Saturday, September 5, 2009
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 8:46 PM 0 lewd c0mments
Wednesday, September 2, 2009
im back h0me
Sudah agak lama jugaklah aku tidak mempunyai masa untuk menjenguk ke blog kepunyaanku sendiri ini. Buzy doh. ( bukan buzy membuat kuih raye tau ) tapi buzy dengan tugasan yang melambak2 atas meja belajarku. Kalau sesapa yang menjengah ke rumah pun pasti terkejut tengok aku. Begitulah nasib seorang pelajar seperti aku, dan aku pasti pelajar2 yang lain juga mengeluh seperti aku. HAHA. Sabar jer la, nak buat camne, dah pelajar namanya.
Selain daripada aku menyibukkan diri dalam kerja2 di Kolejku, aku juga telah mencuba nasib menyibukkan diri didalam kerja2 yang boleh mempopularkan diri. Wahaha...iaitu aku telah diterima sebagai salah seorang peserta dalam realiti TV. Maybelline Simply Fabulous. Saja haritu try cuba nasib. Alhamdulillah diterima. Perlu menghadirkan diri pada setiap Jumaat sehingga ahad selama 3 minggu berturut2 di Peninsular Residence, Damansara. Jadi terpaksalah saya mendrivekan diri seorang diri ke sana, ketika si buah hati masih mempunyai tugasan di Kolej. Tapi tidak apa pengorbanan itu kadang2 penting untuk sesuatu hal. HAHA i get it.
Betapa penatnya saya pada bulan lepas. kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan untuk menyudahkan program realiti tv nih. Saya mendapat pengalaman yang sangat banyak ketika dalam program ini. Banyak sangat, tentang kawan yang baru kenal, tentang mengharungi drama2 yang terpaksa kami lakukan untuk melariskan siaran, wahaaaha...tunggu drama kami, dengan pelbagai task setiap minggu yang terpaksa kami buat. Penat wooo.Sangat. Tapi semua ni pengalaman yang sangat berharga, bukan sahaja berharga tapi tak dapat saya nak ceritakan dengan lebih detail betapa kami menghargai satu sama lain. Macam2 dugaan. Dengar cerita, akan disiarkan secara online, so bolehlah u guys melayari www.8tv.com.my/simplyfabulous. Tapi saya tidak pasti bilakah ia bermula, untuk melihat picca2 saya sepanjang saya berkecimpung dalam kerja2 tidak bergaji ini pergilah ke Facebook saya, kerana saya sudah tidak ada idea untuk bercerita, saya masih banyak kerjaaaa.....tolong ade sape2 nak jadi PA saye tak? PA untuk menyiapkan kerja2 sekolah saya...kerana saya sudah bosan....waa....cepatlah habis belajar....
Ahh..sudah...merapu dah si diana nih...okeylah kawan2 ku sekalian, saya menulis pun sudah tidak ikut format, jadi saya sertakan di bawah sdikit gambar2 untuk tontonan orang ramai. Wheee...

create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 8:18 PM 0 lewd c0mments
Wednesday, August 12, 2009
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 11:04 PM 8 lewd c0mments
Tuesday, August 4, 2009
m a y b e L L i n e
Bertarikh 31hb Julai yg lalu, di datangi oleh satu suara yang dimiliki oleh seorang perempuan cina menyampaikan berita yang agak nervous jugaklah untuk dihadapi. " Diana ur are the 1 of the contestant for the top 100.." Haa...ramainyer, top 100..ingatkan dah bleh g new york, HAHA...
sebelum make upBertolak dari Parit Raja pukul 7 pagi, drive sorang.Pastu singgah seremban untuk make up oleh Yana.
dis dyanatul yang make up kan me...n she also the one of the winner of the Lipice contest...
After dat terus ke bangi amik buah hati and terus ke Sri Pentas. Sampai Sri Pentas kesian takde sape pun dibenarkan masuk kecuali contestant, so tunggu la si buah hati diluar...




