BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 10, 2009

penat menyelubungi

Minggu nie betul2 terasa kebuzian yang melanda.Sebab minggu nie kitorang terpaksa menyudahkan technical paper bersama report Projek Sarjana Muda (PSM),kerana ini adalah minggu yang terakhir untuk kitorang mengsubmitnya kepada penyelia dan panel2 yang dah ditetapkan.

"Sungguh penat"

Tapi merungut pun tidak ada gunanya kan, kerana memang kene buat pun. Alhamdulilah minggu ini semuanya berjalan dengan lancar sekali, walau adelah jugak sedikit sebanyak halangan dan dugaan,tapi berjaya ditempuhi. (cewwah! macam main jungle tracking pulak). Minggu ini sibuk...sibuk....sibuk...dan sibuk...(asyik tulis entry sibuk jer cik dNa ini kan, dah tahu sibuk tak payah la tulis entry)....

"eh..eh...suke ati haku la..."

Tidak sabar rasanya mahu mencutikan diri, memanjakan diri di atas tilam peribadi, bermanjakan mama dan abah di rumah, bestkan...Hmmm macam lambat saja lagi, ialah exam start 20/4 abih 6/5...lepas tu ade short sem la pulak..Bila la gamaknya mahu merasa semuanya, dilayan bak puteri.....(Nak dilayan macam puteri??? hmm...mimpilah).


"Rindulah.."


Rindu???...rindu dengan siape yer? Atau rindukan ape? Atau rindu bile? atau rindu bagaimana? haha...sebut giler sebanyak 5x baru aku beritahu gilerkan ape,bagaimana,siapa atau dimana. Jika sudah, anda bolehlah meneruskan bacaan anda ke perenggan dibawah.

cik dNa ini sebenarnya sedang rindukan:


  • Berehat dirumah sambil goyang kaki 12 jam di atas katil.
  • Belaian dari .....(haha belaian sape???) hee..belaian dari kedua orang tua ku....
  • Gelak ketawa, tendang terajang adik2 aku.
  • Nak berdua2an dengan si dia.
  • Nak menonton televisyen di rumah.
  • Nak balik kampung tanpa balik Parit Raja lagi.
  • Nak bersuka ria tanpa memikirkan assignment yang nak disiapkan.
  • Rindu nak rileks tanpa study ape2 dah.
  • Nak drive balik Penang dan tidak payah mengingati lagi jalan di Parit Raja.
  • dan banyak lagi....

Kata orang belajarlah sampai negeri cina..Belajar2lah...Belajar...dan Belajar...Ilmu itu penting. Kalau nak gaji beribu-riban,belajar dlu tinggi2 nanti tidak susah. Hmm...sampai bila nak belajar nie. Dah botak dah aku nie sebab belajar...

" Ah tipu..."

Tak apelah, bersusah dahulukan, semoga Allah senangkan aku pada masa hadapan. InsyaAllah....Semoga kita yang berjuang ini dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T pada masa hadapan kerana kesusahan kita sekarang. Jangan merungut tau.

Sudah agak lama tidak memonton televisyen, tah ape yang aku dah terlepas, mungkin sudah banyak...Rasanya berhenti disini dulu kerana semakin mengarut.

# siapkan PSM #

+chaww+




Saturday, April 4, 2009

rindu + berita2 lepas

Lamanya tak menghapdetkan diri...
buzynyer....sibuknya....dan etc. Betul,benar,tak tipu sangat sibuk pada minggu ini. Tidak dapat melakukan perbuatan lain selain aku menyudahkan kerja-kerja sekolah aku..opss!!! silap...aku menyiapkan kerja-kerja projek aku dan mentelaah ilmu untuk test 2 yang berturutan pada minggu lepas .....Memang memenatkan.Sampai tidak dapat aku gambarkan bagaimana kesibukan aku ini pada kalian..(wah2 mai mana pulak berkalian2 nie).Rindunyer..rindu...rindu serindu2nya....eh2!! nyanyi plak.."hei u..pitching lari lor"...hehe...rindu nak ketuk2 keyboard nie..Rindu sangat..Rindu nak baca blog kawan2. Rindu nak baca komen, especially dari nieja. (hehe...tersedak nieja, die g bandung nie...).

