BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, April 14, 2009

Kemalangan dilebuh raya Rawang




(Sumber: harian Metro 14/04/09)
SUNGAI BULOH: Allahyarham Muhammad Ismail, 27, yang terkorban dalam nahas bas ekspres terbabas di Kilometer 443 Lebuh raya Utara Selatan di Bukit Beruntung, dekat Rawang, awal pagi semalam, membeli cincin dan gelang di Jitra, Kedah, untuk perkahwinannya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.Dia membawa cincin dan gelang terbabit untuk ditunjukkan kepada tunangnya, Sharifah Fauziah Syed Arif, 26.Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Muhammad yang bekerja dengan ibu angkatnya di Kuala Lumpur terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan lima penumpang dan seorang pemandu bas ekspres itu.Kakak mangsa, Rabiatul Adawiyah Ismail, 34, berkata arwah pulang ke Kampung Lubuk Batu di Jitra, Sabtu lalu, bagi menguruskan perkahwinannya yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur.Dia berkata, arwah bersama ibu, Zubaidah Zain, 57, pergi membeli cincin dan gelang perkahwinan di Jitra, kelmarin.“Arwah membawa cincin dan gelang itu ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres, jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.Dia yang menetap di Pauh, Perlis, tidak sempat bertemu arwah dan hanya menghubunginya kelmarin sebelum adiknya pulang ke Kuala Lumpur.“Dia tidak bersembang banyak, cuma ada mengajak saya menemaninya menempah kek perkahwinannya nanti,” katanya.Bagi tunang Allahyarham, kemalangan mengerikan itu sangat menyedihkannya, apatah lagi mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh lebih sebulan.“Kami sepatutnya berkahwin 31 Mei depan, namun semuanya musnah awal pagi tadi (semalam),” kata Sharifah Fauziah yang lemah akibat terkejut dengan berita tragis terbabit.Menurut Sharifah Fauziah, arwah meminta menunggunya di Hentian Bas Puduraya kira-kira jam 6 pagi.“Selepas sejam menunggu, bas yang dinaikinya belum tiba. Panggilan telefon juga tidak dijawab lalu saya pulang ke rumah dan mengetahui ada kemalangan membabitkan bas ekspres dari utara melalui berita di televisyen.“Tidak lama kemudian saya menerima panggilan keluarga arwah memberitahu Muhammad seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan itu,” katanya yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, HSB, semalam Sharifah Fauziah, seorang eksekutif di sebuah syarikat insurans baru mengikat tali pertunangan dengan Muhamad, awal Januari lalu.Sementara itu, bagi G Sivaneswaran, 26, teman rapat kepada C Magentharan, 26, antara mangsa yang maut dalam kemalangan itu, berkata dia tidak menyangka sikap mangsa yang bersungguh-sungguh untuk menghadiri majlis pertunangannya di Sungai Petani, Kedah.“Dia beritahu tidak akan hadir pada majlis perkahwinan saya nanti dan hanya ingin menghadiri majlis pertunangan, seolah-olah sudah mengetahui ajalnya akan tiba,” katanya sebak.Menurutnya, ketika membeli tiket bas itu, mangsa inginkan tempat duduk di tingkat atas, namun diberitahu sudah habis.“Rupa-rupanya dia antara enam penumpang yang maut akibat duduk di tingkat bawah bas akibat terkena hentaman kuat daripada besi pembahagi jalan yang terpelosok dalam bas,” katanya yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.Dia yang pulang ke Kuala Lumpur sehari lebih awal menerima panggilan telefon daripada bapa mangsa yang meminta mencari anaknya di Perhentian Bas Klang kerana sehingga jam 8 pagi, Magentharan tidak sampai.Namun, pencarian itu berakhir apabila dia menonton siaran berita di televisyen mengenai kawan baiknya sejak 10 tahun lalu terbunuh dalam kemalangan itu.Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi membabitkan bas AB Ekspres itu, enam penumpang termasuk pemandu utama terkorban apabila bas terbabit terbabas apabila dikatakan cuba mengelak sebuah kereta berhenti secara mengejut.Bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Changlun ke Kuala Lumpur-Klang itu merempuh 16 besi penghadang lebuh raya dan 11 daripadanya menembusi bas yang turut terkena penumpang di tingkat bawah.Akibat rempuhan terbabit, bas itu terseret 20 meter ke bahu kiri lebuh raya sebelum terbalik.Sebelum itu, pemandu kedua, Fauzi Muhamad, 33, bertukar giliran dengan pemandu utama ketika berhenti rehat di Hentian Simpang Pulai.Kemalangan itu menyebabkan pemandu utama yang tidur di bahagian belakang maut dipercayai terkena besi penghadang.Lima penumpang di tingkat bawah turut maut akibat tersepit dan seorang daripadanya tercampak keluar. Selain Muhammad dan Magentharan, mereka yang terbunuh ialah Mohamad Fauzi Awang, 57, dari Kampung Siam, Alor Setar, Md Jaheer Mohamad, 33, Kodiang, Mohd Yusril Zakaria, 27, Kuala Muda, Kedah, dan pemandu bas utama, Zulkhibri Md Saad, 35, dari Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Fauzi cedera ringan di kaki kiri dan menerima beberapa jahitan manakala seorang wanita yang tidak diketahui identitinya berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh (HSB).


