BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 16, 2009

ended of MAYBELLINE SIMPLY FABULOUS

Setelah agak lama jugaklah saya tidak memblogkan diri. Semua ini adalah kerana saya sangat sibuk. Sibuk dengan kerja yang saya cari sendiri dan juga sibuk dengan kerja-kerja kuliah saya. Minggu berganti minggu, hari berganti hari.... mungkin semua tahu saya adalah salah seorang dari contestant Maybelline Simply Fabulous. Program realiti pertama yang saya sertai agak mencabar jiwa dan raga saya jugaklah rasanya. sangat!!!

Dan akhirnya sudah berpenghujung. Rancangan yang memerlukan saya mengorbankan masa ini sudah habis pada rabu 14/10 yang lepas. kemenangan tidak berpihak pada saya tapi ianya dimenangi oleh nalin. But no big deal, kerana saya dinobatkan sebagai miss so gorgeous....itu sudah menyenangkan hati saya kerana tidak pulang dengan tangan kosong.

Sebelum ianya berakhir pelbagai rintangan dan dugaan juga yang perlu saya tempuhi, kami dikehendaki menjalankan task2 yang diberikan, segalanya adalah baru pada saya. tapi saya sangat gembira kerana berjaya mengharunginya. banyak jugaklah gosip2 yang dilemparkan pada saya, ialahkan susah kita nak puaskan hati semua pihak, mesti dalam ramai2 ada yang suka dan ada yang tidak. Tapi saya banyak belajar benda baru, semua akan saya simpan buat petunjuk di masa akan datang.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong saya dari mula sampai akhir, saya berbangga berada ditahap sekarang, sekurang-kurangnya, saya semakin dekat dengan apa yang saya nak lakukan. doakan semoga saya sentiasa sukses ya....insyaAllah....doakan saya...

kalau anda nak maklumat lanjut dan nak menonton webisodes2 dari show nie..layarilah 8tv.com.my/simplyfabulous...saya masih dalam keadaan tidak sihat dan sekarang masih lagi sibuk kerana saya akan menduduki peperiksaan akhir. terima kasih semua...lets the picca talks....for more picca catch it up at my facebook okies....





Tuesday, September 8, 2009

check it out

For more information juz go to www.8tv.com.my/simplyfabulous and check by ursef, enjoy it, n dunt forget to vote me if the voting time is coming k...luv u guys...

Saturday, September 5, 2009

Hari ini saya rasa amat sedih
kerana apa?
tah...
saya pun tidak pasti
saya ingin meluahkan kisah
tapi saya tidak tahu untuk menyusun kata
saya ingin sekali untuk berkata-kata bertemankan hati
tapi hati saya selalu berkata tidak untuk berkata
saya saya saya dan saya..
inilah saya...

Wednesday, September 2, 2009

im back h0me

Sudah agak lama jugaklah aku tidak mempunyai masa untuk menjenguk ke blog kepunyaanku sendiri ini. Buzy doh. ( bukan buzy membuat kuih raye tau ) tapi buzy dengan tugasan yang melambak2 atas meja belajarku. Kalau sesapa yang menjengah ke rumah pun pasti terkejut tengok aku. Begitulah nasib seorang pelajar seperti aku, dan aku pasti pelajar2 yang lain juga mengeluh seperti aku. HAHA. Sabar jer la, nak buat camne, dah pelajar namanya.

Selain daripada aku menyibukkan diri dalam kerja2 di Kolejku, aku juga telah mencuba nasib menyibukkan diri didalam kerja2 yang boleh mempopularkan diri. Wahaha...iaitu aku telah diterima sebagai salah seorang peserta dalam realiti TV. Maybelline Simply Fabulous. Saja haritu try cuba nasib. Alhamdulillah diterima. Perlu menghadirkan diri pada setiap Jumaat sehingga ahad selama 3 minggu berturut2 di Peninsular Residence, Damansara. Jadi terpaksalah saya mendrivekan diri seorang diri ke sana, ketika si buah hati masih mempunyai tugasan di Kolej. Tapi tidak apa pengorbanan itu kadang2 penting untuk sesuatu hal. HAHA i get it.


Betapa penatnya saya pada bulan lepas. kerana terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan untuk menyudahkan program realiti tv nih. Saya mendapat pengalaman yang sangat banyak ketika dalam program ini. Banyak sangat, tentang kawan yang baru kenal, tentang mengharungi drama2 yang terpaksa kami lakukan untuk melariskan siaran, wahaaaha...tunggu drama kami, dengan pelbagai task setiap minggu yang terpaksa kami buat. Penat wooo.Sangat. Tapi semua ni pengalaman yang sangat berharga, bukan sahaja berharga tapi tak dapat saya nak ceritakan dengan lebih detail betapa kami menghargai satu sama lain. Macam2 dugaan. Dengar cerita, akan disiarkan secara online, so bolehlah u guys melayari www.8tv.com.my/simplyfabulous. Tapi saya tidak pasti bilakah ia bermula, untuk melihat picca2 saya sepanjang saya berkecimpung dalam kerja2 tidak bergaji ini pergilah ke Facebook saya, kerana saya sudah tidak ada idea untuk bercerita, saya masih banyak kerjaaaa.....tolong ade sape2 nak jadi PA saye tak? PA untuk menyiapkan kerja2 sekolah saya...kerana saya sudah bosan....waa....cepatlah habis belajar....


