BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 12, 2009


Nantikan siri pendek yang akan ke udara bila-bila masa sahaja....

Thursday, July 9, 2009

Blurrr...

Today 9hb Julai, bermakna sudah 3 hari membuzykan diri di sekolah, HAH?? sekolah?? bukan la di U. EHE...Buzy skit coz sedang mensettlekan pelbagai perkara and today lapang skit so bleh menekan2 lappy hupdate blog. HAHA.

Sume sihat??? HEHE...mesti sihat. Macam saya.Semester baru mesti sume baru. Eh!! sorry2..mesti azam baru. Lagi 1 sem nak horray. Tak sabar sangat, coz nak sgt duk umah goyang kaki sambil menonton bersama mama dikala semuanya tiada dirumah. HAHA. best2 indah sangat.

Actually banyak nak cerite, tapi taktau nak start coz kepala serabut pk PSM tak settle2 lagik. Nanti2 eh..kite update slow2.

Dalam hati berangan2 sangat dah lame sebnarnye. Teringin sangat nak bukak online butik tapi tengah menfinding mane nak carik supplier. Tunggu la nanti. Ade rezeki ade la kan. Oklah. Nak berehat sebentar bersama Kitkat. Daaa....

Sunday, July 5, 2009

i'm back h0me

ESOK
6hb julai 2009
isnin
Akan bermula satu detik dimana pelajaran itu akan jadi bahan utama hidup si pelajar

Tuesday, June 23, 2009

KENAL.ITU.CINTA


sambungannya entry di bawah....
selamat membaca..

c o n t e s t " b i b i r m e n a w a n "

Karier??. Ohh Tidak..Sekadar suke-suki sahaja. Bermula dengan di paksa mengupload gambar oleh salah seorang adikku Boboy.

" Kak, masuk le kak, senang je, upload gamba jer lam tenet "
"hmmm...tgkla nanti"....membalas malas

" Masuk tau, amik gmba pgg lipice ala2 model je pun"

Dipaksa. Fikir-fikir balik, dah memang aku nie salah seorang pengguna produk Lipice nie, aku pun dengan malasnya cube masuk website die, just nak ushar-ushar baru. Check punye check. Tengok prize pun okey. 60% undi orang ramai dan 40% lagi undian dari judges. So bermain-main dalam hati, dan mintak permission dari buah hati, why not u just try?.

So berbekalkan kepada lipice dalam simpanan serta jurufoto terhandap..Eheh..jangan marah. Nak tengok jurufoto aku, Ha ini die..



Macam-macam gaya aku buat. Macam-macam jenis dinding yang berwarna aku try. Kata jurukamera tak bertauliah aku tuh, kite cari point biar gambar nampak hidup. HAHA. Parah nie, nak bagi aku hidup dalam gambar. Magik jangan jadi tragis sudah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berkeping-keping jugak lah kodak abih. AHA TIPU. eheh..takdelah gune kamera telefon bimbit je pun, pakai kodak ke? Huh tak logik. Ape? Nak tengok gambar yang dah diambil. Eeerkkk....takyah ler, nanti tak lalu nak makan. Ngeri. Betul. So setelah ditapis, yang ini menjadi pujaan hati pihak pentapis.

edit by: buah hati

Ini pun telah di tacap sedikit oleh si buah hati. Puas jugak la pujuk mintak permission sebab nak masuk contest nih. Nasib baik lepas. Thanks dear. Banyak jugak lah syarat-syarat yang dikenakan. Wah, dah macam nak masuk askar pulak. Eh pehal ko, dah libat askar nih! Ah sudah. Pastu start le keje-keje mengupload gambar di Website Lipice. ( http://www.lipice.com.my/). Nah. Dah selesai mengupload ingatkan dah sudah, dah kene mencipta slogan la pulak berkisarkan dengan Lipice nih.


Nampak tak?..nampak tak?..ehe...perah punye perah, guling punye guling, hantuk punye hantuk. Mati akal aku nak mencipta ayat-ayat palsu nih. Nah. Tercipta lah sebentuk ayat yang tatabahasanya agak tunggang langgang.Berbunyi begini.


Dengan Lipice Sheer Color membuatkan aku

tampil yakin walaupun dengan hanya satu calitan.

