BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 17, 2009

v o m i t

Pagi tadi jam 9 pg sepatutnya ade test 1 untuk Bahan Kejuruteraan Awam, dah lagi sengah jam nak kul 9 dapat 'sms' dari En Faja.

" Test kite start pukul 10 ya"


Dah.Sudah. Pukul 10 la pulak,so sempat la mentelaah seminit dua sambil menikmati sarapan pagi iaitu mee goreng. Sambil mentelaah sambil makan. Tepat jam menunjukkan pukul 9.40 am, aku gerak ke UTHM. Dengan berbekalkan ilmu yang telah ditelaah diharap dapat lah sebarang dua nak menjawab nanti.

Dah masuk bilik Encik Faja, dapat jer paper.....Ah...Sudah..Ape soalan nie??. Hmm..pasrah jugaklah tengok soalan, tah ape-ape. Jadi memuhasabahkan diri jawab aje lah. Bak kata orang bantai jer la kan.

Balik dari UTHM, terus balik umah, ingat nak ajaklah housemate aku makan lepas die jumpe penyelia PSM die, dengan tak semena-mena, aku rase kepala aku berat sangat, alamak! tak sedap perut. Tekak dari tadi memang rase loya.Perut takyah cakap ah..Sakit gile baban. Nape tah. Naik la bilik dengan tujuan nak rehat, mungkin migrain kut. Malas nak g klinik takde sape2 kat umah, malas nak susahkan sape2.Ingat kejap lagi okey kut .Tetiba rase yang dah tak boleh nak tahan, rasa nakkk MUNTAHHH.........Cepat-cepat turun ke dapur, Bbbrruuaaakkkk!!!!!! Hah amik ko! sekali kuar sume mee yg aku mkn pagi tadi. Alamak keracunan makanan kut. Apetah makcik tu letak dalam mee, tah2 mee semalam kut. Tapi roomate aku ok jer. Mungkin sebab aku dah lame tak makan mee kuning kut. Tah lar.

So, afta vomit naik bilik rehat, dan turun bawah ade parcel atas meja. Penah bace entry ini? Adik aku yang baru-baru nak berjinak mengarang dalam alam maya. Mummy pos this to me. Thnks mummy.

_credit to my bro coz die yg choose _


and they buy me also this.....

dis one mesti abah yang pilih nie, coz abah juara sangat dalam bab-bab perfume nie..actually aku dah ade dua estee lauder satu pleasure delight n satu lagi estee lauder be on paradise..n this is estee lauder jugak pleasure. ur welcome. Eheh......Neway, thnks to mummy ngn abah for the present, luv u too...


Rasa rindu pulak nak balik umah. Ah tetibe pulak. Eh betullaaa....Tapi disebabkan jadual disini terlalu ketat, membataskan aku untuk melakukan perkara baik itu.

Tengah-tengah duk melayari internet, terbukak pulak web page yang menayangkan gambar ini. Ah indah sungguh kalau dapat milikinya, tapi lambat sikit kut, baru jer pau abah henfon yang sedang dipakai nie, kang kene luku plak. Oh abah...Nak jugak!!!! xtually aritu pun my dear ade cakap best kan fon nie, tu yang saje search for this.Cute gile ah.


13hb jun lalu father days,tapi tak sempat nak post entry for dad sebab buzy test. So disini juz nak wish for him. Dah call dah aritu wish. Sorry my dearest abah tak sempat nak balik nak celebrate same2.

Abah

meskipun dirimu manusia biasa
tapi bagi kakak abah umpama malaikat
yang xpenah nak cakap penat bimbing kakak
yang tak penah nak cakap 'ah' pada kakak
abah, sorry kalau kakak pernah tak dengar kata
pernah buat abah macam tak paham kakak
pernah buat abah kecewa fikirkan perangai kakak
tapi abah tetap tabah hadapi kerenah anak2.
kakak selalu doa kebahagian kita
kakak selalu doa abah panjang umur
kakak selalu doa moga abah sihat sentiasa
kakak selalu mintak kat Allah biar ape2 pun kakak yang pergi dulu
kakak selalu taknak abah, mama atau adik2 yang sakit
kakak selalu mintak kat Allah biar kakak saje rase semua yang pahit
tapi bukan abah, mama apetah lagi adik2..
semua semua tu nyawa pada kakak...
kakak tak boleh hidup kalau hilang satu pun antara sume tue..
Happy fathers day abah..
kakak sayang abah ngn sume...
kakak sayang abah sangat-sangat
ampunkan kakak ya abah...
p/s: happy fathers day jugak untuk my dear even tak jadi dad lagi kan..tapi bakal kan..ehekss...

