noor tue syg..wahaha )… aku tak sabar nak balik nak tengok gak keadaan sekolah tue, nak pesan itu dan ini smlm asyik pesan kat adik aku tu dalam hpon jer…”jangan lupe barang2 simpan”…dijawabnyer “hmmm…” “no tipon salin letak dalam beg duit”…die rileks jer macam aku plak yg nak masuk sek asrama…memandangkan takleh nak bawak hpon g sane…dibantainyer abah aku menukarkan duit syiling sebanyak rm50 untuk adik aku tue untuk die berkomunikasi bersama-sama keluarga dengan menggunakan public phone yang terdapat di bloknye. kata mama aku terdapat lebih kurang 114 batang pondok talipon yang terpacak kat sane yang dibolehkan untuk mereka melempiaskan rindu kepada keluarga…waaa..ayat aku macam nak buat sajak pulak…haha….itu ajelah crite arinie..okeylah dah lenguh dah jari jemari aku nie..sambung esok la eh..banyak keje nak buat lagi nie…

hehe…

selamat malam…nak siapkan PSM jap…banyaknyer keje!!!!!!!!

damn..

Thursday, October 9, 2008

s0 s0 aNd s0...

t0day i get kn0w fr0m m0reyum that mR AzMi waNt me t0 caLL hiM..he waNt t0 used this bl0g f0r his PreseNtati0N...hehe..(mcm tak layak jer).... anYway tHAnK t0 mR AZmi...c0z 0f him i kn0w h0w t0 impress pe0ple feeLiN with0ut teLLiN theM...hear we can argue or get s0meb0dy kn0w b0ut our feLLiN....k i g0t t0 g0...lagi 1 m0nth nak exam..rase macam tak cukup kaki dah nie nak melangkah....tuLunnnn....

SELAMAT HARI RAYA

t0 aLL ma freNd anD ma Lec..
seLamaT harie rayer...
h0pe that we had a great day...
take care 0f urself..

L0ng tiMe n) see

thiNk dat t0 L0ng n0t write iN this bL0g..
buZy...bUZy,...bUzy...

Sunday, April 27, 2008

usia yang bakal ditinggalkan memberi sebuah kenangan

lagi 2 paper nak abis final sem nie...fuhh...lahi 2 pun bleh meltkan otak aku yang tersedia beku.....susahnye...camne la aku bleh decide nak amik degree dlu..nak buat camne maybe ade hikmahnye sume nie...ape2 pun kuatkan la semangat nak abiskan nak bagi abah ngn mama segulung ijazah hasil titik peluh aku hempas pulas blaja perah otak dan hasil duit yang dorang dah taburkan sepanjang aku kat cni..insyaAllah..Moga2 Allah tunjuk jalan ke arah itu...Amin,....bestkan kalau blaja nie macam blaja mase skolah rendah ke skolah menengah ke....mase tu dunia bagai aku yang punye...blaja main2..main2 apetah lagi.....lagi gempak la..macam2 jadi kan...masa zaman tur..itu sume kenangan...time tu la blaja cinte,,time tu la tau lepak..time tu la tau nak buat benda2 haram..Nauzubillah....biar la kenangan tinggal kenangan, tapi yang tak boleh nak lupe tetap aku bawak aku semat baik kat dalam kotak hati....terima kasih diatas segala..terima kasih diatas yang telah diberikan...terima kasih kerana membahagiakan...terima aksih kerana mengajarnya..kerana dengan ilmu itu akan lebih memahami kehidupan...agar bahagia yang ditemui dalam diri masing2......mase tak penah nak berundur...malah makin bergenjak ke depan..tak penah walau sedetik ia nak kite toleh ke belakang..jadi belajar lah utk hadapi...walau kadang2 terbayang..walau kadang2 terasa ingin kembali tapi itu sume mustahil..itu sume tak mungkin pasti....yang depan adalah lebih afdal...lebih kepada yang realiti...sume yang terjadi adalah pengajar...yang tue mungkin dan dapat buat perangai tue....yang dah matang mungkin dapat berfikiran matang..dan yang pasti aku tetap hayati aku tetap hargainya.......

Friday, April 25, 2008

BLOGGER

Penangan blog
Oleh Ziauddin Sharuddinzia@nstp.com.my

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.
Blog media baru berpengaruhKIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.
Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.
Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun. Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar. Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan. Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku. Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya. “Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan. Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik. Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.