Actually banyak sangat benda yang jadi minggu nie, happy..marah...sedih...sume bercampur...Macam malas pulak nak cite...

Pagi rabu 1/4/09 hari tu kat Parit Raja jerebu, mase tu aku keluar g kelas...




Taktau la korang nampak ke tak. Eh nape tah nak cite pasal jerebu..Dah tak ade idea la tue..Aah..kepala masih letih,letih nak memikirkan kerja2 untuk minggu hadapan pulak...Tidak sabar nak bercuti...

Hmm...sebelum terlupe, TAHNIAH kepada Datuk Seri Najib Tun Razak diatas perlantikan beliau sebagai perdana menteri kita yang baru,diharapkan agar beliau dapat memajukan lagi negara, dan kepada Pak Lah, kitorang sume masih memberi sokongan dan terima kasih kerana mengamankan Malaysia disepanjang pemerintah beliau...
Okeylah....Masih mencari mood sebenarnya untuk betul2 stabil dan memblog diri dengan perasaan yang berbaur sangat suka..



Monday, March 30, 2009

FRUSTENEDpushingaroundME

Sunday, March 29, 2009

earth hour

semalam 28-3-09 earth hour...

Dalam TV,radio sume cite pasal earth hour..
tapi tak ramai yang amik port benda nie..
taktau la nape..nak kata takde tv nak tgk, takde radio nak dengar mustahil..

pukul 8.30 semalam kua makan kat chicken delite ( tmpt tu lg hehe...), kitorg kuar sebab nak menggelapkan umah kitorang, sokong suara kerajaan untuk bumi sendiri jugak, walau tak ramai yg membantu, sekurang2nya aku dah berbakti pada negara, yang lain kenapa tak buat pun aku tak paham, pdahal bukan lama pun 1 jam jer..

Masa kuar otw g tempat makan lalu parit raja, takde banyak pun kedai yang mnyokong earth hour, cume semalam terperasan pasaraya SAKAN tu jer yang buat. hmmm...agak kecewa...alasan diorang nanti takde keje nak buat..gelap lah...takut lah...bisnes tak jalanlah..btw ini sume atas diri masing2..sape yg buat credit to them..(thnks sebab sokong)..clap...clap...clap....9.30 mlm balik rumah, terus menyiapkan PSM yang akan disubmit isnin nie...(tak sempat nak amik gambar ape2...mase tu bateri fon kong....)

bumi semakin panas....

masa semakin pantas berlalu....

adakah masih ada waktu utk aku.....

hmmm..fikirkanlah.....

Saturday, March 28, 2009

keletihan

Dah beberapa hari menjauhkan diri dari memblogging..Semuanya adalah kerana jadual aku yang terlalu padat, sehingga tidak dapat mencuri even setengah jam di hadapan lappy nie.

Mane nak berperang dengan test2 lagi. Mane nak siapkan projek2 yang bertimbun (ceh..mengalahkan engineer yg diiktiraf plak), betulllah...Buzy sangat nih..Hujung2 sem nie la nak cover semua. Sekarang nie pulak giat dengan penggantian kelas pada waktu malam. lagilah buat aku sibuk same naik dengan Mesyuarat Agung yang sedang dijalankan...

Ni cerita lepas habis kelas ganti hari Rabu 25/3/09 malam...Lepas kelas terus g makan kat Chicken Delight.





Melantak apa yang patut, pekene eskrim kat situ..sedap!! Apetah name die, Lupe plak.tapi mewah la ala-ala banana split..Makanan kat sini pun boleh tahan murah dan sedap. Sape2 yang nak makan ayam tapi dah bosan makan ayam kat KFC bolehlah berkunjung ke Chicken Delight. Anda pasti tidak akan dikecewakan (ceewah promote kedai orang). Tengah2 duk tunggu makanan aku secara tidak sengaja telah men'catch' gambar moreyum (gambar yang kedua dari kiri diatas) berlatarbelakang wallpaper merah, dapat idea nak melawan gambar passport di blog nashrex yang sejak kebelakangan ini sangat malas untuk mengapdate blognyer..

