BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 2, 2009

~not feeling well~

-- e d i t e d --


Masalah kesihatan. Memang tidak dapat dinafikan ini adalah masalah besar yang akan ditanggung kepada sesetengah manusia dimuka bumi. Akan adanya masalah kesihatan. Wah...Wah..Wah...Panjang lebar pulak. xtually nak cakap dah lame sangat menyepi dalam bidang kerjaya tak bergaji nie adalah kerana mengalami masalah kesihatan ( aparaa...itu pun nak ayat pnjg) Demam. Demam teruk wa cakap lu..Dah ler dalam masa nak test, surelah sumpah test 1 statik dan dinamik nie teruk gile. Tak boleh nak study. Sumpah tak larat. Tapi aku redha ujian dari Allah. Nak buat camne. Tapi hari nie 10hb dah pulih sepenuhnyer. Nasib baik demam biase. Bukan demam Enfluenza A B or C. Ahakz...mintak simpang.Dua tiga kali jugaklah ulang alik amik ubat.




Ini mungkin disebabkan kerana seminggu sebelum aku mengalami demam yang teruk, aku berada di rumah, iaitu Penang.....HAHA dalam duk ade kelas sempat lagi balik. Balik sebab my dearest Daddy tak berapa sihat, jadi balik untuk mentengok beliau. Dalam 2 hari jugaklah beliau kat Adventis Penang. Sebab jantung. But sekarang semuanya ok, hope takde ape2...aku selalu doa sumenyer berada dalam keadaan baik.

Naluri seorang anak apabila mengetahui mommy atau daddy nyer berada dalam situasi yang tidak stabil mesti pelbagai yang berada difikirankan. Begitu jugak dengan aku. Aku jugak manusia biasa, yang mempunyai perasaan untuk memikirkan itu. Kadang2 jauh betul jangkauan akal dan fikiran. tapi semuanya aku serah pada yang Maha Kuasa. Dia yang menentukan segalanya. Aku sebagai anak hanya mampu berdoa. Opss..sorry ter emo skit



Oh. Suka disini nak aku khabarkan, pada 2hb jun yang lalu, aku dan rakan2 telah membuat plan nak celebrate bertday my BF ehe...Aku dan adik telah membeli 2 jenis Pizza Hut, Kek hari Jadi dan etc. Tidak sempat nak begitu grand sebab pada masa nie kesihatan dah terkacau bilau skit, time nie pun dah flu giler. Jam 12 malam, ceritera bermula. Kami menjalankan tanggungjawab masing2. Mensusun hidangan makanan di tepi bilik Paan dan JieJie, credit t0 JieJie kerana telah menrajinkan diri mensapu diluar dan membentangkan tikar. Dengan bantuan dari Lan, yang telah mentipu si bertday boy, dengan mensuruh bertday boy menolongnya kerana konon2nya kunci kereta si Lan ni tertinggal dalam keta, nak suh korekkan la konon. Kami yang diluar nie yang berdebar2 menunggu mangsa.

Dan akhirnya....SURPRISEEE!!!!!!!!!! Ha amik ko. Terkejut beruk la si mangsa..Eheh...Happy bertday sayang.....Semoga panjang umo murah rezki. Macam2 yang jadi malam tue, penuh muka kitorang dengan kek, dah jadi macam mask pulak.

Disini aku sertakan sesiapa yang terlibat.Terima kasih di atas bantuan kalian yer. Sorry curik gambar dalam frensta masing-masing.


Azlan (si penipu keretanya terkunci dengan kunci di dalam)

Paan 4 dari kiri ( dia kononnya tengah berbual di telepon sementara menunggu ketibaan aku membawa hidangan)

Jiejie ( orang yang telah mensapu serta membentang tikar dan tukang skodeng mangsa)

Ezax ( adikku selaku driver aku pegi beli makanan untuk hidangan )

Alhamdulilah walaupun dalam beberapa hari yang lepas banyak yang telah berlaku, namun aku dapat atasinya. Akhir kata aku dapat berblogging semula. Rindu itu.