U guys know something?? last day i dapat call dari the same person tell me that im the finalist of the top 10..Alhamdulillah....
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 5:19 PM 14 lewd c0mments
Friday, July 31, 2009
a p e i t u
Assalamualaikum.
Pernahkah anda terfikir beratnya hidup? Pernahkah anda terfikir untuk meluahkan sesuatu tetapi tidak tahu dimana tempat yang paling sesuai. Pernah tak anda terfikir ingin melakukan apa saja tanpa batasan. (saya tidak maksudkan yang negatif ok).
Beratkan kalau nak difikirkan, berat sungguh hingga tak tertanggung. Mungkin sebab itulah wujud pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Kerana apakah ini? HAHA bukan kerana apa atau sesiapa, tetapi sekadar ingin meluahkan. Terfikir.
Manusia itu ada akal, oleh sebab itu pelbagai yang ada. MAnusia itu ingin merasa semua, sebab itu wujudnya masalah. Masalah keluarga, masalah kawan, masalah pasangan atau masalah dengan sesiapa sahaja.
Memang lumrah kita memerlukan kawan, tapi berapa orang sepatutnya, seorang? dua? 10000? or what. HAHA. Tidak ada had dalam berkawan. Sebab itu wujudnya juga pepatah "berkawan biar seribu berkasih"...HAHA full it urself...Kawan ni wujud dlm pelbagai kawan, ada kawan sebab die memang takde kawan, and pada mase itu cume ada anda, atau die memang memerlukan kawan.
Kawan adalah segala-galanya semasa kita berjauhan dari ibubapa. Mereka juga yang membawa kita kejalan yang benar, itu kalau yang dipilih itu adalah kawan yg boleh pakai. Kalau tak hhmm...hampeh, jadi hantu jugak. Aku juga mempunyai ramai kawan, terlalu ramai.
Kenapa perlu wujud perasaan cemburu dalam berkawan eh? Tak paham betul aku. Kenapa dalam syok-syok berkawan boleh wujud jugak perasaan keji tu eh. Tah....Aku tak kata sesiapa dan tidak juga ditujukan kepada sesiapa. Tapi melalui pengalaman dan juga pembacaan. Hah..saje nak tunjuk kata memang rajin membaca kan. Blah weh...blah....
BEtul lah..kalau anda tanye diri anda sendiri or difikir-fikir balik memang perkara ini adalah biasa, dan bukan lagi dianggap luar biasa. Kalau anda tengok cerita Nur KAsih episod malam ni pun ade benda2 ni sume. CEmburu. Kenapa kita tak boleh nak buang jauh2 benda yang boleh merosakkan hubungan yang suci ni. Kenapa kita tidak boleh berfikir sebaiknya sebelum kita merebakkan benda2 ni sume. Semua ni sebab iblis. Suke sangat tengok anak adam bermusuhan antara satu sama lain.
Tidak bolehkan kita melakukan sesuatu dengan aman, bak kata pepatah " ku sangka cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengahhari". uhh...whateva..Tapi semua ini adalah kemestian, sebab antara yang baik itu akan wujud atau terselitnya buruk. Kita yang harus berfikir, mane yang baik dan mane yang buruk.
Kita tidak aka pernah rasa cukupkan dalam sesuatu hal. Tidak akan rasa senang dengan apa yang ada, walau mempunyai segala masih mahu cari yang terbaik, masih mahu miliki yang terbaik, itu bagus, tapi tidakkah syukur dengan apa yang ada itu lebih afdal??... "Tepuk dada tanya selera". Ape yang penting..hargai apa yang ada depan mata anda....tolong...
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 10:37 PM 7 lewd c0mments
Wednesday, July 29, 2009
percutian itu sangat indah
Pada 25hb Julai yang lalu telah pergi menrehatkan diri bersama teman2 seperjuangan, destinasi yang dituju adalah Pantai Pasir Lanun, Mersing...Antara yang pergi adalah me n my honey, moreyum,pija,muaz, yani ( kaza's gul), paan,jie,adip,nash,lan n aja,munim,itik( adalah nama samaran), ina,yana,anis,zeema,ipin,kedo,y,shamsi,nuzli,kaza n arun. Gambar-gambar lakaran mereka ada disertakan dibawah. Selamat membosankan diri dengan gambar2 yang bersepah. Xtually ade dekat 500 keping picca tp nak letak sume takut korang muntah....HAHA. Jadi saya skipkan kepada beberapa bahagian sahaja.
Ini adalah time waktu bertolak, janji pukul 9 berkumpul dekat umah Honey, tapi jam 10 baru sume ade, start gerak dari Parit Raja n terus melalui jalan Kluang ke destinasi. Ade 7 biji kereta yang membawa tentera2 semua ke destinasi. Separuh perjalanan terpaksa berhenti sebentar sebab kereta yang dipandu munim ade problem, dorang cakap tayar kete die gelong, so tunggu dalam 10 minit then meneruskan perjalanan. Dalam jam 2 sampai ke town mersing, singgah makan. Lapar giler dowh, pagi sblm tolak makan roti sadin jer yg dibelikan oleh buah hati. Tak sempat nak catch gambar makan, lapar dah eh....Afta dat meneruskan perjalann.

Dah siap makan gerak balik. Sebelum balik nashreq bawak kitorang singgah kat gerai jual keropok2. Ade jual sata. Tak sempat nak beli sebab ramai sangat, malas nak tunggu, but ini experience kedua bagi aku la makan sata,sedap tau sata mersing. Nanti nak ajak buah hatai pegi mersing la semata2 nak beli sata je...HEHE Arghh ni yang tak best ni coz masing2 akan sibuk dengan aktiviti seharian balik. Tak bestnyer.....Actually memang fun la percutian nih.Thnks to semua yang beri kerja sama....Luv u guys...
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 12:30 PM 8 lewd c0mments
Sunday, July 26, 2009
create by l0veLy ~diaNe~ sh0w t!me 8:37 PM 4 lewd c0mments