Ahh..sudah...merapu dah si diana nih...okeylah kawan2 ku sekalian, saya menulis pun sudah tidak ikut format, jadi saya sertakan di bawah sdikit gambar2 untuk tontonan orang ramai. Wheee...
















Wednesday, August 12, 2009

BENARKAN SAYA UNTUK BEREHAT SEBENTAR DARI BERBLOGGiNG KERANA SAYA MEMPUNYAi MASALAH iAiTU SANGAT SiBUK

Tuesday, August 4, 2009

m a y b e L L i n e

Bertarikh 31hb Julai yg lalu, di datangi oleh satu suara yang dimiliki oleh seorang perempuan cina menyampaikan berita yang agak nervous jugaklah untuk dihadapi. " Diana ur are the 1 of the contestant for the top 100.." Haa...ramainyer, top 100..ingatkan dah bleh g new york, HAHA...



So hari sabtu lepas ke seri pentas untuk sesi interview yang pertama.....

sebelum make up

Bertolak dari Parit Raja pukul 7 pagi, drive sorang.Pastu singgah seremban untuk make up oleh Yana.

dis dyanatul yang make up kan me...n she also the one of the winner of the Lipice contest...


After dat terus ke bangi amik buah hati and terus ke Sri Pentas. Sampai Sri Pentas kesian takde sape pun dibenarkan masuk kecuali contestant, so tunggu la si buah hati diluar...


Dalam bilik kuarantin, Haa...bukan untuk H1N1 tau...



After interview, singgah one utama and mengisi perut buah hati yang ngadu pedih perut dah...n carik bag for him, tak sempat nak catch gambar bag baru him, nanti i curik2 catch k....




U guys know something?? last day i dapat call dari the same person tell me that im the finalist of the top 10..Alhamdulillah....

Friday, July 31, 2009

a p e i t u

Assalamualaikum.

Pernahkah anda terfikir beratnya hidup? Pernahkah anda terfikir untuk meluahkan sesuatu tetapi tidak tahu dimana tempat yang paling sesuai. Pernah tak anda terfikir ingin melakukan apa saja tanpa batasan. (saya tidak maksudkan yang negatif ok).

Beratkan kalau nak difikirkan, berat sungguh hingga tak tertanggung. Mungkin sebab itulah wujud pepatah "berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul". Kerana apakah ini? HAHA bukan kerana apa atau sesiapa, tetapi sekadar ingin meluahkan. Terfikir.

Manusia itu ada akal, oleh sebab itu pelbagai yang ada. MAnusia itu ingin merasa semua, sebab itu wujudnya masalah. Masalah keluarga, masalah kawan, masalah pasangan atau masalah dengan sesiapa sahaja.

Memang lumrah kita memerlukan kawan, tapi berapa orang sepatutnya, seorang? dua? 10000? or what. HAHA. Tidak ada had dalam berkawan. Sebab itu wujudnya juga pepatah "berkawan biar seribu berkasih"...HAHA full it urself...Kawan ni wujud dlm pelbagai kawan, ada kawan sebab die memang takde kawan, and pada mase itu cume ada anda, atau die memang memerlukan kawan.

Kawan adalah segala-galanya semasa kita berjauhan dari ibubapa. Mereka juga yang membawa kita kejalan yang benar, itu kalau yang dipilih itu adalah kawan yg boleh pakai. Kalau tak hhmm...hampeh, jadi hantu jugak. Aku juga mempunyai ramai kawan, terlalu ramai.

Kenapa perlu wujud perasaan cemburu dalam berkawan eh? Tak paham betul aku. Kenapa dalam syok-syok berkawan boleh wujud jugak perasaan keji tu eh. Tah....Aku tak kata sesiapa dan tidak juga ditujukan kepada sesiapa. Tapi melalui pengalaman dan juga pembacaan. Hah..saje nak tunjuk kata memang rajin membaca kan. Blah weh...blah....

BEtul lah..kalau anda tanye diri anda sendiri or difikir-fikir balik memang perkara ini adalah biasa, dan bukan lagi dianggap luar biasa. Kalau anda tengok cerita Nur KAsih episod malam ni pun ade benda2 ni sume. CEmburu. Kenapa kita tak boleh nak buang jauh2 benda yang boleh merosakkan hubungan yang suci ni. Kenapa kita tidak boleh berfikir sebaiknya sebelum kita merebakkan benda2 ni sume. Semua ni sebab iblis. Suke sangat tengok anak adam bermusuhan antara satu sama lain.

Tidak bolehkan kita melakukan sesuatu dengan aman, bak kata pepatah " ku sangka cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengahhari". uhh...whateva..Tapi semua ini adalah kemestian, sebab antara yang baik itu akan wujud atau terselitnya buruk. Kita yang harus berfikir, mane yang baik dan mane yang buruk.

Kita tidak aka pernah rasa cukupkan dalam sesuatu hal. Tidak akan rasa senang dengan apa yang ada, walau mempunyai segala masih mahu cari yang terbaik, masih mahu miliki yang terbaik, itu bagus, tapi tidakkah syukur dengan apa yang ada itu lebih afdal??... "Tepuk dada tanya selera". Ape yang penting..hargai apa yang ada depan mata anda....tolong...