Monday, May 25, 2009

:: c u z z y' s s o n ::

WELCOME TO AHMED FAKLISH ASHFEE



Ini anak kepada kak Azza dan Abg Firdaus. My cuzzy.
Congratulations!!!
from: Auntie dNa

:: s a b a r d a l a m 1 h a r i ::

Memang dalam hidup mesti sabar. Orang cakap sabar itu separuh dari iman, tidak sabar maka tidak lengkaplah iman. Jadi untuk menjadi muslim atau muslimah yang dituntut islam maka perlulah bersabar dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan. Kenapa perkara ini yang diperkatakan? semua ini berpunca dari dia. Dia yang buat aku tidak sabar.Ini kisah sabar yang wujud dalam diri aku untuk satu hari nie.


  1. Nak menghabiskan habis belajar.HAHA. Memang..memang tak sabar nak habis belajar, dah separuh botak dah sebab duk mentelaah buku jer 24 jam. Penat lah.Cepat la...Cepat la...bulan 6 tahun 2010. Lamenye lagi.
  2. Nak balik Bandar Perda. Nak balik jenguk mummy, abah dengan adik2. Rindunyer kat diorang. Eleh..tau sebenarnyer eager sangat nak balik tidur di atas katil sendiri dalam suasana bilik sendiri. Arghhh....Nak balik..
  3. Nak shopping.Ini memang pelik. Aku tak pernah rasa sabar bile berkenaan dengan shopping nie. Selalu tak sabar kalau dengan shopping. Sekarang pulak tengah giler online shopping lagi buat aku tak sabar tiap-tiap balik kelas nak browse carik baju cari pape jer lah kat online shopping.
  4. Tunggu pukul 5.30 PM dan 6.30PM. Sebab nak tengok cite Aqso dan Madina. Lepastu habis cite Aqso dan Madina nak tengok Matahari pulak.
  5. Tunggu housemate balik. Tunggu moreyum balik lamenye cuti. Dah-dah ler tu moi baliklah. Tapi jangan lupe balik nanti bawak balik laksa sarawak ke ape2 yang patut. Jangan ngegade nak balik dengan tangan kosong. Pindah kang!
  6. Tak sabar tunggu nieja update blog. Nieja update ler blog. Cepat la...cepat la...
  7. Tunggu mama kol.Mama kol akan tanye buat apa, ok ke study dan ayat yang tak sabar nak dengar, cepatlah abis belajar mama tak sabar nak pi tempah bunge telur nie.AHAKZ
  8. Tak sabar nak tidur. Sebab apa? HAHA sebab esok boleh bangun awal dan jumpa balik buah hati.
  9. Tunggu buah ati kol. HAHA ini wajib, even baru lepas 5 minit berbual dah tak sabar nak tunggu panggilan seterusnye dari si die...(Arghh...ngegade..eehhh...suke ati aku la..). TAk sabar nak tunggu die tanye,

"Hye sayang...Buat ape nie syg?.."

Hehe..entry gatal. Sekarang tengah sibuk, sibuk dengan kelas-kelas yang terpaksa dihadiri. Ha? terpaksa ker?. Eh taklah..dengan rela hati la.( Dengar dek lecturer kecik ati). Banyak sangat tutorial,projek yang terpaksa dibuat secara rushing, coz kelas short sem nie tak lame pun dekat 1 bulan setengah jer. Jadi nak kejar bagi habis semua tajuk terpaksa la rushing kan. Its ok. You can do it. Slow2.

Namanya student memang macam nie kan rentak hidup. Ada tension ada compression. Jadi perlu dilalui dengan tenang. Mane nak dihadap kerenah subjek yang nak kene ingat, kerenah lec2, kerenah kawan-kawan lagi. Alahai...Macamnie lah selagi kita berada diperingkat nie, kuatkanlah semangat. Selalu jugak kawan2 yang dah keje nasihat. Dorang cakap bile dah start keje lagi pressure die besar. Iye ke? Mungkin kut. Syukur lah setakat nie semuanya dapat diatasi dengan bantuan Allah. Semoga Allah lancarkan perjalanan hidup. Aminn...