Wah wah wah. Sudah. Jangan rasa nak muntah pulak. Aku kat sini mati kutu tau nak fikir 13 ayat tuh. Argh malas nak betulkan. Malas nak fikir panjang, serah diri dengan menekan enter. Dah. Selesai, bermula dengan saat itu orang awam dah boleh mengundi. Undilah. Undilah. Promote dekat blog. Promote dekat Friendster. Promote dekat YM. Akhirnya bintang aku menjadi besar. Bergemerlapan. Kerja undi mengundi ini akan tutup pada 31hb mei 2009. So aku tawakal je la. Takde lah berharap sangat. Masuk pun sekadar suka-suka. Kata orang sekadar berbahasa-basi. Huh. Apetu?. Ehe. Tah...

Nak dijadikan cerita, pada 11hb Jun yang lalu, aku telah dihubungi. Oleh siapa? ..Hmmm oleh seorang perempuan berbangsa cina, katanya dari Karangkraf.

" hye Diana, im May Chew. want to tell u dat u are the 1 of finalist of the Lipice contestant"

Hah. canggitu la bunyinyer. Hah. Dah menang ke?. Sebab time die tipon tu pagi lagi, so tengah mamai lagi. Cakap punye cakap, blum lagi la. Apara. Esaited tak bertempat. Baru terpilih antara 2000 orang yang berdaftar. But yang tinggal just 12.Yang 12 nie dah dikira pemenang. Masing-masing dah ade hadiah, tapi belum tahu sape Grand Winner, or bla...bla...May chew si penghandle majlis bagitau, ade beberapa sesi photograhy yang perlu dihadiri. Semuanya area-area KL. Jauh giler.

Casting pertama di Shah Alam. Karangkraf Sdn Bhd. Macam-macam halangan jugak waktu tue. 19hb jun. Casting start pukul 10 am, test takleh tunda. So telefon pihak penganjur untuk menkhabarkan hal demikian. Dapat pelepasan casting dah bertukar ke pukul 2. Pagi tue aku terpaksa menjawab test 2 untuk Statik dan Dinamik dulu. Afta test dalam pukul 10 bertolak ke Shah Alam bersama dengan buah hati. Agak letih jugak, sebab malam dah berhempas pulak untuk test, pagi ingat boleh qadha tidur. Nak buat camne pengorbanan certain2 time tue perlu. Ahakz. Sampai sana around 1.30 pm. Kesian buah hati. Patner tak dibenarkan masuk. So terpaksalah die menunggu aku di lobby sahaja. Kesian giler. Lame giler die tunggu aku. Sorry cayang lame giler die kene tunggu. 2 jam mekap artis tu menconteng muke aku. Hasilnya muka aku jadi begini.

So start la casting dengan Lisa Surihani. Ammbasador kepada Lipice. 12 orang kesemua finalis pun ade. Tak sempat nak catch sorang-sorang gambar. Sorry eh. Buzy skit. Macam-macam gaya kene post. Letih. Patut la artis, model-model kurus giler. Nak amik shoot untuk satu majalah jer pun memakan masa sehari. Padahal nak buat sekeping jer pun. Pastu dari pagi sampai petang sarapan, lunch sume hanya dengan sekeping Domino's Pizza.Hah.

26hb Jun pula, perlu menghadirkan diri di Hotshoes kat Kelana Jaya. Berpusing kami mencari tempat. Payah giler. Akhirnya dengan berrujukkan peta yang dibekalkan telah menjumpainya. Apakah tempatnya itu?. Studio yang dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa cina Chris, seorang guru kucing jalan. HAH? WTF...(sile baca dalam whathefunny yer). Catwalk ler. Orangnyer tidaklah setinggi model, katik aje, bertubuh kurus giler, jalan ala2 model, bapak lembut...Nama pun guru catwalk kan pinggang mestilah lembut. Bak kata buah ati dan adik2 aku yg turut menemani aku kesitu guru ini mempunyai sepasang kaki ayam katik. HAHA. sorry Chris ( die bace mampus aku kene sue). Start catwalk dalam pukul 7.30 malam. Diajar untuk catwalk pada final di Times Square esoknya. Berakhir kira-kira pada pukul 9 malam. Terus bawak dorang makan, kesian adik2 aku, datang dari Penang belum menjamah hape2 lagi coz berkejar dari pudu ke Kelana Jaya. Makan di Restoran mamak yang berhampiran sebab dah malas nak cari kedai jauh2. Masing-masing dah letih gile.

