BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 21, 2009

"rindu nyanyian kamu..."



Pernah tidak anda dilanda perasaan cinta yang membuak-buak. Atau rindu yang membara bak bara api? Wah? Persoalan apakah yang sedang bergelora ini?. Pasti pernahkan!. Jangan nafikan kerana ini semua pasti akan terjadi kepada semua manusia di dunia yang nyata ini. Jangan nak tipu, jangan nak geleng. Ekelehh!!! taknak ngaku konon. Pasti enakkan perasaan ketika itu. Syahdu jer rase, tambahan lagi ketika lagu-lagu cinta berkumandang.


" Kepadamu kucurahkan,kepadamu ku buktikan,
segala yang kujanjikan, dari dulu dan selamanya
biar musim pun berganti........."


Stop! sTOP! Enough diana...bingittt!!!! Okey...okey...aku stop lah nie...Haha..mesti tertanya-tanya kenapa miss diana kite nie beria-ria tentang semua ini waktu dan ketika ini. Haha..ini semua kerana aku dilamun cinta?!! Eh..memang lah...Bukan..Bukan..Sebab rindu dendam nie akan pecahhh!!!! YeYE! buah hati nak balik dah.


" Rindu nyanyian kamu.......!!!!!"


Tiap-tiap malam ada sahaja nyanyian yang kamu didendang kepada aku. Aku rindu itu. Ada sahaja gelak dan tawa dari kamu yang menghiburkan aku tatkala aku penat,sakit dan sebagainya. Tatkala aku tidak dapat lelapkan mata, pasti kau akan dodoikan aku hingga aku tertidur. Ah! indahnya...Eh..Eh...nak cerita semua ke? eh..takyah ler..nanti dorang baling kayu. Entry tah ape-ape.Sorry..excited sangat.


Hari ini dia akan pulang. YAhooooo!!!! Selepas ini aku dapat kehidupan kembali.Aik selama ini tak idup ke?. Hidup tapi separuh. Diana kuat iman. Beristigfar.Tidak sabar rasanya. Kesian pun ada,kalau berderingnyer telefon....pasti aku bertanyakan...


"makan ape pagi tadi sayang?"
...jawabnya..."nasi goreng tak sedap"
"makan ape tengahari sayang?"
"nasi putih dengan ayam masak apetah".....tingkasnya lagi
"nak balik.....tak best...nak balik...."
....pujukku..."sabar jap sayang tak lame pun seminggu jer"
...ada saja gomelannya...." tak best..dah ler line tipon takde, makan tak sedap,penat, panas dan ............."


Dan hari ini sayang, sudah tiba hari kau kembali sayang.(Jom keluar diana tengah merapu). hehe..


Korang nak tau...
Pasti anda juga pernah merasai apa itu rindu kan, walau jauh walau dekat pasti rindu itu wujud. Itu tandanya kita masih normal. Bestkan kalau hidup kita macam cerita-cerita yang terkandung dalam script yang dimainkan di kaca tv, semuanya indah-indah, semuanya hero-hero MR RIGHT la konon. Tambah-tambah kalau tengok cerita hindustan, pasti ada diantara kita yang ingin memegang watak heroin dalam filem tue kan. Wah..wah...mustahil,kerana itu hanyalah fantasi, kalau realiti takdenyer sume tue.......


Pasti jugak pelik kalau terjadi dalam dunia realiti nie kan. Cuba korang bayangkan keluar dating, tengah-tengah tunggu buah hati sampai, dibelakang kamu datang si kekasih membawa sejambak bunga dan menyanyi-nyanyi sambil berguling-guling. Kamu dengan pantas berpusing-pusingan dengan si kekasih, sambil diperhatikan oleh orang ramai. Mereka hanya tersenyum tersipu malu dan merelakan sahaja. Ah pergi mampos! Kalau korang buat dah sah ada yang menangkap kalian berdua dibawa ke wad gila, atau boleh sahaja ditahan oleh JAIP ke JAIS ke dan disaman.HAHA

Yang pasti di dunia yang nyata ini tidak salah kita wujudkan perasaan rindu itu, cuma pasti berlandaskan agama ( wah nak berceramah lah pulak). BEtullah! Rindu-rinduanlah bersama pacaran kamu tapi diharapkan kamu tidak mengajak pasangan kamu menari-nari ala hindustan di taman bunga atau di taman KLCC pasti kamu akan dipanjang hina lagi keji. HAHA.

Okeylah tengah menghitung jam menunggu kamar??? penghuni kamar hatiku lah...pulang.......
Lagi beberapa jam. Kita sambung kisah cinta kita di episod akan datang ya. Assalamualaikum...

p/s: rindu kamu...



4 lewd c0mments:

M.Firdaus said...

CINTA...
perkataan yang membuatkan semua orang suka. Cerita CINTA mana yang menarik?
Melayu Malaysia atau Melayu Indonesia? Yang mana satu nak ditonton.

~me~ said...

M.Firdaus~
tontonlah keduanya..
dan cuba rumuskan yang mana terbaik..
ehe..

nieja said...

jiwang karat la pulak
hahaha!

~me~ said...

nieja~
ehe..
sekali sekala realise diri dr tension pk buku,buku,buku jer...