Monday, June 15, 2009


Dilamun Rindu - Thaqif Feat Sara & BarD (winstband) - More bloopers are a click away


Kemana Kau Menghilangkan Diri - Thaqif - The best home videos are here

b e n d a t a k s u d a h

Benda tak sudah-sudah, buzy ajer memanjang,
bile la gamaknya nak berehat panjang pulak
nak lari dari melakukan semua perkara.
Alahai,penat seh!
kelmarin-semalam-hari ini-esok
masih dengan kerja-kerja yang banyak
banyak sebanyak-banyaknya
tidak bolehkah aku seperti orang lain
yang sedang menikmati cuti nan indah
dan jauh dari semua ini
hah! letih....

Saturday, June 13, 2009

p e n a t



Penat. Terasa dengan kepenatan yang teramat sangat. Minggu nie macam-macam yang tengah diusahakan. Dimana banyak kerja yang perlu diselesaikan. Siapkan assignment. Test. Study. Macam-macam lagi. Khamis lalu dapat call dari Karangkraf ade 'test shoot' untuk Dara.com. jadi terpaksa mendrivekan diri ke Shah Alam. Pergi ditemani adik dan buah hati.Tapi malam tue sebelum ke Shah Alam sempat lagik shopping kat Sogo. Eheks...Penat. Esoknya lepas 'test shoot' terus balik ke Batu Pahat. Sebab ahad ade test untuk Bahan Kejuruteraan. Nak kene sudahkan assignment untuk Bahan Kejuruteraan lagik. Ayyooo....Letih siutt...



Minggu depan jugak akan jadi hari-hari yang meletihkan. Ape2 pun harap semuanya berjalan dengan lancar.

p/s: Dah nak start semester, PSM tak settle lagik....Adoii....

Thursday, June 11, 2009

r i n d u s a h a b a t


S a h a b a t a k u
Kami kawan sejak kami di sekolah Teknik Nibong Tebal
start dari situ kami berkawan baik sampai sekarang
start umur kitorang 15 tahun dan sekarang kitorang dah menjangkau tut....
eheh...dah hampir 10 tahun la kitorang bersahabat....
die kini dah berkerjaya dan dah bersuami dan lebih advancenyer dari aku dah ade baby dah pun...
Dulu susah senang kami tetap bersama
walau kami pernah berselisih faham, tapi Allah bukak pintu hati kami balik untuk bersama
mungkin mahu kami masih bersahabat....
aku faham status dah bersuami memberi die batasan untuk bersosial bersama kawannya ini
tapi aku kagum die tidak begitu..
kami masih berhubung dan tetap bercerita itu dan ini...
die tetap memberi pendapat dan kekuatan untuk aku
salah seorang sahabat yang faham perangai aku
yang tidak pernah mendesak aku dalam hal duniawi...
ahakz.....( tinggi dna puji ah eh...)
kenapa cerita pasal sahabat?
saje...
nape???
takleh???
anda pun pasti terkenang sahabat anda kan...
sentiasalah berhubung agar tidak putus ikatan itu...

Wednesday, June 10, 2009

m a l a m m a l a m a k u

Dating pada anda?
  1. Keluar menonton wayang bersama
  2. Melepak bersama pasangan di Starbuck sambil bercerita tentang2 cinta
  3. Bercerita tentang majlis perkahwinan yang tah berapa lame lagi nak ade
  4. 'Catch' gambar pasangan dan anda sambil diperhatikan orang sekeliling dengan orang berkata dalam hati nak kata foreigner kulit...hmmm...
  5. Gelak tak henti2 konon2 bahgie ...
  6. Pimpin tangan pasangan
  7. Masuk semua kedai yang ade di Mall
  8. Harap masa tak berlalu begitu pantas sebab nak 24jam dengan pasangan
  9. Pakai baju same kaler nak bagi orang tengok sehati ler konon ( but kitorang memang selalu tersame kaler baju, sumpah )
  10. Bercerita tak habis-habis...
  11. Tanye pasangan samada lapar atau tidak padahal ketika itu sendiri yang giler lapar
  12. Makan cover sebab pasangan di depan, Ah...aku meccekik jer..pasangan dah paham dah..
  13. Senyum sampai ke telinga sebab ade pasangan kat sebelah
  14. Buat2 garang bile ade orang tengok ke arah kite (hmmm...ade hati nak senyum kat pakwe aku sekeh kpale kang)
  15. etc
Hakikatnya semua ini wujud dalam dunia kita sebagai remaja. Yang pasti bataskan segala, dan tidak salah menikmatinya. HAHA