Selesai menjamu selera, kitorang patah balik masuk KL untuk mencari tempat penginapan yang berhampiran dengan Times Square. Sebabnya esok pagi tepat pukul 7 pagi aku diperlukan berada di Times Square.

27hb Jun. 7 pagi. Times Square. Akan bermula sesi2 berdebar-debar. Dihantar oleh buah hati ke Times Square dan die terus pulang untuk mensambung tidur bersama adik2ku. Huh jeles giler, aku pagi2 kene terpacak kat Times Square nih. Dah la semalam pukul 4 baru tidur sebab bawak adik2 pusing Uptown. Takpe2. Pengorbanan. HAHA. Start dengan tengok pentas. Tempat nak catwalk, Chris datang dalam pukul 8 terus start latihan catwalk yang diajar semalam. Letih dowh. Sangat. sampai pukul 10 jugaklah pi mai pi mai ulang alik. Pizza lagi. Tak lame lagi tinggal tulang aku. Bekfast dan Lunch hanya dengan Pizza. Tepat pukul 10 kitorang dimake up oleh jurumekap handalan. Handal ke?. Tah ler..But not bad. Cantik. Tak setebal mase casting kat Karangkraf hari tuh. Lame jugak lah make up. Lenguh pale2. Habis make up mase untuk tukar baju dan rambut.


dah make up tapi baju belum tukar

tada......hasilnya....( nape aku mcm nmpk temuk eh..???!!!)

Orang ramai mula meramaikan majlis. Ramai giler sebab aritu hari sabtu dan jam menunjukkan pukul 2.30 ptg. Mesti ramai. Huh perut dah kejut muka dah semakin pucat nasib baik ditempek make up kalau tak sure macam tengkorak hidup sebab darah tak jalan. Pengacara Ann dan Ikhwan dari Hot fm jadi host. Para2 juri dah mule memenuhi meja2 yang disediakan. Dengan soalan2 yang bakal ditanya.

3.00 ptg bermulanya acara majlis. Catwalk seperti yang diajar dah dipersembahkan. Alhamdulillah berjalan lancar. Masa untuk soalan bagi sorang2. Kene kat aku yang bertanya adalah Belinda Chee iaitu host rancangan Quickie on 8tv. Soalan apakah utk aku???. Soalannya ....Sebutkan satu ciri perubahan pada diri anda dan mengapa?..Tudia. Berkecai otak nak memikirkan jawapan dengan dikerumuni orang ramai nih. Tapi berbekalkan pengetahuan dan pengalaman jawapanku berbunyi.....

thanks Ms Belinda for dat question...
Firstly thnks to Allah, i think i dun need any changing in my life, coz i feel comfortable being myself, juz to make sure that im alwaz confident juz put lipice on my lips and i can go anywhere i want....


Perghh....dasyat ayat tunggang habih...nak tegelak pun ade. tapi bantai je la. Ini antara gambar2 semasa ditempat kejadian. Diharap tidak jemu ya sebab tak sempat nak edit gambar. Pakai masuk je nih.





Kite selesaikan cepat yer...dan hasilnya... Alhamdulillah...


p/s: terpaksa mengupdate secara laju kerana sedang berada di kampung halaman jadi waktu terhad. Mintak maaf jikalau ada ketidakfahaman ayat. hope enjoy guys. Thnks for all my supportes in this contest. Luv u guys.

Wednesday, June 17, 2009

v o m i t

Pagi tadi jam 9 pg sepatutnya ade test 1 untuk Bahan Kejuruteraan Awam, dah lagi sengah jam nak kul 9 dapat 'sms' dari En Faja.

" Test kite start pukul 10 ya"


Dah.Sudah. Pukul 10 la pulak,so sempat la mentelaah seminit dua sambil menikmati sarapan pagi iaitu mee goreng. Sambil mentelaah sambil makan. Tepat jam menunjukkan pukul 9.40 am, aku gerak ke UTHM. Dengan berbekalkan ilmu yang telah ditelaah diharap dapat lah sebarang dua nak menjawab nanti.

Dah masuk bilik Encik Faja, dapat jer paper.....Ah...Sudah..Ape soalan nie??. Hmm..pasrah jugaklah tengok soalan, tah ape-ape. Jadi memuhasabahkan diri jawab aje lah. Bak kata orang bantai jer la kan.

Balik dari UTHM, terus balik umah, ingat nak ajaklah housemate aku makan lepas die jumpe penyelia PSM die, dengan tak semena-mena, aku rase kepala aku berat sangat, alamak! tak sedap perut. Tekak dari tadi memang rase loya.Perut takyah cakap ah..Sakit gile baban. Nape tah. Naik la bilik dengan tujuan nak rehat, mungkin migrain kut. Malas nak g klinik takde sape2 kat umah, malas nak susahkan sape2.Ingat kejap lagi okey kut .Tetiba rase yang dah tak boleh nak tahan, rasa nakkk MUNTAHHH.........Cepat-cepat turun ke dapur, Bbbrruuaaakkkk!!!!!! Hah amik ko! sekali kuar sume mee yg aku mkn pagi tadi. Alamak keracunan makanan kut. Apetah makcik tu letak dalam mee, tah2 mee semalam kut. Tapi roomate aku ok jer. Mungkin sebab aku dah lame tak makan mee kuning kut. Tah lar.

So, afta vomit naik bilik rehat, dan turun bawah ade parcel atas meja. Penah bace entry ini? Adik aku yang baru-baru nak berjinak mengarang dalam alam maya. Mummy pos this to me. Thnks mummy.

_credit to my bro coz die yg choose _


and they buy me also this.....

dis one mesti abah yang pilih nie, coz abah juara sangat dalam bab-bab perfume nie..actually aku dah ade dua estee lauder satu pleasure delight n satu lagi estee lauder be on paradise..n this is estee lauder jugak pleasure. ur welcome. Eheh......Neway, thnks to mummy ngn abah for the present, luv u too...


Rasa rindu pulak nak balik umah. Ah tetibe pulak. Eh betullaaa....Tapi disebabkan jadual disini terlalu ketat, membataskan aku untuk melakukan perkara baik itu.

Tengah-tengah duk melayari internet, terbukak pulak web page yang menayangkan gambar ini. Ah indah sungguh kalau dapat milikinya, tapi lambat sikit kut, baru jer pau abah henfon yang sedang dipakai nie, kang kene luku plak. Oh abah...Nak jugak!!!! xtually aritu pun my dear ade cakap best kan fon nie, tu yang saje search for this.Cute gile ah.


13hb jun lalu father days,tapi tak sempat nak post entry for dad sebab buzy test. So disini juz nak wish for him. Dah call dah aritu wish. Sorry my dearest abah tak sempat nak balik nak celebrate same2.

Abah

meskipun dirimu manusia biasa
tapi bagi kakak abah umpama malaikat
yang xpenah nak cakap penat bimbing kakak
yang tak penah nak cakap 'ah' pada kakak
abah, sorry kalau kakak pernah tak dengar kata
pernah buat abah macam tak paham kakak
pernah buat abah kecewa fikirkan perangai kakak
tapi abah tetap tabah hadapi kerenah anak2.
kakak selalu doa kebahagian kita
kakak selalu doa abah panjang umur
kakak selalu doa moga abah sihat sentiasa
kakak selalu mintak kat Allah biar ape2 pun kakak yang pergi dulu
kakak selalu taknak abah, mama atau adik2 yang sakit
kakak selalu mintak kat Allah biar kakak saje rase semua yang pahit
tapi bukan abah, mama apetah lagi adik2..
semua semua tu nyawa pada kakak...
kakak tak boleh hidup kalau hilang satu pun antara sume tue..
Happy fathers day abah..
kakak sayang abah ngn sume...
kakak sayang abah sangat-sangat
ampunkan kakak ya abah...
p/s: happy fathers day jugak untuk my dear even tak jadi dad lagi kan..tapi bakal kan..ehekss...

Monday, June 15, 2009


Dilamun Rindu - Thaqif Feat Sara & BarD (winstband) - More bloopers are a click away