Friday, May 22, 2009

:: buah hati ::

Hari ini mood tidak berada dalam keadaan baik. Mengalami hari yang paling menyeksaan. Diserang penyakit yang tidak akan pernah lari dari hidup aku sebagai seorang wanita. Walaubagaimanapun, nampak saje muka buah hati sakit hilang. Hehe...Boleh pulak macam tu yer. Jimat duit mummy dengan abah. Kakak sakit jer panggil buah hati datang ubat tanpa perlu berjumpa dengan doktor-doktor pakar diluar sana. Kesian mereka kalau ada 10 orang macam aku ni mesti tak ramai lepas ni yang taknak amik jurusan kedoktoran. Takut rugi patient takde.


Hari ni aku ade kelas Statik dan Dinamik, belajar dengan buah hati yang baru pulang dari Mersing mestilah berkobar-kobarkan. Tapi rasa sedikit terganggu dek kerana kesakitan yang melanda. Namun aku gagahkan jugak demi buah hati tercinta. Cewah...Boleh jalan...HAHA (jeles..)



".....sayang...nak abang bawak gi klnk??.."
..."takpe la abg..ayg mkn ubat n nak tido jer..."


*OPSS!!! IKLAN*


Habis kelas kami berdua lunch bersama. Ini lunch 1st kitorang setelah seminggu berjauhan. Fuhh...Amatler seksa rasanya. Tapi selepas makan aku dapat hadiah istimewa. Hadiah bajet nak pujuk ler tue. Dah tinggalkan orang lame-lame..



*jangan jeles...dapat waffer ice cream....*

Nasib baik tak demand kan. Kang mintak Caldina ke,mintak banglo 14 tingkat ke, atau mintak tukar handphone 'blackberry' ke. Eh best jugakkan kalau camtu. Kalau lah aku macam tu sure die bawak aku kemana jer die melangkah takut buah hati demand pulak karang. HAHA. Tak ade la, tak sanggup pun nak buat.

Malam semalam dalam pukul 7.30PM, tak keluar lama pun. Keluar pun sekadar teman adik makan, dak takde sape nak bawak kesian pulak biarkan die makan sorang-sorang,dah ler jadi pak guard yang betul2 bertoleransi untuk aku. Aku bangun untuk ke kelas die baru masuk tido. HAHA ..bagus2..Dalam kepayahan kugagahi jugak keluar menemaninya.Sebelum pulang singgah klinik sebab dah tak tertahan dah diri nak menanggung kesengsaraan. Doktor pesan....

".....you sudah ada kemajuan...."

blurr..."why doc??"...

"Yea loh sudah 2 month you tidak datang sini for injection kan...."

"....AaaaAhh....saya cuba thn and juz take da medicine you gived...tapi ini hari saya tak mampu suda doc.."

"ok...ok...tak apa..but kalo bole cuba ya...dis inject not good for young lady like you..."

"yup..i try"....

Sudah doktor nie. Dah sakit takkan nak tahan. Hmm..lantak ko lah docktor nak cakap ape.Aku tengah sakit. Lepas ke Klinik Nge, singgah sebentar untuk membeli burger. Bukan untuk aku yer, untuk pak guard aku nie ha. Takut tengah-tengah malam lapar pulak. Aku dah tak mampu nak teman beli burger, so untuk langkah-langkah keselamatan baik beli siap-siap.

Sampai jer rumah terus baring. Seksanya hanya Allah yang tahu. Patut lah orang yang paling dan patut kite hargai pertama-tamanya adalah ibu. Ini baru kepayahan mengharungi kecil peratus kesakitan wanita, belum lagi sakit nak melahirkan. Seksa....seksa.Dalam pukul 12 tghmalam macam tue, terjaga dari tidur sebab terasa sangat sakit perut, call buah hati n know sumting i dapat dengar kembali nyanyian dari si kekasih.Rindu itu.

Kuakui aku telah larut

Larut ke dalam

Kamu yang kucintai

p/s:: camne nak beranak nie....takut....



Thursday, May 21, 2009

"rindu nyanyian kamu..."



Pernah tidak anda dilanda perasaan cinta yang membuak-buak. Atau rindu yang membara bak bara api? Wah? Persoalan apakah yang sedang bergelora ini?. Pasti pernahkan!. Jangan nafikan kerana ini semua pasti akan terjadi kepada semua manusia di dunia yang nyata ini. Jangan nak tipu, jangan nak geleng. Ekelehh!!! taknak ngaku konon. Pasti enakkan perasaan ketika itu. Syahdu jer rase, tambahan lagi ketika lagu-lagu cinta berkumandang.