"Why i care bout this story???"

Sebab wanita yang tidak diketahui identitinya berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh (HSB) tu adalah kawan aku, kawan yang dulunya same2 berjuang dengan aku mase dekat Polimas Jitra dulu yang kami gelar dia sebagai kak fiza. Dugaan berat nak diterima sebagai kawan. Apetah lagi keluarga dan tunangnya nak menerima berita ini kan. Aku dikirim gambar oleh seorang kawan yang telah melawat Kak Fiza di Hospital, tapi aku tidak sampai hati nak bagi untuk tontonan kalian. Terlalu sadis. Terlalu aku rasa kesakitan bila menatap gambar, dikhabarkan oleh seorang kawanku, jari manis kak fiza putus,sudah disambung tapi tidak tahu lagi berfungsi atau tidak dan yang aku lihat melalui gambar kepalanya ditebuk tiub dan berlaku pendarahan yang teruk dikepala. MasyaAllah.........


Ape2 pun aku disini hanya berdoa mintak Allah S.W.T panjangkan usianya, aku mintak belas kasihan anda2 yang membaca tolong doakan kesejahteraan Kak Fiza...

Thnks......

Monday, April 13, 2009

shopping

Petang semalam keluar menistirehatkan diri dengan menghabiskan duit beli barang2 keperluan hidup di CARREFOUR ...Yea!!! dah dapat dah cadbury m0usse....SEDAP!




After that, gerak ke BP Mall, untuk menjamu selera. Nafsu makan seorang anak dara kadang2 melampaui batas. Ini mungkin diakibatkan oleh faktor2 sudah agak lama tidak menhayati makanan, mule2 jalan2 kat tempat jual baju2 thailand. Dah ternampak tomyam ngn kerabu mangga kat situ. Ape lagi moreyum pandang aku, aku pandang moreyum... Get set go!!! Melantakler sorang sepinggan kat situ...tapi tak sesedap tomyam thailand yang kat bawah BP Mall nie (takpe lah sekurang2nyer dah mencube).

Jalan tak berapa lama, nampak pintu SUSHI KING...ape lagi laju jer langkah kaki masuk ke dalam...(Makan lagi makan..makan dan makan...hua...hua...hua..)




Lepas makan terus balik coz nak tengok ABPBH ..NAK TENGOK CT!!





~ selagi nyawa dikandung badan selagi itu aku akan merindu~

Sunday, April 12, 2009

break and FAST


Name pun breakfast kan..so kene la advance FAST tu..so inilah brekfast aku hari ini. Kitorang try a.m riser and p.m riser dis mornink. Sedap! Name pun fastf00d mestilah semua FAST dan menggiurkan kan...

mengeDAtiNg


"syg nti kite g tgk FAST&FURIOUS 4 nak tak?"


woho..ade unsur2 ade org ajak dating disitu..(bukan orang lain, yg satu tu aje yg brani ajak aku dating)..HA HA HA (gelak nashrex)..ayat nie dilafazkan beberapa hari yang lepas, oleh kerana ketidakadamasaan kami,hanya dapat dikabulkannya semalam...


Semalam tengok filem F&F4 kat BIG cinema kat BP mall, agak selesa jugak lah tempat nyer, mungkin kerana baru lagi...Best! Best giler jalan cerita die, buat aku nak tgk..tgk..tgk...dan tgk ape yang akan jadi lepas tue...tapi ending agak menyakitkan hati jugak ler..Ape lagi ending bajet nak sambug F&F5 ler tue..


Suke buat crite tergantung, buat orang terpikir2..Ape2pun credit to the pengarah for the best movement and stunt2, kreta2 yg dorang buat..(sampai cik abang aku pun berangan diri die DOM iaitu watak utama dlm filem nie ) ahakz..ahakz...~hehe~


Keluar wayang dah dekat kul 11 lebih, ini bukan kire DINER tapi dah SUPER dah nie..Lepas makan balik dan tidur...Anyway thanks dear..Kerana menenangkan hati adinda yang seharian dirumah menyetelkan kerja2 yang tak pernah nak sudah...

