BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 2, 2009

im back h0me

Sudah agak lama jugaklah aku tidak mempunyai masa untuk menjenguk ke blog kepunyaanku sendiri ini. Buzy doh. ( bukan buzy membuat kuih raye tau ) tapi buzy dengan tugasan yang melambak2 atas meja belajarku. Kalau sesapa yang menjengah ke rumah pun pasti terkejut tengok aku. Begitulah nasib seorang pelajar seperti aku, dan aku pasti pelajar2 yang lain juga mengeluh seperti aku. HAHA. Sabar jer la, nak buat camne, dah pelajar namanya.

Selain daripada aku menyibukkan diri dalam kerja2 di Kolejku, aku juga telah mencuba nasib menyibukkan diri didalam kerja2 yang boleh mempopularkan diri. Wahaha...iaitu aku telah diterima sebagai salah seorang peserta dalam realiti TV. Maybelline Simply Fabulous. Saja haritu try cuba nasib. Alhamdulillah diterima. Perlu menghadirkan diri pada setiap Jumaat sehingga ahad selama 3 minggu berturut2 di Peninsular Residence, Damansara. Jadi terpaksalah saya mendrivekan diri seorang diri ke sana, ketika si buah hati masih mempunyai tugasan di Kolej. Tapi tidak apa pengorbanan itu kadang2 penting untuk sesuatu hal. HAHA i get it.


Betapa penatnya saya pada bulan lepas. kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan untuk menyudahkan program realiti tv nih. Saya mendapat pengalaman yang sangat banyak ketika dalam program ini. Banyak sangat, tentang kawan yang baru kenal, tentang mengharungi drama2 yang terpaksa kami lakukan untuk melariskan siaran, wahaaaha...tunggu drama kami, dengan pelbagai task setiap minggu yang terpaksa kami buat. Penat wooo.Sangat. Tapi semua ni pengalaman yang sangat berharga, bukan sahaja berharga tapi tak dapat saya nak ceritakan dengan lebih detail betapa kami menghargai satu sama lain. Macam2 dugaan. Dengar cerita, akan disiarkan secara online, so bolehlah u guys melayari www.8tv.com.my/simplyfabulous. Tapi saya tidak pasti bilakah ia bermula, untuk melihat picca2 saya sepanjang saya berkecimpung dalam kerja2 tidak bergaji ini pergilah ke Facebook saya, kerana saya sudah tidak ada idea untuk bercerita, saya masih banyak kerjaaaa.....tolong ade sape2 nak jadi PA saye tak? PA untuk menyiapkan kerja2 sekolah saya...kerana saya sudah bosan....waa....cepatlah habis belajar....


Ahh..sudah...merapu dah si diana nih...okeylah kawan2 ku sekalian, saya menulis pun sudah tidak ikut format, jadi saya sertakan di bawah sdikit gambar2 untuk tontonan orang ramai. Wheee...
















0 lewd c0mments: