

telling a story which is crossed her mind


create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 9:36 PM 5 lewd c0mments
Pada 10hb lalu,atas urusan kerja melangkahkan kaki ke Shah Alam bersama dia. Bertolak dari Batu Pahat pukul 5pg ( orang sume bantai tido lagi aku dah kene bangun mandi, aishh!! rugi2..)
dan ini muka penat selepas abih keje..(make up done by Khir Khalid)
Haa...inilah bentuknya SOGO pada hari itu...( teka mane satu aku.???) Ha..jangan nak memandai takdela....Sampai2 terus naik foodcourt, sebab dah lapar tahap gaban. Kesian dekat orang yang tunggu aku nih, sampai tertidur beliau.
Mane lagi..Taman Tasik Titiwangsa la..Ala tempat orang duk bercintan cintun tue...tapi kitorang datang bukan untuk berjoging atau sekadar bermadu kasih ja..kitorang nak bantai makan ini...
(Makan lagi) HEhe...bulan syawalkah sekarang??? Oh tidak. Jangan bimbang. Anda masih sempat untuk berpuasa ganti. Ketupat dan rendang ni kitorang beli kat SOGO tadi, taktau nak makan kat mane tu yang datang sini. HAHA. Orang sume bantai joging hilangkan lemak, kitorang membanyakkan lemak..
Dah dekat nak maghrib kitorang solat dan rehat sebentar kat masjid berdekatan. Tidur jap. Letih bangat.Sebab nanti nak drive terus balik Batu Pahat.Lepas isyak baru tolak tapi sebelum balik singgah uptown dulu dan balik....
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 4:06 PM 7 lewd c0mments
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 8:20 PM 0 lewd c0mments
Today 9hb Julai, bermakna sudah 3 hari membuzykan diri di sekolah, HAH?? sekolah?? bukan la di U. EHE...Buzy skit coz sedang mensettlekan pelbagai perkara and today lapang skit so bleh menekan2 lappy hupdate blog. HAHA.
Sume sihat??? HEHE...mesti sihat. Macam saya.Semester baru mesti sume baru. Eh!! sorry2..mesti azam baru. Lagi 1 sem nak horray. Tak sabar sangat, coz nak sgt duk umah goyang kaki sambil menonton bersama mama dikala semuanya tiada dirumah. HAHA. best2 indah sangat.
Actually banyak nak cerite, tapi taktau nak start coz kepala serabut pk PSM tak settle2 lagik. Nanti2 eh..kite update slow2.
Dalam hati berangan2 sangat dah lame sebnarnye. Teringin sangat nak bukak online butik tapi tengah menfinding mane nak carik supplier. Tunggu la nanti. Ade rezeki ade la kan. Oklah. Nak berehat sebentar bersama Kitkat. Daaa....
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 3:15 PM 0 lewd c0mments
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 7:23 PM 7 lewd c0mments
Karier??. Ohh Tidak..Sekadar suke-suki sahaja. Bermula dengan di paksa mengupload gambar oleh salah seorang adikku Boboy.

edit by: buah hati
Ini pun telah di tacap sedikit oleh si buah hati. Puas jugak la pujuk mintak permission sebab nak masuk contest nih. Nasib baik lepas. Thanks dear. Banyak jugak lah syarat-syarat yang dikenakan. Wah, dah macam nak masuk askar pulak. Eh pehal ko, dah libat askar nih! Ah sudah. Pastu start le keje-keje mengupload gambar di Website Lipice. ( http://www.lipice.com.my/). Nah. Dah selesai mengupload ingatkan dah sudah, dah kene mencipta slogan la pulak berkisarkan dengan Lipice nih.
Nampak tak?..nampak tak?..ehe...perah punye perah, guling punye guling, hantuk punye hantuk. Mati akal aku nak mencipta ayat-ayat palsu nih. Nah. Tercipta lah sebentuk ayat yang tatabahasanya agak tunggang langgang.Berbunyi begini.
Dengan Lipice Sheer Color membuatkan aku
tampil yakin walaupun dengan hanya satu calitan.
Wah wah wah. Sudah. Jangan rasa nak muntah pulak. Aku kat sini mati kutu tau nak fikir 13 ayat tuh. Argh malas nak betulkan. Malas nak fikir panjang, serah diri dengan menekan enter. Dah. Selesai, bermula dengan saat itu orang awam dah boleh mengundi. Undilah. Undilah. Promote dekat blog. Promote dekat Friendster. Promote dekat YM. Akhirnya bintang aku menjadi besar. Bergemerlapan. Kerja undi mengundi ini akan tutup pada 31hb mei 2009. So aku tawakal je la. Takde lah berharap sangat. Masuk pun sekadar suka-suka. Kata orang sekadar berbahasa-basi. Huh. Apetu?. Ehe. Tah...
Nak dijadikan cerita, pada 11hb Jun yang lalu, aku telah dihubungi. Oleh siapa? ..Hmmm oleh seorang perempuan berbangsa cina, katanya dari Karangkraf.
" hye Diana, im May Chew. want to tell u dat u are the 1 of finalist of the Lipice contestant"
Hah. canggitu la bunyinyer. Hah. Dah menang ke?. Sebab time die tipon tu pagi lagi, so tengah mamai lagi. Cakap punye cakap, blum lagi la. Apara. Esaited tak bertempat. Baru terpilih antara 2000 orang yang berdaftar. But yang tinggal just 12.Yang 12 nie dah dikira pemenang. Masing-masing dah ade hadiah, tapi belum tahu sape Grand Winner, or bla...bla...May chew si penghandle majlis bagitau, ade beberapa sesi photograhy yang perlu dihadiri. Semuanya area-area KL. Jauh giler.
Casting pertama di Shah Alam. Karangkraf Sdn Bhd. Macam-macam halangan jugak waktu tue. 19hb jun. Casting start pukul 10 am, test takleh tunda. So telefon pihak penganjur untuk menkhabarkan hal demikian. Dapat pelepasan casting dah bertukar ke pukul 2. Pagi tue aku terpaksa menjawab test 2 untuk Statik dan Dinamik dulu. Afta test dalam pukul 10 bertolak ke Shah Alam bersama dengan buah hati. Agak letih jugak, sebab malam dah berhempas pulak untuk test, pagi ingat boleh qadha tidur. Nak buat camne pengorbanan certain2 time tue perlu. Ahakz. Sampai sana around 1.30 pm. Kesian buah hati. Patner tak dibenarkan masuk. So terpaksalah die menunggu aku di lobby sahaja. Kesian giler. Lame giler die tunggu aku. Sorry cayang lame giler die kene tunggu. 2 jam mekap artis tu menconteng muke aku. Hasilnya muka aku jadi begini.
So start la casting dengan Lisa Surihani. Ammbasador kepada Lipice. 12 orang kesemua finalis pun ade. Tak sempat nak catch sorang-sorang gambar. Sorry eh. Buzy skit. Macam-macam gaya kene post. Letih. Patut la artis, model-model kurus giler. Nak amik shoot untuk satu majalah jer pun memakan masa sehari. Padahal nak buat sekeping jer pun. Pastu dari pagi sampai petang sarapan, lunch sume hanya dengan sekeping Domino's Pizza.Hah.
26hb Jun pula, perlu menghadirkan diri di Hotshoes kat Kelana Jaya. Berpusing kami mencari tempat. Payah giler. Akhirnya dengan berrujukkan peta yang dibekalkan telah menjumpainya. Apakah tempatnya itu?. Studio yang dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa cina Chris, seorang guru kucing jalan. HAH? WTF...(sile baca dalam whathefunny yer). Catwalk ler. Orangnyer tidaklah setinggi model, katik aje, bertubuh kurus giler, jalan ala2 model, bapak lembut...Nama pun guru catwalk kan pinggang mestilah lembut. Bak kata buah ati dan adik2 aku yg turut menemani aku kesitu guru ini mempunyai sepasang kaki ayam katik. HAHA. sorry Chris ( die bace mampus aku kene sue). Start catwalk dalam pukul 7.30 malam. Diajar untuk catwalk pada final di Times Square esoknya. Berakhir kira-kira pada pukul 9 malam. Terus bawak dorang makan, kesian adik2 aku, datang dari Penang belum menjamah hape2 lagi coz berkejar dari pudu ke Kelana Jaya. Makan di Restoran mamak yang berhampiran sebab dah malas nak cari kedai jauh2. Masing-masing dah letih gile.
Selesai menjamu selera, kitorang patah balik masuk KL untuk mencari tempat penginapan yang berhampiran dengan Times Square. Sebabnya esok pagi tepat pukul 7 pagi aku diperlukan berada di Times Square.
27hb Jun. 7 pagi. Times Square. Akan bermula sesi2 berdebar-debar. Dihantar oleh buah hati ke Times Square dan die terus pulang untuk mensambung tidur bersama adik2ku. Huh jeles giler, aku pagi2 kene terpacak kat Times Square nih. Dah la semalam pukul 4 baru tidur sebab bawak adik2 pusing Uptown. Takpe2. Pengorbanan. HAHA. Start dengan tengok pentas. Tempat nak catwalk, Chris datang dalam pukul 8 terus start latihan catwalk yang diajar semalam. Letih dowh. Sangat. sampai pukul 10 jugaklah pi mai pi mai ulang alik. Pizza lagi. Tak lame lagi tinggal tulang aku. Bekfast dan Lunch hanya dengan Pizza. Tepat pukul 10 kitorang dimake up oleh jurumekap handalan. Handal ke?. Tah ler..But not bad. Cantik. Tak setebal mase casting kat Karangkraf hari tuh. Lame jugak lah make up. Lenguh pale2. Habis make up mase untuk tukar baju dan rambut.


create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 1:31 PM 14 lewd c0mments