" Kepadamu kucurahkan,kepadamu ku buktikan,
segala yang kujanjikan, dari dulu dan selamanya
biar musim pun berganti........."


Stop! sTOP! Enough diana...bingittt!!!! Okey...okey...aku stop lah nie...Haha..mesti tertanya-tanya kenapa miss diana kite nie beria-ria tentang semua ini waktu dan ketika ini. Haha..ini semua kerana aku dilamun cinta?!! Eh..memang lah...Bukan..Bukan..Sebab rindu dendam nie akan pecahhh!!!! YeYE! buah hati nak balik dah.


" Rindu nyanyian kamu.......!!!!!"


Tiap-tiap malam ada sahaja nyanyian yang kamu didendang kepada aku. Aku rindu itu. Ada sahaja gelak dan tawa dari kamu yang menghiburkan aku tatkala aku penat,sakit dan sebagainya. Tatkala aku tidak dapat lelapkan mata, pasti kau akan dodoikan aku hingga aku tertidur. Ah! indahnya...Eh..Eh...nak cerita semua ke? eh..takyah ler..nanti dorang baling kayu. Entry tah ape-ape.Sorry..excited sangat.


Hari ini dia akan pulang. YAhooooo!!!! Selepas ini aku dapat kehidupan kembali.Aik selama ini tak idup ke?. Hidup tapi separuh. Diana kuat iman. Beristigfar.Tidak sabar rasanya. Kesian pun ada,kalau berderingnyer telefon....pasti aku bertanyakan...


"makan ape pagi tadi sayang?"
...jawabnya..."nasi goreng tak sedap"
"makan ape tengahari sayang?"
"nasi putih dengan ayam masak apetah".....tingkasnya lagi
"nak balik.....tak best...nak balik...."
....pujukku..."sabar jap sayang tak lame pun seminggu jer"
...ada saja gomelannya...." tak best..dah ler line tipon takde, makan tak sedap,penat, panas dan ............."


Dan hari ini sayang, sudah tiba hari kau kembali sayang.(Jom keluar diana tengah merapu). hehe..


Korang nak tau...
Pasti anda juga pernah merasai apa itu rindu kan, walau jauh walau dekat pasti rindu itu wujud. Itu tandanya kita masih normal. Bestkan kalau hidup kita macam cerita-cerita yang terkandung dalam script yang dimainkan di kaca tv, semuanya indah-indah, semuanya hero-hero MR RIGHT la konon. Tambah-tambah kalau tengok cerita hindustan, pasti ada diantara kita yang ingin memegang watak heroin dalam filem tue kan. Wah..wah...mustahil,kerana itu hanyalah fantasi, kalau realiti takdenyer sume tue.......


Pasti jugak pelik kalau terjadi dalam dunia realiti nie kan. Cuba korang bayangkan keluar dating, tengah-tengah tunggu buah hati sampai, dibelakang kamu datang si kekasih membawa sejambak bunga dan menyanyi-nyanyi sambil berguling-guling. Kamu dengan pantas berpusing-pusingan dengan si kekasih, sambil diperhatikan oleh orang ramai. Mereka hanya tersenyum tersipu malu dan merelakan sahaja. Ah pergi mampos! Kalau korang buat dah sah ada yang menangkap kalian berdua dibawa ke wad gila, atau boleh sahaja ditahan oleh JAIP ke JAIS ke dan disaman.HAHA

Yang pasti di dunia yang nyata ini tidak salah kita wujudkan perasaan rindu itu, cuma pasti berlandaskan agama ( wah nak berceramah lah pulak). BEtullah! Rindu-rinduanlah bersama pacaran kamu tapi diharapkan kamu tidak mengajak pasangan kamu menari-nari ala hindustan di taman bunga atau di taman KLCC pasti kamu akan dipanjang hina lagi keji. HAHA.

Okeylah tengah menghitung jam menunggu kamar??? penghuni kamar hatiku lah...pulang.......
Lagi beberapa jam. Kita sambung kisah cinta kita di episod akan datang ya. Assalamualaikum...

p/s: rindu kamu...



