BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 19, 2010

enjin+dior



sebelum memulakan bicara meh tatap gambar dulu..hehe..



Selamat pagi semua, hari ni ade mood nak start update blog. Hari ni nak cerita sedikit alam pekerjaan yang tengah saya ceburi sekarang, yang memang banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Sangat mencabar okey, dan saya akui sendiri memang jauh menyimpang dengan kehendak naluri dan fizikal saya.
.
.
.
Saya seorang yang tidak tahan panas, sumpah! saya tak tahan...dan saya juga bukanlah segagah mane. Gagah bukan untuk mengangkat batu bata kat tapak tapi gagah nak digandingkan dengan kaum2 adam, nak berdiri seiring dengan mereka. Sumpah! saya tak mampu. Saya orangnya takdelah kecil dan tidaklah sebesar mane, tapi bagi orang yang mengenali saya, mereka akan kata saya nie lemah dan lembut. (perghh tak tahan, puji diri sendiri). Tapi betul, saya akui. HAHA.
.
.
.
Saya kini menjalani praktikal dalam bidang yang mencabar minda dan fizikal, iaitu engineer. Dimana sangat memerlukan daya tahan yang tinggi untuk kekal lama dalam bidang ini. Ya sangat turf. (eh betul ke eja nih?).


Ramai yang suke tanya saya kenapa kamu nak sangat jadi engineer?
.
.
.
so saya jawab okey, lepas nih jangan tanye lagi tau.
menjadi seorang enginneer memanglah bukan cita-cita favourite saya, malah tak pernah terlintas pun dihati ingin menjadi seorang engineer. Dulu masa kecik2 cikgu selalu tanye nak jadi ape kan? Nak tahu cita-cita masa kecil saya? Saya nak menjadi seorang pramugari. Tapi apakan daya, ketinggian saya membatasi impian saya. Sampai sekarang saya tanam cita-cita tue. HAHA.
.
.
.
Semasa saya menjangkau umur 17 tahun, saya dimasukkan ke sekolah teknik mengambil jurusan perkhidmatan bangunan. Tau2 jer la perkhidmatan bangunan, keje macam bangla. Betul!. Main simen, angkut bata. Mane penah dibuat dek orang, tapi kami? terpaksa. Jangan tanya saya camne boleh pilih course tu, sebab saya sendiri pun confius. Bermula dari situ saya tanam dan minat dengan kerja2 sedemikian dan akhirnya saya melanjutkan pengajian sehingga peringkat degree juga dalam bidang yang sama. Sehingga la pada saat kini, saya berkhidmat di bawah bidang yang sama.
.
.
.
Tapikan pada umur sekarang, berat hati saya ingin menjadi seorang usahawan. Bisnesswoman la konon, tapi betul, saya minat sangat berniaga, sebab tu saya tanam dalam diri, ape pun pekerjaan saya lepas ni, saya tetap ingin mempunyai perniagaan disampingnya.
Mungkin ini yang ditentukan Allah kepada saya. Ini mungkin yang perlu saya lalui. So saya lalui dengan hati yang terbuka.
.
.
.
Model?. Hmm...saya tidak layak untuknya. Bermulanya saya menjadi seorang model adalah kerana saya mencabar diri saya sendiri. Sampai ketahap ini saya berbangga dengan diri saya.
.
.
.
Dah fullstop.
Dah..dah lepas ni jangan tanya saya nak jadi ape yer...nanti saya cakap nak jadi penyanyi, pelakon, susah pulak korang..


7 lewd c0mments:

tun~teja said...

okeh okeh.. ni engineer gamuda yang cunh. terhangat di pasaran.

~diaNe~ said...

tun~teja~
haha thnks tun teja..
takde hot mane pun..
org lain tu lebih2..
hehe...

Tibet a.k.a Sycospeak said...

Pn. engineer la ni..good-good..kecik2 xmau minum susu 2 yg x tinggi..hehe

~diaNe~ said...

tibet~
haha...dah abih sume susu minum, nak buat camne...

apends said...

len kali mkn kacang panjang byk2 leh jd pramugari hik3...

~diaNe~ said...

apends~
tsk..tsk..kacang panjang!!

a little less conversation said...

engineer la best..memudahkan kehidupan orang awam..ngeh3