gaya bergambar bersama model Remaja




setelah ditacap

Moreyum pesan lepas edit bagitau , die nak print gambar ini untuk men-renew lesen die yang bakal mati. Aku rasa bila JPJ tengok gambar nie sure aku kene temuramah di Rancangan Majalah 3 ataupun 999 kerana telah men-pandai2kan diri mengubah background yang sebenar yang diluluskan kerajaan yang sebelum ini berwarna biru kepada merah. Tapi cantik pulak tengokkan..(wah..wah..dah pandai angkat diri nmpk).



khamis.26/3/09

-tiada apa2 yang menarik pada hari ini.Seperti biasa hanya menjalani kehidupan seperti biasa-


jumaat.27/3/09

Pagi cuma ada satu kelas iaitu Lab traffic and highway. Diarahkan menjalankan satu Lab yang keseluruhannya terpaksa disearching sendiri,tapi seronok kerana ini adalah lab yang terakhir. Sedikit tidak sedap badan. Balik rumah dah dekat pukul 1 tghari. Merehatkan badan yang tidak sedap. Petang ni petir sangat dasyat bunyinya, seriau aku mendengarnya. ( dapat berita, kat hostel dalam UTHM bumbung hostel diorang ade yang tercabut, pastu menghempas beberapa bijik kereta yang bersusun diparkir, pecah cermin kereta). Bayangkan macammane hujan pada waktu itu,dengan kilat sabung-menyabung tak henti2...TAKUT!!!!...

Malam ada kelas ganti Alam Sekitar. Start pukul 8.30-10-00 mlm. Balik singgah KFC beli whipped potato. Balik makan dan tidur...Esok paginya banyak yang perlu di settle down..

chaww...





Wednesday, March 25, 2009

untuk si bakal

SUARA WANITA

Macam yang kita tau, memang wanita mempunyai suara yg lunak dan lembut.Itu satu anugerah yg diberikan oleh Allah Ta'alla kpd kaum Hawa.( jadi kite terime dengan hari terbuka dan bukan riak). Namun begitu kelunakkannya hanya di benakan untuk suami (bakal suami) dan ketika berbicara dengannya:-

1) Cakaplah dengan hubby dgn percakapan yg menyenangkan.
( camne eh..camnie eh.." abang,abang penat? Abg nak minum? )
wah..wah..ayat tak tahan..
2) Ushekan mencari percakapan yg sedap di dengar dan baik pula maknanya.
3) Usahakanlah memberikan sepenuh perhatian ketika hubbybercakap dengan anda.
4) Gune panggilan yg mesra dan di sukai oleh hubby apabila hendak berbicara.
(anda lebih arifkan)
5) Gune kata-kata yg menunjukkan kemanjaan apabila hal itu diperlukan dan sesuai.
( ha...derive sendiri..)

selamat mencube..


bercinta

Umur aku bakal menjangkau 25 tahun. Rasanya dah sedekad aku mengenal erti apa itu cinta, apa itu rasa rindu apa itu kata setia dan yang paling penting aku tahu siapa itu LELAKI. Macam2 jenis yang ade (macam jual ikan kat pasar, macam2 ada!! ) Kalau nak diceritakan kisah cinta mau berbuku tak habis2. Bukan riak tapi itu semua ketentuan Tuhan, Dia bagi aku lalui semuanya....

Bak kata pepatah tak lengkaplah hidup tanpa cinta (adeke pepatah camni mengarut la kau cik dena woi). Tapi hakikat memang akan ada seseorang lelaki disebalik seorang wanit..cewahh!!! . Betulkan? setuju tak semua wanita2 diluar sana??? hehe...Dalam hadis pun penah berkata..kita imbas sedikit.