Tuesday, May 19, 2009

entry PANAS!

Kenapa perlu terjadinya STRESS dalam kehidupan sesebuah kehidupan itu yer? Bagaimana yang dikatakan STRESS itu yang sebenarnya. Wah..Wah..Wah..nak jadi pakar psikology pulak yer miss Diana.Semua ini dengan tetiba aku fikirkan. Dan untuk mengenalpasti benda nie dengan lebih lanjut, aku telah mencari maklumat khas untuk orang-orang yang terasa dirinya berada dalam STRESS atau sendiri mencari STRESS itu.

  • Siapa yang mudah terdedah?
  1. individu yg suke bersangka buruk
  2. kaki gaduh
  3. kerap runsing
  4. terlalu serius
  5. tidak baik dengan rakan atau orang disekelilingnya.
  • Punca stress itu?
  1. punca dalaman ( ada hati yang kotor)
  2. pegangan hidup yang negatif
  3. pengurusan kendiri yang lemah ( selalu cari kelemahan org lain bg menutup kelemahan diri sendiri)
  • Individu yang alami stress akan?
  1. Menunjukkan reaksi perasaan - seperti tarik muke,mudah marah, merasa kecewa tentang hal yang tah ape2.
  2. sukar buat keputusan dengan baik
  3. kurang kreativiti
  4. pelupa
  • untuk menangani....
  1. perbanyakkan baca Al Quran.
  2. sembahyang itu tiang agama stress ke ape ke jangan lupe.
  3. melakukan yoga
  4. bersyukur dengan apa yang ada
  5. Jangan lepas geram sendiri
  6. banyakkan zikir
  7. selalu tersenyum walau kita sakit hati dengan sesiapa
  8. dll

Monday, May 18, 2009

what a dream's mean~


Adakah benar mimpi itu cuma mainan tidur? Benarkah mimpi tidak semua menjadi kenyataan atau adakah mimpi hanya membawa kepada kesan-kesan buruk kepada si pemimpi?. (Pemimpi adalah ganti nama kepada orang yang mimpi akan kejadian itu). wah...wah...wah...Seronokkan jika mimpi yang indah-indah. Jika yang dimimpi itu wujud orang-orang (bukan orang-orang yang di sawah bendang tu tau) atau objek-objek yang disukai, pasti si pemimpi ingin mimpi itu ada sambungannyakan. Cewah...Tapi itulah kenyataan.


Seperti manusia normal yang lain, aku juga sering didatangi mimpi2 yang enak untuk dijadikan kenangan dan tidak lekang jugak mimpi-mimpi yang menganggu. Pada malam yang lalu, aku didatangi sebuah kisah mimpi yang indah. Im pregnant. Wah,indah heh...Aku pregnant? Anak siapakah itu? hah..dunt be missunderstanding. Anak siapa aku tidak dapat kenalpastikan. Tapi yang pasti didalam mimpi itu aku seolah-olah dapat memahami perasaan seorang mommy yang sedang mengandungkan anak sulungnyer. Wah..wah..wah...beria kau bercerita eh miss diana. Hehe..semua ini hanya sekadar mimpi yang dikurniakan Allah yang mengandungi seribu satu makna di dalamnya. Yang bagi kita hambaNya belum tentu dapat mentafsir mimpi itu dengan baikkan.


Maybe aku mimpi mengandung ini disebabkan aku terlalu ramai kawan yang sedang mengandung kut. Yang memberi sign pada aku supaya lekas-lekas lah kahwin. Eh..eh..eh...ke situ pulak! Ye lah miss Diana oii...Umur awak sudah menjangkau "tut" tahun...padahal awak belum lagi mendirikan tiang masjid awak. (oh..mommy..aku mau tawinnnn). Prang! alamak mommy baling pinggan da...( study pun tak abih g).


Yang pasti, mimpi itu cuma mainan tidur, jangan dilambung-lambung sangat, kelak dikatakan syirik kerana mempercayai perkara-perkara karut.Apa yang boleh diambil iktibar mungkin hanya memberi kita peluang di alam maya untuk merasai sesuatu.