+luv ya+





Friday, April 10, 2009

tagged dari telefon bimbit

Boleh pulak macam nie kan...ditagged di telef0n bimbit. Nyatakan sebanyak mungkin yang anda tidak boleh hidup tanpa:

"suke2 hati jer nak tanye.."

Dan jawapannya aku nyatakan di feberat web aku nih( bacelah weh)....


  • Allah (sebab Dia aku diberi nyawa untuk melakukan semua yg aku lakukan)
  • Adik-adik (sebab mereka adalah nyawa aku tanpa salah sorang dari mereka hidup aku tidak bermakna)
  • Mama dan Abah (sebab aku sangat bangat dorang)
  • amiru zaman (takde sape nank hiburkan aku nanti)
  • henf0n
  • make-up (tanpa make-up aku buruk)
  • high heel...(make me like budak..)
  • internet.
  • kereta.
  • duit
  • makanan sebab nanti kene gastrik mengelupur aku.
  • minuman nanti tercekik..
  • bla..bla...n blah la woi..

"weh banyak la nak cakap, tak terpikir dah otak aku nie"

Nak dipendekkan cerita macam2 ler...

" ko pikirlah sendiri "...

penat menyelubungi

Minggu nie betul2 terasa kebuzian yang melanda.Sebab minggu nie kitorang terpaksa menyudahkan technical paper bersama report Projek Sarjana Muda (PSM),kerana ini adalah minggu yang terakhir untuk kitorang mengsubmitnya kepada penyelia dan panel2 yang dah ditetapkan.

"Sungguh penat"

Tapi merungut pun tidak ada gunanya kan, kerana memang kene buat pun. Alhamdulilah minggu ini semuanya berjalan dengan lancar sekali, walau adelah jugak sedikit sebanyak halangan dan dugaan,tapi berjaya ditempuhi. (cewwah! macam main jungle tracking pulak). Minggu ini sibuk...sibuk....sibuk...dan sibuk...(asyik tulis entry sibuk jer cik dNa ini kan, dah tahu sibuk tak payah la tulis entry)....

"eh..eh...suke ati haku la..."

Tidak sabar rasanya mahu mencutikan diri, memanjakan diri di atas tilam peribadi, bermanjakan mama dan abah di rumah, bestkan...Hmmm macam lambat saja lagi, ialah exam start 20/4 abih 6/5...lepas tu ade short sem la pulak..Bila la gamaknya mahu merasa semuanya, dilayan bak puteri.....(Nak dilayan macam puteri??? hmm...mimpilah).


"Rindulah.."


Rindu???...rindu dengan siape yer? Atau rindukan ape? Atau rindu bile? atau rindu bagaimana? haha...sebut giler sebanyak 5x baru aku beritahu gilerkan ape,bagaimana,siapa atau dimana. Jika sudah, anda bolehlah meneruskan bacaan anda ke perenggan dibawah.

cik dNa ini sebenarnya sedang rindukan:


  • Berehat dirumah sambil goyang kaki 12 jam di atas katil.
  • Belaian dari .....(haha belaian sape???) hee..belaian dari kedua orang tua ku....
  • Gelak ketawa, tendang terajang adik2 aku.
  • Nak berdua2an dengan si dia.
  • Nak menonton televisyen di rumah.
  • Nak balik kampung tanpa balik Parit Raja lagi.
  • Nak bersuka ria tanpa memikirkan assignment yang nak disiapkan.
  • Rindu nak rileks tanpa study ape2 dah.
  • Nak drive balik Penang dan tidak payah mengingati lagi jalan di Parit Raja.
  • dan banyak lagi....

Kata orang belajarlah sampai negeri cina..Belajar2lah...Belajar...dan Belajar...Ilmu itu penting. Kalau nak gaji beribu-riban,belajar dlu tinggi2 nanti tidak susah. Hmm...sampai bila nak belajar nie. Dah botak dah aku nie sebab belajar...

" Ah tipu..."

Tak apelah, bersusah dahulukan, semoga Allah senangkan aku pada masa hadapan. InsyaAllah....Semoga kita yang berjuang ini dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T pada masa hadapan kerana kesusahan kita sekarang. Jangan merungut tau.

Sudah agak lama tidak memonton televisyen, tah ape yang aku dah terlepas, mungkin sudah banyak...Rasanya berhenti disini dulu kerana semakin mengarut.

# siapkan PSM #

+chaww+