BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 21, 2009

laporan susulan

Masuk hari ini sudah dekat 9 hari kak fiza dalam wad icu, masih belum sedar..tapi hari ahad hari tu aku pegi melawat, mama kak fiza khabarkan ade perkembangan, kadang2 kak fiza mengeluarkan air mata bile mama berbual dengan die, dan kadang2 kak fiza gerakkan tangan...



( nama sebenarnya norsyafiza azlina dan berumur 26 tahun, surat khabar nie suke cetak maklumat yang salah, macammane lah orang nak terima bulat2 cerita dari suratkhabar, kalau penulisannya tidak diteliti dahulu sebelum dbenarkan untuk dicetak...)

(Sumber: Berita Harian 21/4/09)

Keluarga kesal pengurusan bas tak ziarah pelajar SUNGAI BULOH:

Seorang lagi mangsa kemalangan bas ekspres dua tingkat di Kilometer 442.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, 13 April lalu, masih koma dan sedang bertarung nyawa berikutan pendarahan dalam kepala, putus satu jari selain berkemungkinan buta. Norsyafida Hazlina, 23, penuntut Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur Bahan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak kejadian itu. Lebih malang, keluarganya mendakwa tiada seorang pun wakil syarikat bas ekspres terbabit, menziarahi Norsyafida. Bapanya, Ghali Shafie, 53, berkata beliau reda dengan kejadian menimpa anaknya, tetapi kesal dengan sikap ditunjukkan pemilik syarikat bas berkenaan. "Kami terkilan selepas seminggu kemalangan, belum ada wakil dari syarikat bas ekspres itu yang datang melawat dan melihat keadaan anak kami," katanya ketika ditemui di HSB di sini, semalam.
Kemalangan ngeri 13 April itu menyebabkan enam orang termasuk pemandu utama bas ekspres berkenaan terbunuh, manakala tiga lagi termasuk Norsyafida dan pemandu gantian, Mohamad Fauzi Mohamad, 33, cedera. Mereka yang maut dikenal pasti pemandu bas, Zulkhibri Md Saad, 35; Md Zaher Mohamad, 33; Muhammad Ismail, 27; Mohamad Fauzi Awang, 57; Mohd Yusril Zakaria, 27, dan C Magenthiran, 26. Semua mangsa mati di tempat kejadian. Ghali berkata, setiap hari keluarganya berada di hospital mulai jam 12 tengah hari sehingga 7 petang sambil berdoa agar Norsyafida segera sedar. "Doktor memeriksa Norsyafida maklumkan keadaannya boleh kembali pulih cuma ambil masa. Tiga jari tangannya patah termasuk satu daripadanya hancur dan matanya masih bengkak. "Bagaimanapun, doktor belum dapat mengesahkan sama ada matanya rosak. Darah beku dalam kepalanya sudah dikeluarkan dan pihak hospital masih mengeluarkan cecair di dalam kepalanya menggunakan tiub khas," katanya. Ghali dari Jitra, Kedah, berkata beliau dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 3 petang hari kejadian. Katanya, pada awalnya anggota polis yang menghubungi isterinya meminta mereka datang ke HSB untuk melakukan proses pengecaman mayat mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

Ape yang diharapkan semoga kak fiza akan menunjukkan peningkatan dalam kesihatannya, dan same2lah kite doakan kesejahteraannya....Amin....

p/s: Tolong jangan ambil mudah dalam benda2 yang melibatkan orang lain.