Demikianlah wanita dijadikan Allah utk menghiasi bumi ini sebagaimana kupu-kupu dijadikan utk menghiasi bunga-bungan.Tanpa wanita dunia ini terasa sempit dan tidak indah utk didiami.Kaum lelaki pasti gelisah sebagaimana Nabi Adam A.S pernah dilanda gelisah.Meski pun hidupnya dipenuhi kenikmatan di syurga.Lalu baginda memohon kpd Allah agar dijadikannya seorang teman,agar boleh berbicara,bersenda gurau.Maka terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A.S ,barulah terisi jiwa Nabi Adam A.S .Ternyata wanita cukup perlu dlm kehidupan lelaki sebagaimana bunga amat perlu kpd sutingan kupu-kupu utk nerialisasikan proses pendebungan.Tampa permaisuri siapalah lelaki yg bergelar raja.Tanpa isteri siapalah lelaki yg digelar pemimpin dan tanpa perempuan siapalah yg akan digelar sebagai seorang ayah..? Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasullallah S.A.W tidak mendapat dorongan yg amat diperlukannya utk terus bangkit,memberikan semangat kekuatan dlm menyebarkan risalah Allah..NurIslam.Tanpa Aisyah barangkalai banyak hadis Rasullallah S.A.W tidak sampai kpd umat islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Azzahra' barangkali Saidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasullallah S.A.W yg amat di sayanginya.Tanpa Mashita barangkalai tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kpd keimanan meskipun maut berada dihadapan matanya.Tanpa wanita siapalah lelaki krn setiap lelaki dtgnya drpd perut yg digelar seorang wanita.



Dah bersyarah panjang plak, kenapa aku tetiba nak cakap pasal benda nie, tetibe aku terfikir, indahnye dunia Allah aturkan, syukur Alhamdulillah...semuanya yang pahit yang manis aku lalui dengan hati yang terbuka, Allah beri aku kekuatan untuk lalui semua..Alhamdulillah...Aku dikurniakan perjalanan hidup yang mampu aku lalui. Tanpa masalah yang membebani aku..

Balik ke perkara asal,

Sebenarnye, banyak yang tersurat dalam kepala, pernah tak anda terfikir, bagaimana kehidupan anda kelak? Adakah seperti yang anda rancang? Adakah anda akan berkahwin dengan jejaka pilihan anda (atau dipaksa kawin mcm zmn dlo2??Ohh!!! tidak !! mama abah jgn terlintas nak bt camtu kat ank daremu ini ye) Adakah Allah akan kurniakan permintaan anda, yang kononnya ingin jumlah anak bersama pasangan mu seperti yg telah dirancang? kembar? ohhh sweeettt.... (mengarut dah cik dena nie) Adakah anda akan bekerja,jadi bos, umur menjangkau 40 dah ade salon,ade butik, ade stesen minyak sendiri seperti yang anda rancang bersama pasangan ada? adakah anda akan sempat untuk melihat kecomelan bakal cucu2 anda??? ...hmmm..Kalau diikutkan macam2 kan yang berlegar difikiran anda tentang masa depan..Macam2..kadang2 boleh gila kalau terlebih fikir..Sebab tue aku penah baca satu cerita (lupa samada online atau buku) menyatakan diharamkan untuk kita manusia kejadian Allah membayangi segila2nya apa yang terdapat disyurga, bagaimana kejadian selepas kita dinilai di padang Masyhar......oohhh.....berat2..buleh gila...

Pernah semua diatas melingkari otak aku, sebab aku jenis orang yang suka membayangi sesuatu..(jangan lencong tau) Tapi apa yang pasti kuasa Allah itu Maha Agung, sukar untuk akal kita menjangkauinya. Oleh yang demikian, Biarlah Allah menentukan segalanya, aku sebagai hamba hanya berserah moga dapat aku lalui semua.



Balik ke point 1st.

Disini aku hanya ingin nyatakan, bila umur kita menjangkaui sempadan2 untuk berumah tangga, aku pun terasa.....NAK KAWIN>>>>>>>> (heh! nape gtl sgt nih) nak ade rumah sendiri, hidup ngan hubby, nak buat brekfast pagi2 utk hubby, nak basuh baju dlm 1 washer machine ade mix baju hubby dan aku, nak diner mlm2 ngn hubby pastu dengar pujian dr hubby " sedap ayg msk mlm nie" (lagha2), nak iron baju keje utk hubby,ade orang yg mengimamkan aku dan yang paling penting tiap2 hari nak tengok muke hubby bile bangun tido..haha...best2....insyaAllah semua itu tidak lama lagi...


Apa pun yang terjadi,atau bakal terjadi redhalah, dan ketahuilah Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. Doakan yang baik2 untuk aku dan kita semua..Nanti kawin aku jemput k..Haha..

Perasaan...